Cara Untuk Kaya dan Berjaya!

“Cerah,nak taw camne nak wat awek tu tergilakan kat ko?”Soal Zairee.

“Nok,nok.Gano?”Jawab Saya.

“Senang! Just think bout her all da time!”Terang Zairee.

“Huh?Yolo ko mung ni?”Tanya saya dengan sedikit ragu.

“Betul,betul. Aq try doh buat n result die,pompuan tu minat kat aq. Mung pk la dio sbelum mung tdo,slepas mung tdo n usha skit-skit,kompom dapat nye!”Bicara Zairee lagi.

Sampai sekarang,kalau bab awek,saya tidak pernah gunakan teori yang diajar oleh Zairee tapi dalam bab lain,memang saya amalkan. Contohnya, semasa saya mewakili Terengganu dalam Pidato ke peringkat kebangsaan, sebulan sebelum bertanding memang saya asyik fikir saya menjadi johan hinggakan mimpi-mimpi saya pun asyik berkisarkan perkara yang sama. Dan keputusannya,saya menjadi johan pidato peringkat kebanggsaan 2006.

Suatu hari anda bangun dan anda cuak kerana hari ini ada peperiksaan akhir semester.Anda rasakan diri anda tidak dapat jawab dengan elok kerana banyak lagi anda tidak study dan ketika peperiksaan,memang betul anda tidak dapat jawab.Anda pernah alaminya?

Suatu hari anda bangun dan anda tenang walaupun hari ini ada peperiksaan akhir semester.Anda yakin dengan apa yang anda baca walaupun sikit dan anda yakin anda dapat jawab segala macam soalan yang akan ditanya.Memang anda tidak dapat jawab semua tapi anda berpuas hati dengan usaha anda.Anda pernah alaminya?

Inilah yang dinamakan Law Of Attraction atau kita lebih mudah faham dengan konsep Nawaitu. Apa yang kita fikir atau niat,itulah yang berlaku terhadap kita. Law Of Attraction popular pada tahun 1902 apabila seorang ahli Falsafah mengemukakannya dalam sebuah buku yang menceritakan kisah hidup seorang nabi.

Konsep ini secara ringkasnya menegaskan,apa yang kita fikir akan mempengaruhi apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Katakan kita fikir kita akan berjaya,lalu cas-cas positif akan diransang,persikitaran kita akan menerima cas positif itu dan memberi gerak balas positif kepada kita dan akhirnya kita akan berjaya. Namun jika kita fikir kita gagal,lemah dan tidak mampu buat apa-apa,lalu cas negatif akan dibebaskan,persekitaran akan memberi gerak balas negatif dan akhirnya,kita gagal.

Disebabkan konsep inilah orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin.Kerana orang kaya sentiasa fikir dia boleh lakukan,lalu dia pergi ke tempat kerja dan berkerja bersungguh-sungguh dan alam memeberi gerak balas positif kepadanya dan dia berjaya.Sebaliknya orang miskin seringkali fikir dia akan terus miskin,mengeluh dengan nasibnya dan akhirnya,dia dilanda murung dan gagal dalam kehidupan.

Suatu ketika,sekolah menengah saya menjemput seorang pakar motivasi terkenal,penasihat kepada Mawi,Dr.Mohd bin Jantan(kalau tak silap). Dia memanggil 3 orang kawan saya keluar dan dia arahkan mereka bertiga untuk angkat tangan kanan sehingga 90 darjah dan pastikan tangan itu tidak jatuh ketika dia tekan tangan itu kebawah. Pada awalnya,kawan-kawan saya mampu untuk tahan tangan itu pada 90 darjah.Kemudian Dr.Mohd mengarahkan kami iaitu pelajar yang sedang duduk untuk mengutuk mereka bertiga.Keputusannya,mereka tidak mampu untuk tahan tangan mereka pada 90 darjah.

Kesimpulan daripada apa yang dilakukannya,persekitaran yang positif akan memberi kesan yang positif kepada kita dan persekitaran yang negatif akan memberi kesan yang negatif kepada kita.Secara tidak lansung, hal ini menepati hukum Tarikan;Jika anda fikir positif,anda menarik perkara-perkara positif dan jika anda fikri negatif,anda menarik perkara-perkara negatif.

Mungkin anda kata hal ini sebenarnya kebetulan tetapi Pemikir-Pemikir Baru (The New Thinker) sangat mangakui kebenaran hal ini. Malah,Law Of Attraction ini sangat banyak dinyatakan di dalam quran.Sebagai contoh ayat 15 surah A-Mulk:


Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Dalam ayat ini Allah memulakan bicara Nya dengan menerangkan bahawa bumi ini mudah digunakan.Dengan itu,kita pancarkan cas-cas positif di sekeliling kita bahawa bumi ini mudah.Lantas disebabkan kita percaya bahawa bumi ini mudah,kita pun berusaha dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya,kita akan berjaya.Bayangkan kalau sebelum kita berusaha lagi, kita sudah tetapkan di dalam fikiran kita bahawa berusaha di bumi Allah adalah susah,pasti kita gagal buat apa sahaja.

Inilah Law Of Attraction.

Jadi,macamana anda mahu kaya?

Bagaimana anda mahu berjaya?

Jerit dan percayalah, “Saya boleh kaya! Saya boleh boleh berjaya!”

Ulasan Terlampau Ringkas daripada buku: Quranic Law Of Attraction

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s