Jika Anda Seorang Nabi?

Jangan risau ini bukan laman web ajaran sesat, dan saya juga tidak berniat menambahkan koleksi nabi palsu di Malaysia. Cuma saya terfikir sesuatu ketika sedang mandi petang semalam. Seketika dahulu, saya selalu mendengar dialog-dialog seperti “aku bukan nabi, aku manusia biasa!” dan seumpanya. Kebiasaannya dialog ini dituturkan oleh seseorang yang menolak untuk berbuat sesuatu perkara yang baik (setelah dinasihatkan atau tidak). Contoh situasinya seperti di bawah:

Wan       : Kau ni dah lama sangat bergaduh dengan si Ali tu. Maafkanlah dia, sedangkan nabi pun ampunkan umat.

Asraff    : Aku bukan nabi, aku manusia biasa!

Situasi ini sebenarnya mendidik jiwa kita untuk berfikir dan memandang sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza daripada apa yang Islam mahukan. (jika saya tersalah tolong betulkan). Seringkali kita merasakan Nabi Muhammad itu seperti superhero dalam komik, seperti superman, batman dan sebagainya. Kita menyedari dan menyanjung kehebatan Nabi Muhammad namun kerana kehebatan itu dirasakan melampaui batas kemampuan manusia biasa, maka kita merasakan mustahil untuk melakukan perkara yang dilakukan Nabi Muhammad (mencontohi Rasulullah).

Satu perkara yang bukan kita terlupa, tetapi kadang kala kita tidak sedar, bahawa Nabi Muhammad juga manusia biasa seperti kita, dan Allah mengutuskan nabi di kalangan manusia supaya boleh diteladani dan menjadi contoh ikutan kepada manusia.

Apakata hari ini kita bayangkan kita yang berada di tempat nabi, bagaimana agaknya keadaan kita?

  • Cuba bayangkan anda mendapat arahan untuk memastikan semua orang di kawasan anda memasuki sebuah skim cepat kaya. Cara untuk menyertai, semua orang perlu rela memberikan semua harta benda mereka termasuk rumah, isteri dan anak-anak mereka kepada skim ini, dan mereka akan dijanjikan pulangan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus kali ganda daripada itu. Dan anda memberi jaminan perkara ini memang pasti akan terjadi! Bagaimana perasaan anda? Adakah anda rasa orang akan percaya dengan skim cepat kaya anda? Adakah jaminan yang anda berikan mampu menimbulkan kepercayaan itu? Lebih penting daripada itu, mampukah anda mengajak semua orang menyertainya?

Mari kita buat sedikit eksperimen, apakata anda cuba laksanakan perkara di atas dengan bersungguh-sungguh. Anda pasti akan berasa malu, takut, gementar kerana anda tahu orang akan mentertawakan anda, orang tidak akan percaya kepada anda kerana apa yang anda bawa sangat bertentangan dengan kepercayaan masyarakat umum.

Mungkin, Rasulullah juga merasakan demikian ketika diminta menyampaikan Islam kepada umatnya. Umat ketika itu tidak mengenal Allah, malah mereka tak pernah melihat malaikat Jibrail, di peringkat awal mereka mereka tidak melihat bukti apa yang diturunkan al-Quran menjadi realiti dan tidak ada satu sebab pun untuk mereka percaya dengan apa yang nabi bawa. Memang benar akhlak nabi serta gelaran al-Amin menjadi pertaruhan untuk mendapatkan sokongan masyarakat jahiliyyah ketika itu, namun jika dibandingkan dengan pengorbanan yang dituntut kepada masyarakat, akhlak nabi tidak cukup untuk meraih kepercayaan majoriti umat. Kerana ketika itu masyarakat kaya dengan aktiviti menjual berhala, tiba-tiba nabi datang dan menyuruh berhenti menjual berhala, dan menjanjikan syurga, pahala serta bercerita tentang tuhan, neraka dan dosa, sesuatu yang tak pernah terlintas pun di fikiran umat ketika itu.

Maka hari ini, apabila anda menyedari kewajiban berdakwah, jangan sesuka hati memberi alasan. Ya memang benar, anda mungkin menghadapi kesukaran dan sebagainya, namun ketahuilah Nabi juga telah 1400 tahun dahulu merasakan perasaan yang sama. Malah ketika ini, al-Quran telah lengkap diturunkan, serta telah banyak perkara yang diturunkan al-Quran benar-benar terjadi sebagai bukti kebenarannya, maka apa lagi alasan yang tinggal untuk kita tidak berdakwah kecuali hanya kerana kita tidak mahu?

  • Cuba bayangkan pula, anda pulang ke rumah dan mendapati rumah anda terbakar dan seluruh ahli keluarga terkorban bersama-sama harta yang anda miliki. Anda hilang tempat bergantung, tiada tempat berteduh dan tiada harta. Anda merantau berjalan kaki meredah berbelas-belas kilometer perjalanan dan akhirnya sampai ke sebuah kampung. Di kampung tersebut, masyarakatnya mengamalkan aktiviti yang sangat pelik, iaitu makan menggunakan kaki tidak menggunakan tangan. Anda pun masuk ke kampung tersebut dengan niat untuk menasihati masyarakat untuk mengubah tabiat, kerana perbuatan itu boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, anda juga berharap semoga mendapat tempat berlindung.

Namun malangnya, apa yang terjadi adalah, anda dibaling dengan batu, kayu, najis dan sebagainya dan dihalau keluar dari kampung tersebut seperti seekor binatang kerana teguran anda ke atas tabiat makan mereka. Apakah perasaan anda ketika itu? Pertama anda baru kematian ahli keluarga dan kehilangan tempat bergantung. Kedua, anda menegur untuk kebaikan mereka. Ketiga jika mereka tidak suka sekalipun, tidak perlulah menghalau anda sedemikian rupa, kerana anda juga manusia biasa.

Dengan segala yang berlaku itu, mampukah anda memaafkan penduduk kampung tersebut? Dalam kecamuk jiwa itu, jika tiba-tiba anda mendapat tawaran untuk menghancurkan kampung tersebut, adakah anda akan menolaknya?

Tidakkah anda terfikir nabi juga merasakan pengalaman yang lebih kurang serupa ketika ke Taif? Dalam keadaan isteri dan bapa saudaranya meninggal dunia, pergi ke suatu tempat yang jauh untuk menyampaikan kebenaran dan menyelamatkan manusia daripada api neraka dan tiba-tiba dihalau seperti sehina-hinanya, apakah perasaan nabi ketika itu? Dalam keadaan seperti itu pun, nabi mampu memaafkan penduduk Taif sedangkan nabi boleh menghancurkan mereka dengan menghempap gunung ke atas mereka setelah dipelawa malaikat.

Jadi ketika anda sedang marah kepada seseorang, dan merasakan sangat mustahil untuk memaafkannya, ketahuilah bukan mudah juga untuk nabi mengawal perasaannya untuk memaafkan penduduk Taif. Namun nabi mampu melakukannya, mengapa tidak anda?

Sebagai kesimpulan, artikel ini sebenarnya hanya mahu mengajak anda berfikir bahawa Nabi Muhammad memang seorang manusia yang cemerlang. Namun cemerlang dan hebatnya baginda bukan dengan melakukan perkara-perkara luar biasa yang tak mampu tercapai dek akal manusia (melainkan mukjizat), namun kerana melakukan perkara-perkara yang biasa dengan cara yang luar biasa. Berdakwah, memaafkan orang lain, bersabar, amanah dan sebagainya, semuanya merupakan perkara yang mampu kita sebagai orang biasa lakukan. Kita tak perlu menjadi seorang nabi untuk mampu melakukannya.

Sekiranya ada di antara kita berpendapat, Nabi dipelihara dan dibantu oleh Allah, maka mari kita tanyakan pada diri sendiri, bukankah Tuhan kita sekarang adalah Tuhan yang sama membantu Nabi dahulu? Bukankah Tuhan kita sekarang adalah Tuhan yang sama yang menaikkan kegemilangan umat Islam sehingga memerintah 2/3 dunia? Jika Tuhan yang sama (iaitu Allah) itu mampu membantu dan berkuasa mengubah nasib manusia-manusia zaman silam, mengapa anda merasakan Tuhan yang sama tidak mampu membantu anda? Ataukah anda merasakan yang anda ini masih belum layak dibantu? Maka kalau itu sebabnya, adakah Tuhan yang patut diubah, atau diri sendiri yang patut diubah?

Wallahualam, setakat itulah idea yang dapat saya fikirkan ketika sedang mandi semalam. Moga-moga ada pengajaran walaupun sedikit yang dapat diambil. Jika analogi atau contoh terlalu melampau saya mohon maaf, dan jika ada kesilapan mohon kalian pembaca tolong tegurkan.

Wassalam.

12 thoughts on “Jika Anda Seorang Nabi?

  1. subhanallah, selawat dan salam ke atas Baginda Rasullullah SAW. begitu tinggi akhlak dan keperibadian baginda.. artikel yg cukup menarik dan tajuk yg agak keras sedikit, tetapi pengisian menarik. bila baca sejarah hidup rasullullah, mengalir air mata… subhanallah

  2. sje nk alihkan pndangan

    slalu org menyalahkan org yg ckp ‘aku bukan nabi,aku manusia biasa’

    daripada menyalahkan org yg cakap ‘sedangkan nabi ampunkan umat’

    sbb ramai yg amik kesempatan atas kata-kata ‘sedangkan nabi ampunkan umat’,maka apabila dia wat salah bole la dia ckp mcm2 n pas2 wat lagi..

    org yg berkata’aku bukan nabi,aku manusia biasa’kene sntiasa muhasabah agar dia bole contohi nabi

    n org yg berkata’sedangkan nabi ampunkan umat’kene sedar yg dia x bole
    ‘high expectation’

  3. owh senpai,nice..bley la wat artikel tentang tu n antar kat azz kan? huhuh

  4. @ zarhead
    maaf tajuk tu nak attract pembaca je…

    @senpai
    sama-sama kita muhasabah diri… terima kasih…

  5. artikel yg sgt menarik…
    Alhamdulillah ..kata2 yang memberi pengajaran mendalam..
    terima kasih …

  6. kalo ngaku nabi boleh…tp jadi nabi uslam…hahahah…

    tak mungkin ada nabi lagi…nabi tu akhlaknya adalah al-quran. Alquran bergerak. apalah daya kita utk konsisten dlm tempoh 23 tahun or lebih dari itu. Akhlakul karimah telah baginda sempurnakan maksudnya

  7. yup nabi mmg tak mungkin ada lagi… akhlakul karimah memang telah baginda sempurnakan maksudnya, jadi apakah maksudnya kita tidak perlu usaha untuk konsisten berakhlak seperti nabi hanya kerana nabi telah menyempurnakannya?

    bukankah nabi itu suri teladan yang terbaik? dan apalah maknanya menjadi suri teladan, jika tiada yang ingin mencontohi?

    wallahualam… huhu no offense, sekadar pandangan peribadi…

    setuju juga, susah nak jaga akhlak walau sehari… jadi marilah teman2 kita saling mengingatkan mana yg terlupa, agar kita tidak menjadi golongan yg rugi…

  8. mana ada benar perkataan “….nabi maafkan umat”
    ungkapan perkataan ni dicipta khas oleh orang melayu yang bercakap tanpa menggunakan ilmu. munafiq & fasiq mereka ini.
    mak bapak tok nek mereka tak pernah ajar mereka. sama lah sampai sekarang ni anak cicit mereka sesat & terus disesatkan & menyesatkan. mereka terus menerus tidak mahu membetulkan diri. kenyataannya nabi tak mampu maafkan umat. hanya Allah yang hak memaafkan mana2 hambaNya pada mana2 umat manusia di dumia ini sekali pun pada mana2 zaman.
    sedarlah wahai MELAYU.
    secara sedar kita telah ditipu berpuloh2 tahun oleh mereka.
    ramai agennya berjaya menipu kita, salah satu agennya adalah P.Ramlee & rakan lakon dia. (lagu maafkan kami).
    kita dibaja dengan maksiat dan kejahilan berkurun lamaya. sedar lah sekarang. bahawa artis itu memusnahkan akidah manusia.akhir zaman artis & orang yang terpaling hina akan diangkat & dipuja2.

  9. salam,terima kasih di atas pembetulan. Cuma,pada pendapat saya,ungkapan ‘nabi maafkan umat’ itu ada benarnya. Memang betul,ungkapan itu bukanlah hadis tetapi ungkapan itu telah dikeluarkan berdasarkan perilaku nabi terhadap umat atas beberapa peristiwa. Sebagai contoh,peristiwa pembukaan kota Makkah,dakwah nabi di Thaif,peristiwa Abdullah bin Ubai,penurunan surah At-Tahrim dan banyak lagi. Berdasarkan peristiwa-peristiwa itu,walaupun hati nabi tercalar tetapi nabi maafkan mereka,atas sebab ini,cerdik pandai kita mengeluarkan ungkapan ‘nabi ampunkan umat’.
    Allah memamg memaafkan manusia,tetapi hanya dosa manusia dengannya,kalau dosa manusia dengan manusia,hanya manusia mampu memaafkan manusia,itu hak manusia yang Allah anugerahkan.
    Memang betul,kita ditipu dengan dakyah orientalis barat dengan memasukkan pelbagai budaya atau pegangan yang kita anggap itu adalah dari Islam. KOnklusinya,tuntutlah ilmu sehingga liang lahad.
    Syukran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s