Dia yang makan sampah..

Suatu malam,sewaktu saya ingin membuang sampah di tong sampah MPKB, kelihatan ada dua lembaga,yang pasti mereka bukan hantu.Mereka seolah-olah sedang menyorok supaya tidak dikenal oleh orang lain.Lalu saya buang sampah dan pura-pura meninggalkan tempat itu.Saya memberhentikan kereta tidak jauh daripada tempat itu dan toleh kebelakang dengan niat untuk mengetahui apa yang mereka sedang lakukan.

Sungguh menyedihkan,kanak-kanak lelaki dan perempuan itu sedang mencari sesuatu untu dibawa pulang ke rumah.Salah seorang daripada mereka terjumpa sisa makanan yang dibuang,mungkin sudah bertempoh satu hari atau dua hari,namun mereka berkongsi makanan itu dengan gembira.

Saya pulang dengan perasaan serba salah.Entah kenapa saya tidak menolong mereka,bukan susah kerana saya berwang ketika itu,tapi lansung tidak terfikir untuk menolong mereka.Apa yang saya fikir? Perasaan kasihan dan simpati sahaja.

Saya pernah rasa hidup susah,tapi tidak sesusah mereka.Saya lebih rela berlapar daripada makan makanan sisa seperti mereka makan.Suatu ketika dahulu,keluarga saya mempunyai masalah wang yang dasyat. Pendapatan ibu dan ayah tidak mampu menampung kami berempat.Malah,yuran sekolah kami pun dibayar oleh bapa saudara,abang kepada ayah kami. Saya ke sekolah berbekalkan nasi goreng yang diberi oleh ibu dan terkadang saya berpura-pura tidak ingin nasi goreng supaya ibu berikan saya duit,bolehlah saya berbelanja di sekolah.Itu pun tidak banyak,hanya 50 sen.

Dan kadang-kadang,saya ajak ibu ke rumah bapa saudara saya dan saya pura-pura mengamuk dan tidak ingin pulang ke rumah.Sebabnya,saya ingin makanan yang lebih sedap dan ingin ke sekolah dengan wang RM2.

Balik ke rumah,saya dan adik-beradik yang lain terpaksa mempek ‘ubat stepler’ yang diambil oleh ibu.Tugas kami senang,ambil semua ubat stepler ‘custom’ dan masukkan kesemuanya ke dalam kotak-kotak kecil untuk dijual di mydin.Yang menjadikan kerja ini ‘menyampah’ bagi saya,jumlahnya tidak kurang daripada 1000 kotak. Jadi,masa bermain saya? Hilang begitu sahaja.

Jika ini pun saya kata susah,bagaimana hidup dua kanak-kanak tadi? Susah mana pun saya,paling kurang saya makan ikan singgang(ada ‘g’ ke xde ek?) dan nasi putih tapi mereka?Makan sisa makanan orang lain.

Saya tahu,mereka pun tidak mahu makan makanan tersebut tapi apakan daya?Jika mereka mahu makan makanan tersebut,kenapa mereka bersembunyi ketika saya datang?

Simpati,itu saja yang mampu kita lafazkan.Ketahuilah ada lagi perkataan yang sesuai daripada perkataan ‘kesian’ iaitu ‘Alhamdulillah’.

Kita seringkali tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada dan kita mahukan yang lebih.Dulu saya mahukan makanan yang enak-enak dan sekarang saya sudah dapat tapi saya tetap rasa tidak puas hati dan mahukan lebih.

Ketahuilah tatkala kita tidak berpuas hati dengan masakan ibu kita,nasi putih dan ayam goreng tiap-tiap hari,ada orang di luar sana yang terpaksa makan nasi putih dan ayam goreng yang kita buang kerana sudah tiada pilihan. Perut mereka sudahpun lali dengan makanan-makanan basi.

Tidak salah mencari yang lebih baik tapi jangan lupa untuk bersyukur. Kerana,andai kata kita mencari yang lebih baik dan kita tidak bersyukur,pasti jika kita gagal mendapatkannya,kita tidak akan redha dengannya.

“Kenapa aku tak dapat sedangkan aku sudah berusaha ke arahnya?”

“Kenapa aku still kat bawah even aku study macam nak rak?”

Ya,berusaha tanpa bersyukur pasti membawa kepada tidak redha dengan ketentuan Allah.Pasti perkataan orang munafik menjadi perkataan kita.

“Kalau aku study lebih skit,pasti aku dapat..”

“Kalau lah aku dilahirkan sebagai anak orang kaya,pasti aku tak susah camni..”

“Kalau..”

Dan banyak lagi ‘kalau’ akan keluar.

Maka,bersyukurlah kerana bersyukur itu mendatangkan kegembiraan pada diri yang bersyukur dan kepada yang disyukuri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s