Mereka kenal lalu mereka bercinta…

Cuba bayangkan anda mendapat arahan untuk memastikan semua orang di kawasan anda memasuki sebuah skim cepat kaya. Cara untuk menyertai, semua orang perlu rela memberikan semua harta benda mereka termasuk rumah, isteri dan anak-anak mereka kepada skim ini, dan mereka akan dijanjikan pulangan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus kali ganda daripada itu. Dan anda memberi jaminan perkara ini memang pasti akan terjadi! Bagaimana perasaan anda? Adakah anda rasa orang akan percaya dengan skim cepat kaya anda? Adakah jaminan yang anda berikan mampu menimbulkan kepercayaan itu? Lebih penting daripada itu, mampukah anda mengajak semua orang menyertainya?

Persoalan di atas dipetik daripada artikel sebelum ini,’Jika Anda Seorang Nabi‘.Jika penulis mempersoalkan bagaimana anda ingin menarik orang menyertai skim cepat kaya anda,saya ingin persoalkan kenapa masih ada yang ‘gila’ menyertai skim cepat kaya ini walaupun janji-janji yang ditabur adalah sesuatu yang belum pasti.Jika dibaca berita harian,utusan atau kosmo,walaupun kerajaan sudah berpuluh-puluh kali menasihat rakyat supaya jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya tetapi mengapa masih ada yang sanggup menggadai tanah pusaka demi menyertai skim cepat kaya?Sudah berbuih mulut Dr.Madya Fadzilah Kamsah berceramah mengatakan tiada jalan pintas untuk kaya tetapi mengapa masih ada golongan yang menyertainya?Masakan tidak ada yang join kalau kertas-kertas skim cepat kaya masih diselit di wiper kereta anda selepas solat Jumaat.

Jawapannya,mereka percaya.Mereka yakin dengan janji-janji syarikat tersebut.Biar orang di sekeliling tegur atau marah mereka, tetapi disebabkan apa yang mereka ‘nampak’,mereka tidak hiraukan itu semua.

Begitulah dengan sahabat,mereka nampak syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bilal,walaupun dihimpit batu berat di tengah terik matahari di tengah-tengah padang pasir,dia tetap bersama dengan Rasulullah.

Persoalannya di sini,bagaimana mereka ‘nampak’ syurga sedangkan Rasulullah tidak pernah tunjuk kepada mereka? Rasulullah hanya cerita kepada mereka bagaimana itu syurga,airnya bagaimana,bidadarinya cantik macamana,enaknya macamana dan benda-benda ini pun diceritakan kepada kita juga melalui hadis Rasulullah dan Al-Quran.Sama,tiada yang beza tapi kenapa mereka ‘nampak’ syurga tapi kita tak ‘nampak’ syurga?

Baiklah,anda kata mereka dengar daripada lisan Rasulullah sendiri,mereka nampak Rasulullah,mereka hidup dengan Rasulullah, mereka nampak mukjizat nabi jadi mereka lebih yakin dengan Rasulullah.Saya setuju dengan pendapat anda ini.Tapi bagaimana pula mereka-mereka yang hidup sezaman dengan Khalifah Ar-Rashidin?Mereka-mereka di zaman Umar Abdul Aziz?Mereka-mereka yang hidup sezaman dengan Harun Ar-Rashid?Al-Makmum?Kenapa mereka mampu mengabdikan diri kepada ‘wang’ yang belum pasti itu? Kenapa mereka yakin dengan ‘skim cepat kaya’ yang dibawa oleh Muhammad itu?Apa beza mereka dengan kita?

Mereka tidak pernah melihat nabi,mereka tidak hidup dengan nabi,mereka tidak pernah tengok mukjizat nabi,mereka tidak tinggal di Makkah dan Madinah.Mereka ada Quran,kita pun ada Quran,siap dengan Phone Quran lagi.Mereka ada hadis nabi,kita ada E-Hadith lagi.Jadi,apa beza mereka dengan kita?

Tiada beza!   Tiada beza!   Tiada beza!

Habis tu,kenapa mereka ‘nampak’ tetapi kita tidak ‘nampak’?

Jawapannya,mereka ‘bercinta’ dengan syurga tetapi kita tidak.

Orang selalu cakap orang bercinta jangan ditegur kerana dia mabuk dengan cintanya.

Saya sangat suka dengan kisah cinta ‘secawan kopi dan secamca garam‘.Ringkasnya,kisah cinta tentang seorang lelaki yang terpaksa minum kopi dengan garam sepanjang hidupnya dengan isteri tercinta disebabkan ‘dating’ pertamanya.Namun,disebabkan cintanya pada isteri,garam pun,garam lah!(p/s:bila petronas nak lakonkan bende ni,menarik ni?)

Disebabkan cinta,para sahabat dan mereka(sezaman dengan yang disebutkan tadi) tidak hiraukan apa orang kata tetapi mengejar syurga sehingga mereka dapat.Cinta mereka kepada syurga bukan calang-calang,nyawa pun sanggup dikorbankan walaupun pada hakikatnya mereka boleh selamatkan diri mereka seperti Ammar Bin Yassir tapi mereka pilih untuk mati demi Aqidah. Jangan sekadar baca,cuba anda bayangkan!

Anda kena faham,dalam Islam,anda boleh lafazkan anda keluar Islam jika nyawa anda terancam.Contohnya, Bush datang kepada anda dengan membawa 10 000 tentera lengkap berkerta kebal.Dia memberi anda kata dua,islam atau kafir,jika anda pilih kafir anda selamat tapi kalau anda pilih Islam,anda mati.Ketika ini,anda boleh pilih kafir untuk menyelamatkan nyawa anda,aqidah anda tidak terusik.Kalau saya,saya pilih nyawa kerana iman adalah benda dalaman yang tidak dapat dilihat.Soal solat,puasa atau ibadah-ibadah lain,itu hal kedua,yang penting saya terus hidup dan terus beriman kepada Allah.Tapi kenapa sahabat atau mereka pilih aqidah? Sebab cinta mereka!Rindu mereka pada syurga sudah tidak dapat dibendung lagi,malah ada yang minta supaya nyawanya banyak, bukan untuk hidup lebih lama tetapi supaya banyak yang dikorbankan!Demi apa?Demi cinta!

Pepatah Melayu tidak terhasil tanpa kajian nenek moyang kita,jadi pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’ adalah pepatah yang berasas. Para sahabat dan mereka ‘kenal’ syurga jadi mereka boleh bercinta dengan syurga.

“Eleh,kite pom kenal syurge taw!Syurga ada tujuh,sifatnya meninggi,bidadarinya lawa-lawa,araknya tidak memabukkan,debunya debu keemasan,bunyi pintunya mengasyikkan,baunya semerbak kasturi,pakaiannya sentiasa up-to-date,babi pun bley makan taw!”

Betul,saya akui.Semua orang tahu syurga ada semua itu malah lebih daripada itu tapi bagi saya,hanya tahu semua itu,kita masih tidak boleh kata “saya kenal syurga” kerana apa yang anda bayangkan,itu bukan syurga.

Wajah bidadarinya lawa macam Lisa Surihani…Bidadari lagi lawa daripada itu bahkan sentiasa dara…

Araknya sedap macam Tiger….Arak syurga lagi seda daripada itu,bahkan tidak memabukkan…

Kasturinya cam minyak atar…Kasturi jauh lagi sedap daripada itu bahkan tidak memeningkan..

Besarnya macam istana…Istana di syurga lagi besar bahkan berubah-ubah ikut kehendak…

Jadi,anda dapat bayang apa itu syurga?Tidak!Selagi kita dapat bayang apa itu syurga,selagi itu,itu bukan syurga.

Oleh itu,bagaimana sahabat ‘kenal’ syurga?

Untuk kenal sesuatu,adakah hanya perlu melihat?Tidak,kadang-kadang,kita kena rasai.

Macamana rasa buah durian?

Macamana rasa selesa?

Macamana rasa cinta?

Benda yang tidak nampak tapi cukup,cukup memberi kesan kepada kita.Begitulah sahabat ‘kenal’ syurga. Sahabat hidup dalam keperitan,kelaparan,kesengsaraan tetapi nabi datang dan menjanjikan keselesaan,kekenyangan dan kebahagian.Tidak di dunia,tetapi di syurga.Di syurga,tiada lagi dendam,tiada lagi kesedihan,tiada lagi kedukaan,tiada lagi cemburu,semua yang buruk tiada,yang ada hanya semua perasaan yang mendatangkan kebahagian.Dengan membayangkan tiada lagi keperitan,sahabat dapat kenal apa itu syurga.Begitu juga dengan kita,untuk kenal syurga,kita kena fikir apa perasaan kita jika kita hidup tanpa cemburu,tanpa dendam,tanpa lapar,tanpa..tanpa..tanpa semua yang buruk dan sebaliknya semua yang baik.Itulah syurga.

Dalam kulit kacang =P,kita tidak dapat kenal syurga dengan menggambarkan perkara-perkara lahiriah tetapi kita dapat kenal syurga dengan membawa diri(persaan) kita ke dalam syurga.Semoga Allah ‘kenal’kan kita dengan syurga,amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s