"Kamu ibarat pakaian dalamku.."-Rasulullah

Pelik bunyi tajuk kali ini tapi itulah pidato Rasulullah buat kaum Ansar selepas membahagi-bahagikan harta ghanimah perang Hunain .  Pidato ini terjadi disebabkan nabi mendengar kata-kata kaum Ansar yang tidak berpuas hati dengan cara nabi membahagikan harta ghanimah disebabkan kaum Ansar tidak mendapat satu bahagian pun daripada harta-harta ghanimah tersebut. Bahkan pembesar-pembesar quraisy yang belum Islam mendapat banyak.

“Mudah-mudahan Allah mengampuni Rasul Nya kerana baginda telah memberi kepada orang-orang quraisy dengan meninggalkan kita. Padahal pedang-pedang kitalah yang berlumuran dengan darah mereka(tentera Hawazin)” Ujar salah seorang pemuda Ansar yang menyertai peperangan Hunain. Memang betul, dalam perang Hunain, kaum Ansar adalah jumlah majoriti tetapi mereka tidak diberi walau sedikit habuan oleh nabi. Tambah pemuda itu lagi, “bila berlaku krisis, kita yang dipanggil.Tetapi harta rampasan perang diberikan kepada orang lain.”

Disebabkan Allah dan Rasul tahu apa yang berlaku, maka selaku Rasul, nabi pun berjumpa dengan orang-orang Ansar dan berkata, “Dengan nama Allah, aku memberi pembahagian kepada beberapa orang dan mengetepikan beberapa orang yang lain. Sesungguhnya aku mencintai mereka yang tidak aku berikan pemberian. Aku telah memberi pemberian kepada beberapa orang adalah disebabkan oleh ketidak tenangan dan kekhuatiran yang dapat aku lihat dalam hati-hati mereka. Dan aku mengutamakan mereka yang dikurniakan kepuasan hati oleh Allah dalam hati-hati mereka.”

Nabi tahu ucapan sebegitu masih tidak memuaskan hati kaum Ansar,jadi nabi menganjurkan satu pertemuan sulit dengan kaum ansar dalam sebuah khemah. Lalu Saad Bin Ubadah mengumpulkan semua orang-orang Ansar di dalam sebuah khemah dan dia pun menjemput nabi, nabi bertanya apakah masih ada orang selain orang-orang Ansar dan mereka menjawab, “cuma ada seorang anak saudara perempuan kami sahaja.” Nabi membiarkan perempuan itu disebabkan dia juga orang Ansar. Nabi bertanya demikian supaya tiada orang lain mendengar pidatonya kecuali orang Ansar semata-mata.

Nabi bertanya, “Apakah bisik-bisik yang telah sampai ke telingaku wahai kaum Ansar?”

Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah! Ketua-ketua kami tidak berkata apa-apa, hanya para pemuda kami sahaja yang ada berkata demikian.”

Rasulullah bertanya lagi, “Wahai kaum Ansar! Apakah bisik-bisik yang telah sampai kepadaku adalah perasaan yang kamu rasakan dalam diri kamu terhadapku?”

Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah! Adapun ketua-ketua kami tidak berkata apa-apa, hanya orang-orang muda kami yang mengucapkan sedemikian: Semoga Allah mengampuni Rasul Nya, baginda memberi kaum Quraisy dan meninggalkan kita padahal pedang-pedang kitalah yang menitiskan darah-darah mereka(tentera Hawazin).”

Kemudian nabi memulakan pidatonya.

“Wahai kaum Ansar! Bukankah aku dapati dahulunya kamu berada dalam kesesatan, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Bukankah kamu dahulunya berada dalam kemiskinan, lalu Allah mengkayakan kamu? Bukankah kamu dahulunya saling bermusuhan, lalu Allah mendamai dan menyatukan kamu?”

Orang Ansar menyahut, “Betul wahai Rasulullah! Allah dan Rasul Nya sangat berbudi dan telah memberi banyak kurnian kepada kami.”

Kemudian nabi bertanya lagi, “Tidakkah kamu menjawab pertanyaanku ini wahai kaum Ansar?”

Mereka menjawab, “Dengan apakah kami akan menjawab pertanyaan tuan, Wahai Rasulullah. Bagi Allah dan Rasul Nya segala kebaikan-kebaikan dan keutamaan.”

Rasulullah menyambung pidatonya, “Wahai kaum Ansar! Demi Allah! Sekiranya kamu mahu kamu boleh menjawab kepadaku dan jawapan kamu itu benar dan dibenarkan; Engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau didustakan,lalu kami membenarkan engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau disia-siakan,lalu kami menolong engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau diusir,lalu kami memberi tempat kepada engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau melarat,lalu kami membantu engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau takut,lalu kami mengamankan mu.”

Lalu raut wajah orang-orang Ansar berubah mejadi merah disebabkan terharu dengan kata-kata nabi yang begitu halus sehingga menusuk qalbu. Selaput kaca di mata-mata orang Ansar mulai pecah dan pipi mereka mula dibasahi dengan mutiara-mutiara jernih sehingga membasahi janggut-janggut mereka yang tebal. Kesunyian khemah mulai pecah apabila bunyi suara sedu-sedu mulai kedengaran.

Kemudian nabi menyambung kata-katanya, “Wahai orang-orang Ansar! Apakah masih ada di dalam hati-hati kamu cinta kepada harta benda dunia? Yang saya gunakan untuk mengikat hati-hati satu kaum agar mereka menganut agama Islam? Apakah masih belum cukup kepada kamu Islam kamu itu? Tidakkah kamu merasa puas wahai orang-orang Ansar,setelah mereka pulang dengan membawa kambing-kambing dan unta-unta sedangkan kamu membawa pulang Rasulullah ke kampung halaman mu? Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad di dalam genggaman Nya! Sekiranya kerana tidak kerana hijrah, nescaya aku adalah salah seorang daripada orang Ansar. Sekiranya manusia mengikut satu jalan dan orang Ansar mengikut jalan di suatu lembah, aku akan mengikut jalan di lembah atau di tepi gunung yang dilalui oleh orang Ansar.”

“Kami puas dan kami rela !”Jawab orang Ansar.

“Kamu semua ibarat baju dalam,sedangkan orang lain ibarat baju luar.Sesungguhnya kamu akan menjumpai aku kelak dalam keadaan terasing. Maka bersabarlah kamu sehingga kamu bertemu dengan aku kelak di atas telaga.”Ujar Rasulullah.

Lalu nabi berdoa, “Wahai Allah!Ampunilah orang-orang Ansar! Anak-anak orang Ansar! Dan anak-anak kepada anak-anak orang Ansar!”

Setelah itu orang Ansar mulai menangis,sebak mendengar pidato nabi itu tadi. Nabi pun meninggalkan mereka bersendirian melepaskan perasaan masing2.

Cuba bayangkan jika nabi berucap sedemikian dengan anda,jika saya,pasti air mata ini mengalir. Membaca sirah itu sudah cukup untuk memecahkan seleput kaca di mata ini. Jika kita tidak dapat sesuatu yang dipinta,tidak bererti kita dipinggirkan, pasti kita akan dapat yang terbaik cuma dalam bentuk yang lain….

2 thoughts on “"Kamu ibarat pakaian dalamku.."-Rasulullah

  1. salam.kpd penulis : nice atricle.pandai pilih tajuk,menyebabkn org rasa nk baca. syabas kpd penulis.
    kpd pembaca:cmna cara bg harta ghanimah?.org kafir memang boleh dpt ke?sapa2 bleh bagi link- web tentang pembahgian harta ghanimah x?….jom bincang di sini..boleh jugak tambah ilmu

  2. tq cent98
    bab pembahagian ghanimah telah Allah nyatakan dalam surah al-anfal ayat 41: Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada “Hari Al-Furqaan”, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    so,dalam hunain ini ,nabi menggunakan harta yang diberi kepada Allah dan Rasul kepada pembesar2 quraisy dan tentera yang baru masuk Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s