Bunuh atau Selamatkan-Mana pilihan anda?

Katakan anda seorang lelaki dan anda berkahwin dengan seorang perempuan. Hidup anda bahagia dengannya sehinggalah anda terambil sebiji batu di atas gunung Himalaya. Penunggu batu itu mula mendatangi anda setiap malam.Hidup anda tidak tenteram.

Akhirnya, selepas memberanikan diri bertemu secara lansung dengan penjaga batu tersebut.

“Wahai penunggu,keluarlah engkau!”

Maka si penunggu batu itu pun keluar dengan wajah yang sangat menakutkan.

“Jangan ganggu aku dan keluarga aku lagi,pergi kau dari sini!”

Lalu si penunggu mula membuka perjanjian, “aku boleh pergi dari sini tapi dengan syarat, aku inginkan nyawa isterimu sebagai tebusan. Jika itu bukan pilihan mu,aku tetap boleh pergi dari sini tapi nyawa mu menjadi tebusan.”

Nyawa anda atau nyawa isteri anda?

Isteri adalah jagaan anda,amanah anda,adakah anda patut mengorbankan nyawanya demi nyawa anda?

Atau,biarkan sahaja dia mati kerna anda masih mampu mencari isteri yang lain?

Apakah pilihan anda bila saat genting seperti itu berlaku?Kita menjadi konfius apabila diberi pilihan malah hidup ini sememangnya tidak pernah lari dari membuat pilihan.Anda menpata Spam Message dari saya yang menyambung anda ke Azzariyat,anda buat pilihan samada ingin menekan link tersebut atau tidak,lalu anda memilih untuk menekan.Sekarang,anda sedang membuka laman Azzariyat dan sekarang anda terpaksa buat 2 pilihan,samada membaca artikel kami atau tidak.

Artikel ini bukanlah ingin bercakap tentang pilihan tetapi pilihan yang macamana yang harus anda pilih.

Persoalan tentang biarkan isteri anda mati atau anda yang mati,kedua-duanya tiada salah dalam Islam.Biarkan isteri anda mati kerana nyawa anda lebih penting,ini betul dan biarkan anda mati dan isteri anda hidup,ini juga betul.Bergantung pada diri anda sendiri cuma yang mana lagi penting,maka itulah sepatutnya dipilih oleh anda.

Pentingkan yang lebih penting melainkan yang penting itu lebih penting daripada yang penting.

Kata-kata mutiara itu menjadi pegangan diri ini semenjak dari tingkatan 2 dan Alhamdulillah,walaupun pilihan itu kadang-kadang tidak menjadi namun pasti pilihan itu adalah yang terbaik buat saya setakat ini.

Sentiasa menjadi perbahasan antara yang afdhal dan yang sunat,yang mana lagi penting dan cara untuk memilihnya hanya dengan satu perkara iaitu dengan ilmu.

Saya bawakan beberapan senario masyarakat kita..Entah,samada mereka memilih atau tidak tahu itu adalah pilihan..

Anda solat berjemaah,pada rakaat terakhir,walaupun imam sudah bangun duduk attahiyat akhir,anda tetap sujud disebabkan anda berdoa. Alasan anda,doa pada sujud terakhir dimakbulkan Allah.Betul,doa pada sujud terakhir dimakbulkan Allah namun jika solat berjemaah,perkara itu bukanlah satu perkara yang afdhal(penting).Apa yang penting ialah mengikut setiap pergerakan imam secepat mungkin.

Anda datang solat jumaat namun khatib sudah berkhutbah.Anda minta laluan untuk kedepan dan anda tolak orang ketepi sedikit kerana ingin solat qabliah jumaat.Walhal ketika itu khatib sedang berkhutbah.Ingatlah kawan bahawa mendengar khutbah itu lagi afdhal daripada solat sunat qabliah.Jika anda solat pun,adakah anda dapat khusyuk? Dan anda mesti ingat bahawa anda mengganggu makmum lain yang sedang khusyuk mendengar khutbah.Menjadi lebih teruk apabila selepas anda selesai solat,anda terus tidur.

Anda pilih untuk beriktikaf di atas masjid dan meninggalkan dunia luar kerana dunia luar penuh dengan kemaksiatan. Betul,anda seorang abid yang sejati namun anda telah meninggalkan amanah pertama anda di muka bumi ini iaitu selaku khalifah, selaku manusia yang akan menarik manusia lain ke kandang ibadah.

Disebabkan anda tidak ingin bersalam dengan sepupu-sepupu anda yang bukan mahram anda,anda pilih untuk bersendirian dalam bilik padahal mereka semua datang dengan niat ingin berjumpa dan bertanya khabar anda.Sepatutnya,anda keluar bilik dan berborak dengan mereka,bab bersalaman menyentuh bukan mahram,anda ada banyak pilihan dan anda boleh menolaknya.

Anda pilih untuk ponteng kelas atas alasan jika anda ke kelas pun anda tidak faham apa yang diajar oleh guru. Betul anda tidak faham, tapi pilihan anda untuk ponteng kelas itu telah menghina guru anda,anda lansung tidak menghormatinya.

Anda pilih untuk memerahi kawan anda yang bercouple atas alasan maksiat dan lantas anda meninggalkaannya disebabkan kedegilannya sedangkan Rasulullah tidak pernah meninggalkan Abu Jahal walaupun Abu Jahal menentang baginda secara terang-terangan.

Banyak lagi senario yang berlaku dan kita tersalah membuat pilihan.Kita pening yang mana satu afdhal dan yang mana satu sunat. Kita pening,yang mana satu pilihan yang Allah mahu dan yang kita mahu.

Jom bincang lagi,apa lagi yang sukar untuk anda membuat pilihan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s