Menjadi Super Saiya!

Sabda Rasulullah, “akan ada di akhirat esok,segolongan manusia yang tinggi makamnya sehingga dicemburui oleh para ambiyat dan para syuhadah.”Lalu seorang Arab Badwi bangun bertanya, “khabarkan kepada kami sifat golongan itu supaya kami dapat mengenali mereka.” Lantas Rasulullah menjawab, “mereka adalah berlainan kaum(bangsa) tetapi duduk berkasih sayang kerana Allah. Mereka itu cahaya dan daripada mereka juga cahaya.”

“Mereka itu cahaya dan daripada mereka juga cahaya,faham?”Soal Abang Kucai.

Tanpa berlengah masa,abang Kucai meneruskan percakapannya, “mereka itu cahaya dan bawah mereka tu pom cahaya..cahaya atas cahaya…nur ala nur…so,mereka ni super saiya!”

Semua yang mendengar tergelak.

Abang Kucai menyambung lagi, “jadi sape faham hadis ni?”

Taqi selaku pembuka bicara mula berkata-kata, “ukhwah tu penting….(bla,bla,bla…)”

“Btol da tu tapi tu jawapan skema,kite nak jawapan yang tak skema tp tepat,”ujar Abang Kucai.

“Supaya menjadi Super Saiya!”Beritahu saya secara spontan.

_________________________

Dalam 2 minggu ini,hampir setiap hari saya mendengar hadis yang sama.Kalau bukan waktu taqlim zohor di Unisel,taqlim Isyak di TBP.Malah,dalam usrah pun membincangkan hadis yang sama,cuma ada sedikit perbezaan dari segi terjemahan hadis namun maksudnya tetap sama.

Dan dalam masa 2 minggu ini juga,saya selaku penyokong bola sepak kelantan terpaksa berdepan dengan perlbagai ejekan dan tohmahan daripada orang lain disebabkan adegan tidak bertamadun penyokong kelantan membakar kerusi di stadium bukit jalil sabtu lalu.Saya juga dikejutkan dengan satu artikel oleh seorang pelajar perubatan Ireland yang bertajuk ‘saya benci orang kelantan’. Dalam artikel tersebut,penulis meluahkan rasa ‘muak’nya terhadap orang kelantan,secara tidak lansung,saya juga terasa bias ‘muak’nya itu.

Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk membalas dendam tetapi isu ‘click’ yang ditulis oleh penulis menarik minat saya dek kerana isu itu berkait dengan hadis ‘Super Saiya’ di atas.Isu ‘click’,assobiah atau berpuak-puak seringkali dikaitkan dengan orang kelantan dan saya tidak menafikan hal ini.Memang majoriti orang kelantan lebih selesa apabila bersama-sama dengan orang kelantan sahaja dan saya berpendapat bahawa hal ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang kelantan sahaja tetapi sesiapa sahaja.Kita merasakan lebih selesa apabila bersama-sama dengan orang yang mempunyai kefahaman yang sama dengan kita.

Contohnya pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Mereka lebih cenderong untuk berkawan dengan rakyat Malaysia sahaja walaupun berbeza negeri,kaum dan agama disebabkan hanya orang Malaysia faham perihal orang Malaysia. Biar berbeza negeri, biar bersilang kaum dan biar bertindih agama, rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia.

Terlalu sukar untuk seorang warga Malaysia menggauli warga Ireland yang menggunakan loghat Ireland disebabkan bahasa yang berbeza, maka berlakulah situasi ‘ayam dan itik’.Lain yang disuruh,lain yang dibuat.

Benjo dalam bahasa jepun membawa maksud tandas dan benjo dalam bahasa melayu merupakan sejenis makanan.Suatu hari seorang sensei bertanya kepada seorang pelajar apakah yang ingin dimakan oleh pelajar tersebut pada tengahari ini dan dengan sponton pelajar itu menjawab benjo.Dengan tiba-tiba wajah sensei berubah,terkejut besar apabila mendapati bahawa pelajarnya dengan tanpa rasa bersalah ingin melahap tandas!

Bahasa adalah rintangan yang paling besar apabila dua orang yang tidak kenal dan tidak dari rumpun yang sama bertemu,lantas menjarakkan lagi jurang yang ada di antara dua orang tersebut.

Namun,apabila ukhwah itu diasas dengan iman dan taqwa,tiada lagi jurang,tiada lagi rintangan.Semuanya kelihatan indah. Perbezaan bahasa dirai dan dimuliakan.Seperti Ansar apabila bertemu dengan Muhajirin.Betul mereka berbahasa arab tetapi kita perlu lebih teliti dalam mengkaji sejarah bahawa Muhajirin dan Ansar bertutur dalam dialek yang berlainan seperti loghat kedah dan loghat kelantan.Namun,apa yang berlaku?Mereka saling meraikan perbezaan di antara mereka.Lantas,berdasarkan hadis di atas,menjadikan mereka ‘Super Saiya’!

Biar kita orang kelantan,kamu orang key-el,dia orang perlis.Apa yang penting,kita semua mempunyai pegangan yang sama, mulut kita melafazkan kalimah yang sama,kita sujud pada kiblat yang satu,menyembah Tuhan yang Esa.Biarlah semua ini yang menjadi asas kepada ukhwah kita,bukan bola sepak,bukan negeri mahupun bangsa.Jika iman menjadi akar tunjangnya,pasti ukhwah yang terbentuk indah belaka.

Jadi,berkawanlah kerana Allah…

Supaya..

Kita menjadi…

SUPER SAIYA!!!! =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s