Dia Bertunang Dan Bercouple

“BUZZ!!!”Ika buzz saya di YM.

“ye saye,ada apa?”

“Bz x?Nak tanye pendapat ni..”Soal Ika.

“Kalo untuk ko,bile-bile ponb boley..huhuhuhu”Jawab saya.

“Sumaiyah,kawan kite..Ingat lagi?”Zila YM saya.

“Ngok la,apsal lak aq xingat nye?Ari tu baru jumpe die kat umah Mohd,tyme BBQ..”

“Die nak tunang bulan depan…”

“Iye?Dengan sape?Cet,nape aq xtataw ni..”Soal saya sambil terkejut.

“Dengan Topeq..”

“Oo…Bagusla…”Jawab saya.

“Tak bagus!”

“Kenapa lak?Bagus la,sama padan.Sumaiyah tu alimah dan Topeq pun alim kan?”

“Memang Sumaiyah alimah tapi Topeq..Tataw la alim ke tak,tataw nak cakap ape..”Keluh Ika.Saya masih kurang jelas dengan apa yang cuba dia sampaikan.

“Sebenarnye,Topeq tu ada gelpren lain..Kawan aq..”Sambung Ika.

“Owh,baguslah kawan ko,bukan ko..Kalo tak melepas aq..Wakakka..”

“Ish,orang serius die wat lawak lak…”Marah Ika.
“Ok2,aq serius..Ok,so masalah skarang,ko xsampai ati kat Sumaiyah coz bakal tunang die kaki pompuan?”Saya cuba untuk pastikan masalah yang dia sampaikan.

“Lebey kurang lah..So,macamana aku nak wat?Ok tak kalo aq call Sumaiyah n crite hal tu..”

“Em..Bagi aq la kan..Better ko pujuk kawan ko n biar die sendiri cerita kat Sumaiyah,apakah hubungan dia dengan Topeq..”Saya berpendapat.

“Tapi susah…Kawan aq tu..emmm..”

“Bukan ape..Kalo ko cakap kat Sumaiyah,mesti Sumaiyah pk ko sengaja reka cite supaya die tak jadi tunang coz ko minat kat Topeq..Kite panggil perasaan tu cemburu dan dengki..”

“Betul gak…”

Itulah dialog yang pernah berlaku antara saya dan seorang kawan saya. Memang kasihan si Sumaiyah,dia yang tidak bersalah terpaksa alami perkara sebegini.Pasti,ketika kawan Ika talefon dan cerita hal sebenar kepada dia,dia tidak dapat terima hal ini.Fikirannya pasti buntu,siapakah yang patut dia percaya? Si Topeq or kawan Ika?

Saya berani kata jika dia soal Topeq,adakah dia menjalinkan hubungan dengan perempuan lain atau tidak,kompom Topeq akan kata tidak. Dan ketika itulah,konflik ini akan timbul.Siapakah yang patut dia percaya,si Topeq yang telah menabur pelbagai janji kepada dia dan telah sama-sama bersekolah dengannya bertahun-tahun atau kawan Ika yang dia sekalipun tidak pernah berjumpa. Jika anda jadi Sumaiyah,siapakah yang akan anda percaya?

Jika anda pilih Topeq,tidak runsingkah anda jika apa yang kawan Ika cakap itu benar?Tidak bimbangkan anda untuk dimadukan ketika anda masih belum lagi berkahwin dengannya?Anda rela berpoligami?Anda rela? Namun,jika anda pilih kawan Ika,kalau Topeq tidak main kayu dua,anda telah rugi seumur hidup anda kerana tidak mempercayai orang yang menabur janji dengan anda.

Kita pening,lalu kita beristikharah.Setiap kali kita tidur,setiap kali kita bermimpi yang kita tidak dijodohkan untuknya. Namun disebabkan hati kita sayang akannya,kita nafikan mimpi kita.

“Topeq adalah yang terbaik buatku,aq yakin..”Monolog kita bersendirian selepas sedar dari mimpi yang memberi tanda bahawa Topeq bukan untuk kita.

Pada pendapat saya,ketika ini,istikharah bukan lagi sebagai pembuat pilihan tetapi sebagai alat untuk Allah berkati pilihan kita.Kerana apa?Kerana kalau kita bermimpi berjuta kalipun yang kata Topeq bukan untuk kita,kita akan nafikan kerana kita mencintainya. Jadi,istikharah ketika ini diperlukan supaya Allah memberkati pilihan kita.

Mungkin ramai yang akan salahkan lelaki apabila membaca artikel ini tapi jujur untuk diperkatakan,itulah lelaki dan saya sendiri masih tertanya-tanya adakah diri ini mampu untuk setia apabila berkahwin kelak sebab hati saya senang berubah dan saya yakin,hati lelaki lain juga senang berubah.Jadi, kepada bakal-bakal isteri di luar sana,jagalah suami anda sebaik mungkin supaya die menjaga anda sebaik mungkin yang dia mampu.

Jangan harap dia beri senyuman kepada anda,sebaliknya,anda lah senyum dahulu,pasti dia juga akan tersenyum bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s