Kubur Oh Kubur

By: Bashariah

“Mengapa saudara menangis di kubur ibu saya?”

“Kubur ibu saudara?!!” Jeng jeng jeng…Kassim Selamat benar-benar terkejut. Masih ingatkah kamu semua pada dialog dalam filem Ibu Mertuaku ini? Ingat? Bagus.. Kali ini topik yang akan disentuh bukanlah berkenaan dengan Selamat, Ibu atau Mertuanya, tetapi mengenai KUBUR.

Selain lemang, ketupat dan rendang, ada satu lagi perkara yang cukup sinonim dengan Hari Raya iaitu amalan menziarah kubur kaum keluarga dan sanak saudara. Tatkala kaki kita melangkah menuju ke kubur ayah, ibu ataupun saudara, apakah niat sebenar kita ke situ? Ada yang akan menjawab, “Saya ikut mak je,” ada juga yang akan menjawab, “Saya rindu pada ayah saya, dia dah meninggal, jadi saya lawat kubur die,” Tapi apa yang paling ditakuti jika ada yang menjawab, “Ni dah memang amalan keluarga saya sejak dulu lagi, lagipun hari raya adalah hari terbaik untuk lawat kubur,”. Jika ada yang berniat begini, ataupun seakan-akan sama maksud, NAUZUBILLAH! Ingin ditegaskan bahawa tiada langsung penetapan waktu-waktu tertentu untuk melawat kubur, bahkan pada mulanya, Rasulullah SAW melarang para sahabat melawat kubur atas alasan akidah yang masih belum betul-betul kukuh. Bimbang juga akan menimbulkan kesedihan terutamanya pada kaum wanita. Tapi, setelah beberapa lama, ia dibenarkan berdasarkan dua hadis di bawah, tetapi kita boleh melawat kubur pada bila-bila masa. Bukan pada hari raya sahaja. TIADA istilah waktu sunat atau afdhal untuk melawat kuburan.

Abu Hurairah r .a berkata: “Nabi s.a.w. menziarahi kubur ibunya, maka beliau menangis dan tangis beliau membuat orang-orang yang ada di sekitar beliau ikut menangis. Baginda bersabda: ‘Aku minta izin kepada Rabbku untuk memintakan ampun bagi ibuku namun Rabbku tidak mengizinkannya. Dan aku pun minta izin untuk menziarahi kuburan ibuku maka untuk yang ini Rabbku mengizinkannya. Maka ziarahilah kuburan karena ziarah kubur itu akan mengingatkan kepada kematian.” (HR. Muslim)

“Aku pernah melarang kalian dari ziarah kubur maka (sekarang) ziarahilah kuburan.” (HR. Muslim)

“Siapa yang ingin ziarah kubur maka silakan ia berziarah,namun jangan kalian mengucapkan hujran.”(HR Nasai)

Apa pula niat kita menziarahi kubur? Untuk apa sebenarnya ziarah kubur ini dibenarkan? Jelas dinyatakan dalam hadis di atas, tujuan utamanya adalah MENGINGATKAN kita pada KEMATIAN. Semoga dalam setiap langkah kita, kita tahu bahawa mayat-mayat di bawah itu sedang menerima balasan atas perbuatan mereka. Andai ada yang diseksa, raungan mereka didengari oleh semua makhluk kecuali manusia. Andai baik amalannya, berbahagialah mereka menunggu hari kebangkitan. Bila kita memandang nisan yang tertanam kaku, beritahulah diri kita bahawa satu hari nanti nama kita juga pasti akan terpahat di situ. Biarlah dengan melawat kuburan itu membuat kita sedar dan insaf, menjadi pengajaran supaya kita perbaiki diri, agar kita kembali ke tanah dengan amalan baik sebagai bekalan. Biar kubur itu menjadi tempat rehat yang aman setelah bersusah di dunia memperjuangkan agama ALLAH. Bukan menjadi tempat menerima seksaan setelah lalai dengan keseronokan dunia.

Mulai saat ini, betulkan niat kita sewaktu melawat kuburan. Jangan datang dengan niat yang salah, jangan letakkan perbuatan melawat kubur ini pada taraf sunat ataupun sebagai kewajipan. Kerana ia boleh merosakkan akidah. Tetapkan niat yang satu bahawa ia membawa kita lebih dekat kepada kematian. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s