Patah Tumbuh, Hilang Berganti…

Alhamdulillah semalam telah selesai sesi taklimat terakhir bersama-sama sidang editorial Azzariyat batch 5 (matrik). Maka secara rasminya 13 orang pelajar batch 5 telah menjadi sebahagian warga Azzariyat yang baru. Mereka ialah :

MOHAMAD FAIRUS BIN MOHD TAHAR

MUHAMAD IZZUDDIN BIN AZHAM

ZED AL-HABSHEE BIN SYED ABDUL HAMID

AMIRUL IDHAM BIN IDERIS

EZWAN HAKIM BIN MD ZUBIR ANSORI

MOHAMAD AZAM BIN MD YUNUS

FAIROZA AMIRA BINTI HAMZAH

FATIN

LYLATUL NASIHAH BINTI SALLEH

NOOR IMANINA BINTI NOOR HASNAN

NUR ADIBA AZLIN BINTI JOMAIN

NUR ERLIZA LYDIA BINTI MOHAMAD SAFRI

NUR FURQAN BINTI ZAHARIMAN

Saya tidak berkesempatan terlibat dalam proses pemilihan editor Azzariyat batch 4, namun hasil yang mereka persembahkan sangat membanggakan. Namun kali ini, saya diizinkan Allah bersama-sama 13 pelajar ini, melihat hasil persembahan mereka melalui pelbagai aktiviti yang kami lakukan dan sedikit sebanyak ingin saya kongsikan bersama pembaca siapakah mereka dari sudut pandangan saya.

Pada awalnya, mereka diberi tugasan menulis 2 buah artikel. Hasil tulisan mereka sangat menakutkan (hehe). Terkejut, adalah perkataan yang paling tepat sebenarnya. Tulisan mereka semuanya sarat dengan isi dan nilai yang sangat berharga saya kira, kerana kebanyakannya mencoretkan perasaan dan pengalaman mereka. Jika ditolak kesalahan-kesalahan ejaan, tatabahasa yang agak tunggang langgang, olahan ayat yang sedikit berterabur, serta dibuang beberapa isi yang tidak berkaitan, beberapa artikel mereka boleh mengalirkan air mata dan menyentuh hati sesiapa yang membaca.

Saya bukan orang yang arif atau mahir dalam bidang penulisan, maka saya bukanlah orang yang paling layak memberi komen atau membanding-bandingkan mereka dengan sesiapa. Bahkan saya kira, tidak ada lebihnya batch 1 ke atas batch 2, batch 3 ke atas batch 4, batch 4 ke atas batch 5 dan sebagainya. Kerana setiap sesi, mereka berjuang mengikut kapasiti yang mereka ada, dan setiap antara mereka telah menunjukkan hasil yang sangat membanggakan. Maka saya menaruh kepercayaan kepada batch 5 ini, untuk memberikan persembahan yang terbaik juga, bagi mengangkat lagi legasi perjuangan ini, dan membawa benih-benih Islam ini terbang lebih jauh bersama angin yang mendamaikan.

Dalam taklimat terakhir saya sempat bertanya, kenapa mereka menyertai Azzariyat? Rata-rata memberi maklum balas yang telah dijangka.

  • Ingin berdakwah
  • Berkongsi ilmu dan pengalaman
  • Menambahkan skill penulisan

Namun ada satu jawapan yang agak berbeza,

  • Kerana suka senpai Asraff

Walaubagaimanapun, saya doakan segala cita-cita dan hasrat yang mereka tanamkan semasa mula-mula menyertai Azzariyat ini akan tercapai.

Namun, seusai taklimat, saya terimbau kembali kisah-kisah lama. Sebenarnya begitulah juga editor-editor Azzariyat sebelumnya. Pelbagai impian dan cita-cita disemai dalam jiwa. Sayangnya, realiti tak seindah mimpi.

  • Ada ketikanya tekanan masa menyebabkan timbul rasa menyampah nak tulis artikel
  • Ada ketika idea tidak ada, maka tanggungjawab menulis menjadi satu beban
  • Adakala tulisan tidak diterima dan dikritik ramai
  • Ada ketikanya, letih bersengkang mata menyiapkan artikel, namun terpaksa melihat Azzariyat dicampak dalam tong sampah

Ingin saya tanyakan pada adik-adik ini, apakah selepas semua ini masih teguh lagi hajat kalian untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman? Apakah akan kekal di sini atau terus gugur di pinggiran jalan perjuangan?

Persoalan ini mencengkam jiwa saya, sehingga saya terfikir kalau diluaskan sedikit skop ini, samalah jua halnya dengan kebanyakan di antara kita. Rata-rata di antara kita menanam cita-cita untuk menjejak syurga Allah. Atau ada yang berhajat menempah tempat di neraka?

Namun di sebalik cita-cita yang murni itu, kita selalu disibukkan dengan pelbagai hal lain. Belajar, buat report, homework, sukan, ditambah pula dengan pelbagai aktiviti hiburan sosial. Kita dilelahkan dengan pelbagai urusan keduniaan.

Mungkin ramai di antara kita akan menjawab, semua itu adalah sebahagian jalan ke syurga. Kita belajar, bersukan dan bersosial untuk mencari keredaan Allah seterusnya meluruskan jalan ke syurga. Sedap didengar, terlihat kesyumulan Islam.

Namun sebenarnya apakah yang dikatakan menjalani kehidupan untuk mencari keredaan Allah?

  • Dalam belajar, kita banyak sakitkan hati lecturer dan rakan-rakan
  • Kita bersukan, membuka aurat, leka bermain hingga terlepas solat berjemaah
  • Kita berhibur namun kadangkala melampaui batas, hingga solat pun di hujung-hujung waktu

Apabila mengenangkan semua ini, saya rasa kerdil sungguh diri ini. Banyak dosa dan maksiat saya lakukan, namun masih lagi tidak segan meminta syurga dari Allah. Banyak nikmat yang Allah beri pada saya, namun jarang sekali saya bersyukur. Allah beri saya masuk asrama penuh, Allah beri saya keputusan SPM yang baik, Allah beri saya masuk JAD, Allah izinkan saya terus belajar di JAD hingga kini, Allah temukan saya dengan rakan-rakan yang baik, Allah temukan saya dengan rakan-rakan yang mendekatkan diri saya dengan agama, Allah cukupkan segala keperluan saya dan Allah beri saya peluang untuk hidup hingga hari ini.

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Tidak ada lagi nikmat Tuhan yang dapat saya dustakan. Tapi akhirnya apalah yang telah saya balas ke atas segala kasih sayang Allah itu?

Sahabat-sahabat, betapalah sehari-hari kita selalu melupakan-Nya. Memang benar, kehidupan di dunia ini memang sibuk, meletihkan, dan sangat mencabar. Budak matrik dengan syukudai (homework) nya, budak U1 dan U2 dengan reportnya, kuiz yang berlambak, matapelajaran yang makin susah dan segalanya cukup melelahkan kita. Namun mari kita muhasabah semula, jika kita mati nanti, tergamakkah kita menjadikan semua itu sebagai alasan kita lupa perintah-Nya?

Sehingga difikir-fikirkan kembali saya tertanya-tanya, sebenarnya apa yang saya cari dalam kehidupan ini? Sahabat-sahabat, jika ada ketikanya saya bahkan sesiapa sahaja yang tergelincir dari landasan kebenaran ini, ringankanlah lidah menegur mana yang berkesempatan. Adakala, kita tidak sedar kita melakukan kesalahan atau mungkin kejahatan dalam kebaikan.

Akhir kata, berbalik kepada isu editor Azzariyat bongsu yang baru dilantik ini, setiap di antara kamu, terselit harapan-harapan dari kami, agar kalian dapat menatang sepenuh pengalaman dan menjadi manusia-manusia yang bernilai kepada agama. Semoga kalian kekal tabah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s