Apabila Maut Dilupuskan..

Selepas membaca artikel Kita Juga Terbinasa? mengingatkan saya tentang maut. Walau keras mana pun dinding tempat kita berlindung, biar gelap gelita pun tempat kita berrteduh,maut pasti datang menjemput kita. Malaikat Izrail tidak pernah melanggar perintah Allah malah dia sentiasa berjaga-jaga dengan arahan Allah. Jatuh sahaja daun yang tertulis nama kita dari pokok hayat, zassss,tanpa lewat 1 saat atau kurang 1 saat,dia datang mengambil nyawa kita. Biarpun awak di Korea dan saya di Malaysia, asalkan tertulis hayat kita tamat pada sekian-sekian dan masa itu sama,kedua-dua akan mati dengan serentak tanpa sebarang ralat. Memang hebat,malah kalau ada berjuta-juta nyawa mati dengan serentak seperti dalam perang pun,Izrail tidak pernah melakukan kesilapan.

Jika diperhatikan ayat-ayat quran,kita akan dapati bahawa Allah sentiasa menyatakan kita datang dari tiada kepada ada kepada tiada dan kepada ada.Maknanya,hidup dan mati berlaku sebanyak 2 kali.Kita wujud daripada tiada,lalu Allah tiupkan roh ke dalam jasad kita dan Dia matikan kita.Selepas lama dimatikan,kita dihidupkan kembali dan kehidupan kali ini ialah kehidupan yang abadi.

Bagaimanakah kehidupan yang tiada sakit?

Bagaimanakah kehidupan yang tiada tua?

Bagaimanakah kehidupan yang kekal abadi?

Kekal abadi yang secara tidak lansung memberi gambaran tiada mati,tiada maut.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar,katanya: Rasulullah bersabda:

Terjemahan:”Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga dan ahli neraka telah berada di dalam neraka,maka dibawa datang maut lalu diletakkan di antara syurga dan neraka,kemudian disembelih.Kemudian diseru ahli syurga, “Hai ahli syurga,maut sudah tiada lagi.Hai ahli neraka,maut sudah tiada lagi.”Maka bertambah gembiralah ahli syurga dan bertambah sedihlah ahli neraka.”

Kenapa ahli syurga bergembira?

Kerana mereka tahu bahawa mereka akan merasakan kenikmatan di syurga yang kekal selama-lamanya…

Dan kenapa pula ahli neraka bersedih?

Kerana mereka mengerti bahawa azab mereka alami akan kekal abadi…

Alhamdulillah,saya yakin ketika anda membaca artikel ini,anda adalah seorang Islam dan mungkin bergelar Mukmin malah ada yang sampai tahap Mohsin,jadi kita tidak perlu takut dengan perkhabaran tentang ‘kematian’ maut sebab buruk mana pun kita, berdosa mana pun kita,kita tetap Islam dan Islam tempatnya adalah Syurga walaupun sementara dicelup di dalam neraka.

Namun,cuba kita muhasabah diri kita,cuba kita fikir kembali,adakah dengan iman sekarang mampu menjamin kita mampu mengucap 2 kalimah syahadah di akhir kalam kita nanti?Adakah dengan amal sebanyak ini,kita yakin kita mampu melafazkan syahadatain di akhir kalam.Baiklah,ada ulama’ yang berpegang cukuplah sekadar kalimah ‘Allah’ di akhir kalam.Tapi, adakah kita mampu menyebut kalimah Allah di akhir kalam?

Kal ho na ho…

Esok belum pasti…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s