Mati Itu Kehidupan..

Alhamdulillah,selepas hampir 5 hari bercuti,hari ini ada juga perkara berfaedah yang saya lakukan. Semalam,pulang dari KB Mall, umi menyampaikan berita yang menyedihkan,datuk kepada sepupu saya meninggal akibat paru-paru berair.Umurnya 63 tahun dan paling akhir saya berjumpa dengannya ialah pada tahun lepas,semasa perkahwinan sepupu saya.Walaupun tiada pertalian darah,namun hubungan yang terbina membuatkan diri ini pergi menghadiri sesi jenazah dimandikan sehingga selamat ditanam. Awalnya,ketika mandi pagi,pelbagai macam hasutan datang dalam hati saya.

“Aq pergi sana,orang kenal aku ke?..Baik tak payah pergi..”

Aq pergi sana,mak sedara aq akan layan aku ke?..Baik tak yah g..”

Dan banyak lagi,tapi saya betulkan niat dan saya terus ambil kunci kereta dan pandu ke sana.

“Biar orang nak kata apa,biar orang kenal atau tidak,yang penting,aq kena pergi..Apa yang berlaku,itu soal kemudian..”

Sampai saya di sana,suasana tidaklah muram sangat.Sesampai saya di sana,jenazah belum lagi dimandikan,saya dikhabarkan bahawa jenazah akan dimandikan sebelum waktu zohor dan akan dikebumikan selepas waktu zohor.Ketika saya sampai,masih terdengar hilai tawa daripada ahli keluarga jenazah dan apa yang saya terfikir ketika itu ialah mungkin ahli keluarga semuanya dah besar,jadi mereka dapat menerima pemergian allayarham dengan tenang.

Ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup saya menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana jenazah dimandikan. Sungguh, jika di waktu kita hidup,kita malu untuk mempamerkan aurat kita di khalayak ramai,tambah-tambah anak-anak kita(walaupun saya tiada anak).Namun,setelah kita mati,bukan sahaja dada kita,malah kemaluan kita dipegang dan digosok-gosok oleh orang lain. Dan ketika ini,kita sudah tiada malu.Apa yang menggembirakan saya melihat jenazah,jenazah ini tersenyum dan kelihatan tenang sahaja.

Lalu jenazah dikapankan,anak-beranak yang tadi berlegar-legar di kaki lima rumah usang milik jenazah,kini berkumpul menyaksikan wajah jenazah buat kali terakhir. Suasana yang tadi ada hilai tawa,kini berubah secara tiba-tiba.Kelihatan seorang demi seorang menitikkan air mata,baik lelaki dan perempuan.Dan,di depan mata ini,seorang demi seorang anak perempuan allahyarham rebah tersungkur,tidak bermaya.Mereka yang tadi kelihatan tenang,kini menangis,tangisan buat si mati.Si abang datang memujuk dan menenangkan seorang demi seorang.Walaupun mereka tiada pertalian darah dengan saya,jujur untuk diperkatakan,mata ini berair menyaksikan situasi itu.Terbayang di kepala..

“Andai umi ku pergi,adakah aku setenang mereka…”

“Andai aboh ku pergi,adakah aku masih mampu berdiri…”

Sebak…Memang sebak..Menyaksikan sepupu dan mak saudara ku menangis,namun apakan daya,yang hidup akan pergi..Itulah fitrah, itulah kehidupan.Tiada kehidupan tanpa kematian…

Alhamdulillah,hampir 4 saf penuh orang yang menyembahyangkan jenazah dan proses pengebumian jenazah berjalan lancar kerana ramai orang kampung turut membantu.Semuanya disebabkan jenazah alim orangnya,baik orangnya, dan dia juga setiausaha masjid kampungnya.Moga Allahyarham ditempatkan di tempat yang termulia bersama para sahabat dan orang-orang soleh..

Semoga kita sentiasa bermuhasabah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s