Kita juga terbinasa??

Dari Aisyah r.a. Beliau berkata,

“Aku bertanya, “wahai Rasulullah, apakah kami akan dibinasakan sedangkan di antara kami ada orang-orang soleh?” Rasulullah menjawab, “Ya, apabila keburukan itu bermaharajalela.”

(Hadith riwayat Muslim)

Nyata sekali melalui hadith ini, sekadar menjadi baik sahaja tidak mampu untuk menyelamatkan kita daripada azabNya, selagi keburukan, kemaksiatan bermaharajalela di muka bumi ini. Dalam erti kata lain, kita perlu untuk jadi baik dan membantu orang lain memperbaiki diri agar kita semua dapat sama-sama memperoleh keselamatan dan perlindungan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.

Alah bisa tegal biasa

Sukar untuk diterima tetapi itulah hakikatnya. Apabila kita telah terbiasa dengan sesuatu perkara, kita hilang sensitiviti terhadap perkara tersebut.

Bila kita telah terbiasa minum kopi, kita dah tak rasa yang kopi tu pahit.

Bila kita telah terbiasa tidur banyak, kita dah tak rasa kita terlebih tidur.

Bila kita telah terbiasa dengan maksiat, kita dah tak rasa itu suatu dosa.

Dan inilah perkara yang paling saya takut untuk terjadi, namun ia berlaku jua akhirnya.

Suatu masa dulu

Setelah hampir 3 tahun berlalu di JAD, azzariyat mengalami pelbagai perubahan. Suatu ketika, kita dapat melihat beratus-ratus orang melayari azzariyat.wordpress untuk meneguk secebis ilmu daripadanya. Writers pun membicarakan pelbagai isu menarik untuk pengajaran diri dan insan-insan sekeliling.

Natijahnya, kita dapat melihat pertambahan bilangan jemaah di surau, peningkatan peratusan perempuan yang memilih untuk menutup aurat dengan sempurna, tidak kurang juga perpisahan beberapa pasangan yang bercouple. Saya tidak mengatakan segala perubahan berpunca daripada azzariyat, tetapi segalanya berpunca daripada insan-insan baik yang turut berusaha untuk membaikkan orang lain.

Hidup ini ibarat roda

Hakikatnya, hidup ini ibarat roda. Iman pun ada jatuh dan bangunnya. Segala yang dikecapi dahulu terhakis hari demi hari.

Bilangan jemaah berkurang.

Ramai yang kembali bercouple.

Ikhtilah semakin tidak terjaga.

Segala yang berlaku ibarat terhakisnya sensitiviti kita terhadap perkara maksiat yang berlaku di sekeliling kita, sehingga akhirnya kita mengambil jalan pintas dan berkata,

“Aku pun bukan baik sangat nak nasihatkan orang lain…”

Dan kehidupan kita sendiri pun sedikit demi sedikit menjauhi cara hidup Islam yang sebenarnya. Kitalah sebenarnya yang menjadi punca kejatuhan umat ini. Apabila kita sendiri berputus asa daripada keinginan untuk menjadi baik dan membantu orang lain menjadi baik.

Muhasabah Sebentar

Semalam, saya duduk sejenak bersama seorang sahabat dan kembali memuhasabah diri. Banyak sebenarnya yang telah berubah sejak akhir-akhir ini.

Mungkin telah penat menasihati.

Mungkin diri sendiri pun punya masalah yang lebih besar, hingga tak punya masa memerhati sekeliling.

Mungkin juga telah kehilangan momentum untuk menyampaikan dakwah.

Mungkin keyakinan telah berkurang lantaran diri sendiri juga telah terbiasa berbuat dosa.

Mungkin juga kerana terlalu ingin menjaga ukhwah dengan orang sekeliling.

Segala kemungkinan yang membawa kepada masalah kurangnya aktiviti tegur-menegur, nasihat-manasihati sejak akhir-akhir ini. Atau dalam kata lainnya, kurangnya aktiviti dakwah, yang akhirnya membawa kepada kurangnya iman di hati dan banyaknya maksiat di sekeliling.

Mari kembali cari kekuatan!

Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

“Sesungguhnya di zamn sesudah kalian(para sahabat) ada hari-hari bersabar. Orang yang bersabar pada hari itu seperti orang yang memegang bara api, orang yang beramal pada masa itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang.”

Ditanyakan kepada beliau,

“Ya Rasulullah, pahala lima puluh oranng dari kami atau lima puluh orang dari mereka?”

Rasulullah SAW menjawab,

“Bahkan pahala lima puluh orang dari kalian.”

(Hadith Riwayat at-Thabrani)

Mungkin kita tidak mampu untuk beramal sebanyak para sahabat. Tak mampu untuk bangun awal bertahajud, tak mampu untuk konsisten solat berjemaah setiap waktu, tak mampu untuk berjihad di medan perang. Namun sesungguhNya Allah itu Maha Adil. Allah telah menyediak kita sebuah platform di mana kita juga mampu mencapai pahala sebanyak para sahabat dahulu pada hari ini.

Jom, kembali mencari diri!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s