Boleh Ke Kata Macam Tu???

Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk saya mengisi ruangan Azzariyat ini dengan article yang tak seberapa ini. Kerana terlalu sibuk, lalai mungkin ,dengan kerja-kerja akademi saya hampir terlupa akan amanah yang diberi oleh rakan untuk menulis article untuk blog Azzariyat ini.
Apa topic menarik yang ingin saya kongsi kali ini? Mungkin ia tidaklah terlalu menarik tetapi saya berdoa agar article ini berjaya memberi ruang kepada pembaca malah diri saya sendiri untuk berfikir sejenak tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kita.
“ saya pergi program hari tu, saya dapat satu point yang sampai sekarang melekat dalam ingatan saya,” seorang rakan membuka bicara. Lantas saya sambut bicara rakan tadi tanda ingin tahu tentang point tersebut. “ Kalau kita nak tahu Allah sayang kita ke tak, kita nilai balik kehidupan seharian kita. Kalau kita banyak buat dosa tu tandanya Allah tak sayang kita. Kalau Allah sayang kita, Allah akan pelihara kita dari buat dosa.”
“ Dalam kisah Raulullah sendiri, 2 kali Rasulullah nak pegi majlis tari menari, tapi Allah tidurkan Rasulullah and Rasulullah tak pergi majlis tu. Tengok betapa Allah sayang Rasulullah. Betapa Alah memelihara Rasulullah dari majlis yang melalaikan”
Mantap point itu. Disertakan sekali dengan kisah Rasulullah sendiri. Malah, point ini juga dibangkitkan seorang rakan ketika sesi muzakarah baru-baru ini.
“ hari tu saya ada dengar kawan cakap kalau kita nak tahu Allah sayang kita ke tak, kita nilai balik kehidupan seharian kita. Kalau kita banyak buat dosa tu tandanya Allah tak sayang kita. Kalau Allah sayang kita, Allah akan pelihara kita dari buat dosa. Maknanya kalau saya pegi tengok wayang, maksudnye Allah tak sayang saya la ni? Sebab senang je saya buat bende yang lagha”
Macam-macam pendapat yang dikemukakan rakan-rakan lain untuk menjawab soalan tadi. Namun tiba-tiba saya terfikir banyak perkara.

Layak ke kita nak menilai yang Allah sayang kita ke tak?

Layak ke kita kate apabila kita buat dosa dalam kehidupan seharian kita, tu tandanya Allah tak sayang kita?

Tu macam membawa maksud kite bersangka buruk dengan Allah.

Boleh ke kate macam tu??

Bukankah Allah punya sifat MAHA PENYAYANG yang tiada tandingannya?

Boleh diterima pakai ke point tadi? Kalau boleh sertakan bukti yang meyakinkan.

Article ini saya tulis bukan niat saya membangkang point menarik tadi. Tapi Cuma timbul sedikit persoalan dalam kotak fikiran saya. Saya tamatkan penulisan saya disini kerana saya juga ingin tinggalkan persoalan kepada pembaca. Siapa yang sudi boleh berkongsi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s