Ketika Diri Diuji..

Menulis artikel Islamik merupakan satu cabaran yang besar buat saya, ilmu yang ditulis harus disahkan betul dan bertepatan dengan Islam. Untuk memenuhi syarat tersebut,mahu tidak mahu,hendak tidak hendak,diri ini wajib mempunyai imput yang banyak supaya output yang dihasilkan berguna dan tidak terpesong dan dalam mencari input-input,membaca adalah kata kuncinya. Membaca bukanlah satu perkara yang mudah buat diri ini namun suka atau tidak,saya wajib membuatnya.

Namun,menulis artikel bukanlah satu perkara yang terlampau susah,tetapi mengamal apa yang ditulis,itulah masalahnya. Saya tulis tentang solat berjemaah tetapi seringkali tertinggal solat berjemaah,lena dibuai mimpi indah di atas katil. Saya tulis tentang ukhwah tetapi mulut ini begitu susah untuk senyum apabila terserempak sesama Islam. Saya tulis tentang dakwah tapi pabila berdepan dengan situasi yang mana dakwah itu perlu,saya berdiam diri dan hanya mampu membenci dalam hati.

Ya benar,kata-kata lebih mudah daripada perbuatan.

Saya menyuruh manusia bersabar,saya menyuruh manusia berzikir dan saya suruh manusia tabah namun pabila ujian melanda diri sendiri,saya lah yang tidak sabar,saya lah yang tidak ingat Tuhan dan saya lah yang tidak tabah.

Semuanya bermula dengan satu majlis yang meriah dan gembira iaitu majlis perkahwinan adik perempuan saya yang bongsu, Tira namanya. Di antara kami bertiga,Tira adalah yang paling cantik malah lebih cantik daripada saya.Mungkin disebabkan itu,jodohnya lebih cepat daripada saya.Konflik bermula apabila Tira memilih untuk membuka tudungnya sempena dengan majlis persandingannya. Angah cuba menghalangnya namun dia berdegil,katanya itu adalah majlisnya,orang lain jangan masuk campur. Angah menghantar mesej kepada saya melalui Yahoo Messenger memberitahu hal yang berlaku.

Oh ya,ketika itu saya tidak balik ke Malaysia,saya terpaksa berjumpa dengan Prof yang memantau projek Ph.D saya di Aussie. Atas tanggungjawab seorang kakak dan seorang pendakwah,saya menelefon ibu saya dan menanyakan hal sebenar dan ibu seolah-olah berdolak-dalih dengan saya. Alasan ibu, ibu tidak campur tangan dalam hal tersebut,semuanya diuruskan oleh Tira dan mak cik Mila.

Mak Cik Mila seorang perancang perkahwinan yang berjaya dan terkenal.Dia berkerja di salah sebuah kosultan di Johor. Semua pakaian Tira dan pelamin Tira pada hari itu diuruskan olehnya seratus peratus.Malah,jurugambar dan juruvideo pada hari itu pun diupah oleh Mak Cik Mila,mereka bukan jurugambar biasa tetapi jurugambar majlis Di Raja.Mahal tetapi berbaloi bak kata Cik Mila. Apa kata ibu? Ibu tidak tahu lansung…

Saya cuba menghubungi Tira secara lansung dan alhamdulillah,kami dapat berhubung.Saya membacakan beberapa petikan ayat dari surah An-Nisa berkenaan dengan aurat supaya dia sedar dan dia hanya terdiam ketika saya membaca ayat tersebut. Pada anggapan saya,Tira menyesal dengan keputusannya.

Betul apa yang saya sangkakan,pada hari persandingan tersebut,Tira memakai tudung.Cantik,dia memang cantik.Angah mengucapkan terima kasihnya kepada saya yang tidak terkira.Menurut Angah,sudah satu malam dia memujuk Tira untuk memakai tudung tapi Tira buat tidak tahu sahaja. Angah cuba sampaikan hal tersebut kepada Ibu tetapi Ibu cuba mengelak dan mengatakan dia tidak tahu apa-apa.Tapi semuanya berubah selepas Angah menyampaikan hal ini kepada saya dan saya menelefon Tira. Alhamdulillah.

Hari ini,genaplah sebulan perkahwinan Tira.Saya tumpang bahagia dengan kebahagiaannya.

“Nurul,ini bukan gambar adik kau,Tira?”Tanya Ameena,teman sebilik saya.

“Yup,adik aku la.Lawa kan?”Jawab saya sambil tersenyum.

“Wooot,ade video..Bapak grand majlis die..Tengok,berpuluh-puluh orang komen kat bawah!”Ujar Ameena sambil menekan butang play di video tersebut.

Video 15 minit itu berjalan dengan sempurna,teknik fotografi yang sangat menarik namun suasana sepi menyelebungi saya dan Ameena.Saya terkedu,tidak mampu ucap apa-apa dan Ameena melihat saya dengan renungan sinis. Saya tahu apa yang ingin ditanya Ameena namun saya memilih untuk beredar dari bilik dan ke kamar mandi.Mungkin faham dengan situasi saya,Ameena terus menutup windows tadi.

Tangisan dan esakan saya memecah kesunyian di kamar mandi.

“Ya Allah,apakah jenis ujian yang Kau uji aku kali ini.. Engkau suruh aku jaga solat,aku solat berjemaah..Engkau suruh aku puasa di bulan ramadhan,aku puasa isnin khamis..Engkau suruh aku jaga aurat,aku pakai tudung labuh!..Semua arahan Engkau aku lakukan tapi kenapa Engkau uji aku dengan ujian seberat ini?!!Aku tegur Tira supaya pakai tudung..Die pakai tapi..tapi…kenapa video dia make-up tersebar di internet ya Allah??Macamana aku mahu berdepan dengan mad’u-mad’u aku ya Allah? Macamana aku mahu berdepan dengan followers blog aku ya Allah? Macamana aku mahu berdepan dengan kawan-kawanku ya Allah?Nanti apa kata mereka padaku ya Allah..Sibuk berdakwah tapi adik sendiri free hair?Ya Allah!!!!!…Aku pohon pada Mu wahai pemilik nyawaku, bagilah aku kekuatan menghadapi ujian ini..”Monolog hatii ni..Diiringi dengan tangisan seakan-akan anak kecil..

Mungkin perasaan saya,sikap Ameena terhadap saya berubah.Saya mula disisih oleh kawan-kawan Islam di University. Saya sudah tidak tahan lagi, lalu saya menelefon ibu saya,bertanya tentang hal ini.

“Ibu tak taw ape-ape long,sume tu Tira dan Mak Cik Mila ko yang buat.”Jawab ibu,jawapan yang menyedihkan..

Untuk berkata,lidah ini tidak mampu.Jadi,saya memutuskan untuk menghantar mesej kepada ibu.

“Ibu,kenapa mase along tanye ibu cakap tak taw ape-ape?Bukanke Tira tu anak ibu?Bukan ke Tira tu ibu yang jaga dari kecik? Ke Tira tu anak Mak Cik Mila n ibu tolong jaga sahaja?Along betul-betul mintak maaf tapi Along kena bagitaw juga yang ibu ini dayus! Ibu sanggup lihat anak ibu buat maksiat depan-depan mata ibu dan ibu tidak menegurnya. Kate ibu,ibu tidak tahu..Along betul-betul terkilan dengan sikap ibu..Ibu hantar Along ke sekolah Tahfiz dulu supaya Along jadi hafizah,Along jadi hafizah tapi apa makna semua ini bu?Mana ibu yang hantar along dulu?Mana ibu yang bagi tazkirah kat along dulu?Mana ibu yang bisikkan syahadatain kepada along dulu?Ibu..Along sayang ibu..Along taknak ibu,baba,angah dan tira masuk neraka..Along sayang suma!..Sob2..”

“Ibu minta maaf along…”

Sangkaan saya yang Ameena sebarkan semua cerita itu rupa-rupanya salah,bukan Ameena. Satu hari,saya terlewat dalam sebuah liqa’ naqibah-naqibah yang di adakan di dalam masjid secara tertutup. Sebelum saya masuk ke dalam masjid,saya terdengar suara orang sedang bergaduh dan saya mendekati dan cuba mendengarnya,Ameena sedang mempertahankan saya daripada digugurkan dari senarai naqibah.

“Video adik dia free hair telah tersebar luas di internet! Ramai mad’u tahu dia ada adik freehair!”Diana bersuara.

“Pakai tudung labuh tapi adik sendiri freehair,malukan Islam!”Mell mencelah.

“Siqah(kepercayaan) adik-adik mad’u padanya sudah luntur,tiada orang percayanya lagi.Kita wajib gugurkan dia!”Cadang Sohail.

“Saya percayakan Nurul!Siqah Nurul pada saya tidak pernah jatuh! Anda gagal dalam membuat keputusan! Bukankah bapa saudara nabi sendiri tidak Islam? Bukankah penentang Islam paling kuat,Abu Lahab juga bapa saudara nabi?Bukankah suami Zainab anak nabi juga bukan Islam pada awalnya?Anda silap! Anda tidak kenal Nurul,Nurul menangis dan berdoa setiap malam meminta hidayah diberikan kepada ahli keluarganya,dia menelefon adiknya dan membacakan ayat dari surah An-Nisa tentang aurat malam sebelum adiknya bersanding,anda tidak tahu apa-apa pasal Nurul.Anda tidak tahu dia menangis di kamar mandi tatkala mengetahui video ini? Adakah ini Islam yang anda bawa? Kalau ini Islam yang anda bawa,saya tidak bersama anda lagi!”Marah Ameena.

Tanpa saya sedari,air mata saya mengalir.Saya lekas bangun dan berlari meninggalkan masjid.

———–

Pada masa yang sama,di Malaysia.Rupa-rupanya ibu rasa sangat bersalah,dia tidak tahu kepada siapa lagi hendak diluahkan isi hatinya ini.Mungkin disebabkan tekanan dan konflik dalaman,ibu tanpa niat telah memarahi Tira. Apa yang ditulis dalam mesej saya menjadi isi untuk ibu marah Tira.Ibu memberitahu Tira bahawa saya dipulau oleh kawan-kawan Islam saya di Aussie disebabkan video Tira freehair.

Tira cuba membela dirinya,katanya ibu yang tidak larang. Ibu juga seakan-akan menyokongnya sewaktu dia memilih untuk freehair dahulu tapi kenapa ibu memarahinya sekarang. Tira bingung dan sangat marah pada ibu,dia mengambil kunci keretanya dan bercadang untuk balik ke rumah baru milik suaminya.

Kata-kata Ibu betul-betul menusuk hati Tira,Tira betul-betul rasa bersalah dan simpati kepada saya. Dalam fikirannya,tiada yang lain melainkan saya.Dia bimbang keadaan saya di sana,adakah betul saya dipulau oleh kawan-kawan di Aussie.

———–

Ameena membuka pintu bilik dan saya terus memeluknya.Pelukan sebagai tanda terima kasih kerana membela saya dan saya meminta maaf kerana bersangka buruk dengannya.Dia memeluk saya dengan erat dan memberi kata-kata semangat. Dia berjanji akan terus berada di sisi saya dan menyokong apa yang saya buat.Nasihat demi nasihat dia berikan kepada saya, ayat 2 surah al-ankabut yang memberi maksud “tidak beriman seseorang itu sehingga dia betul-betul diuji” diulang berkali-kali di telinga saya.Kami berdua menangis. Dan tiba-tiba, telefon bimbit saya berbunyi. [Luv Angah] terpapar di skrin telefon saya. Hati saya dapat merasakan sesuatu yang tidak diingini sebab jarang sekali ibu menelefon lansung ke talefon saya melainkan ada perkara penting.

“Along..Sob2…Tira long,Tira…”

“Kenapa ngah?’

“Tira sudah tiada long..dia kemalangan..”

“huh?! tenang Ngah,tenang..Apa yang berlaku?”

“Kereta yang Tira pandu masuk parit..Ibu marah dia sebab video,dia lari nak balik rumah tapi..mungkin dia rasa bersalah then xdapat control kereta dengan baik..sob2..”

Saya terdiam..

Terkesima..

Terkedu..

Semuanya salah saya.Sayalah punca kemalangan itu.Sayalah sebab Tira mati..

Nyata,dakwah saya bukanlah dakwah yang betul..

Masih banyak lagi yang perlu saya belajar..

Masih banyak lagi seni yang perlu dilatih..

Sob2…

Nukilan : Lailatul Syifa’

Post By : Uwa|s A|-Qarn|

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s