Ikhtiar:Matlamat Tidak Halalkan Cara

Usrah terakhir sebelum cuti,sungguh hangat dan panas walaupun kekurangan orang. Asalnya kami mentadabur satu ayat daripada surah Al-Baqarah yang menceritakan perihal 2 malaikat iaitu Harut dan Marut. Ringkasnya 2 malaikat ini dianugerahkan oleh Allah akal dan nafsu sebagai ujian dek kerana 2 malaikat ini menghina manusia yang tergoda dengan wanita. Pada akhirnya,kedua malaikat ini tergoda dengan seorang wanita dan telah menggunakan sihir ke atas suami wanita tersebut. Sebagai balasan, Allah memberi pilihan kepada 2 malaikat ini samada menerima balasan di dunia atau di akhirat dan mereka pilih balasan di dunia.

Dan untuk pengetahuan semua,merekalah makhluk yang pertama menggunakan sihir,namun pada hakikatnya,sihir itu tidak diajar kepada sesiapapun. Syaitan yang licik telah berjaya mempelajari ilmu sihir itu dan telah mengubahnya untuk tujuan yang jahat.

Sebagai balasan,2 malaikat itu akan digantung secara terbalik dan akan memberi ujian kepada sesiapa yang ingin mempelajari sihir daripada mereka.Sebelum mereka mengajar sihir kepada sesiapa,mereka akan mengingatkan orang yang ingin belajar itu supaya bertaqwa kepada Allah dan jika orang yang ingin belajar itu enggan,dia akan diajar dengan ilmu sihir.

ayat tersebut ialah ayat dari surah al-baqarah 102:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Usrah kami menjadi panas apabila isu sihir diutarakan, “bolehkan berubat dengan tok bomoh yang gunakan jin?” Biasanya soalan ini boleh dimatikan dengan jawapan seperti, “haram gunakan jin,syirik dan semua syirik masuk neraka,” tapi saya keluarkan satu kisah benar untuk dibahaskan.

Seorang kawan saya telah bawa ibu saudaranya berjumpa dengan seorang tok bomoh disebabkan ibu saudaranya seolah-olah tidak diendahkan oleh suaminya.Semuanya bermula selepas suaminya berkahwin dua.Belum cakap apa-apa,tok bomoh sudah tahu kesemuanya,siap dengan nama suami dan nama isteri muda diberitahunya,cukup mengkagumkan.Di hadapan matanya sendiri,tok bomoh itu telah masukkan sesuatu yang berupa asap putih ke dalam sebiji botol dan botol itu hendaklah ditanam di hadapan rumah. Persoalannya di sini,jika anda berada di tempat ibu saudaranya,adakah anda masih tidak ingin gunakan bomoh dan bertawakkal sahaja kepada Allah, walhal suami anda sedang disihir orang?

Saya tidak ingin berbicara tentang hukum-hakam kerana saya tudaj faqeg tentangnya tapi saya ingin bincangkan soal usaha atau ikhtiar.Bertawakkal tanpa usaha,bukan tawakkal namanya.Jika hal ini yang berlaku,apa pilihan anda?

Saya kira pilihan yang paling bijak ialah berjumpa dengan pakar perubatan Islam.Namun,jika mereka juga masih tidak boleh berbuat apa,apakah langkah seterusnya?Jika kita tidak usaha,suami akan dirampas dan jika kita berjumpa dengan bomoh yang guna jin,syirik namanya. Mungkin anda belum menghayati lagi watak ibu saudara kawan saya,baiklah,bayangkan ibu anda sedang disihir orang sehingga lumpuh,apa pilihan anda? Saya yakin, ramai yang akan ke siam,berjumpa dengan tok sami yang menggunakan ilmu hitam,kerana apa?Kerana tiada pilihan lain.

Betul kita tiada pilihan lain?

Kawan,kalau tiada pilihan lain,itu bukan pilihan namanya. Pilihan terjadi apabila kita ada 2 atau lebih perkara untuk ditentukan.Ketika itu,kita terpaksalah redha dengan ketentuan Ilahi dan yakin bahawa apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kita.Pilihan kita sepatutnya untuk tidak memilih berjumpa dengan tok sami.Itulah pilihan Islam.

“Habis tu,matilah mak saya?”

Matlamat tidak pernah halalkan cara,itulah konsep ikhtiar.Tambahan pula, jika kita pergi berjumpa dengannya dan meminta tolong daripadanya,kita seakan-akan bersubahat dengannya,kita seolah-olah mengakui bahawa kuasa tok sami atau kuasa jin lagi hebat daripada kuasa Allah. Redhalah dengan apa yang berlaku,kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Nabi Ayub,walau sakit manapun,dia tidak pernah minta untuk Allah sembuhkan penyakitnya. Ketika ditanya malaikat, “berdoalah kepada Allah supaya disembuhkan penyakit ini,pasti Allah sembuhkan kerana kamu adalah nabi.” Apa jawapannya?

“Masakan bisa aku berdoa kepada Allah untuk menolak pemberian Nya kepada ku?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s