Muhasabah diri sebelum tahun baru~!

Terasa lama tidak menulis diblog ini. tak tahu kenapa, hati ini tiba-tiba berat untuk menulis diblog ini lagi. akal ini tiba-tiba buntu menulis article islamic lagi. Tapi itu bukan masalah bagi saya, mungkin itu cuma permainan hati,bisikan syaitan. amanah mesti ditunaikan cuma saya tidak berminat menulis jika saya tidak punya fakta yang cukup untuk menyokong. cuti yang bermula ini membuat hati berbunga-bunga. sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2010, tahun baru bagi kita semua. entah kenapa mungkin sudah jadi budaya apabila masuk new year kebanyakan orang akan menanam azam baru, tidak pula pada 1 Muharram yang lalu. saya sendiri pun begitu cume tahun ni terasa malas nak menanam azam baru lagi kerana azam-azam tahun lalu masih belum ditunaikan. tapi ada baiknya juga budaya menanam azam ini. sekurang-kurangnya ada juga keinginan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. kenapa masih banyak azam yang belum tertunai? kenapa setiap kali kita nak berubah susah sangat nak laksanakannya? kenapa iman dihati tak pernah tetap sehingga membuat perlakuan kita berubah-ubah, sekejap baik sekejap kurang baik. kenapa sekejap rasa nak buat amal banyak-banyak, sekejap rasa malas sangat nk buat perkara-perkara sunat?

Untuk berubah, satu perkara yang kita kene ada adalah DISIPLIN..dulu saya selalu senyum sinis bila dengar perkataan disiplin sebab bagi saya ia satu perkataan skema dan tak punya apa-apa makna. namun dalam tak sedar, solat lima waktu,puasa,zakat, serta haji yang kita praktikkan dalam Islam itulah disiplin.

cuti sememangnya satu perkara yang cukup menyeronokkan tapi cukup mencabar keimanan. tidur,makan,berhibur berlebihan cukup susah untuk dihindari sebaliknya amalan-amalan sunat pula sangat sukar untuk dilakukan dengan isiqamah. ini mungkin pendapat peribadi tapi mungkin ramai yang sependapat dengan saya.tahun baru yang bakal datang 2 hari lagi mungkin satu titik mula untuk kita berubah menjadi lebih baik. untuk jadi lebih baik, mari kita duduk sejenak muhasabah balik kealpaan dan kesilapan yang kita lakukan tahun-tahun lalu. sesungguhnya orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dan menangisi ‘kerugian’ mereka tahun-tahun lalu.

sebenarnya disiplin lah yang mampu membawa kita menjadi lebih baik dari hari ini. cuba bayangkan dalam Islam sendiri, Islam menyarankan kita solat diawal waktu dan itu satu bentuk disiplin untuk kita menjaga waktu kita sehari-harian. malah solat berjemaah juga memupuk disiplin dimana kita perlu mengikut pergerakan imam dan itu juga satu bentuk ibadat yang melatih disiplin diri mukmin.

bagaimana disiplin boleh melatih kita menjadi lebih baik? dengan adanya disiplin kita akan rasa hidup kita sudah terancang. sedang kita didepan komputer melihat profile rakan-rakan dalam Facebook, tiba-tiba azan Asar berkumandang. apa fungsi disiplin dalam situasi ini?

syaitan akan bisik : Ala..awal lagi. ko ade banyak lagi masa nak solat lepas ni.

” tak boleh, aku kene solat diawal waktu.” ini yang disiplin jawab kerana erti disiplin itu sendiri merujuk kepada ketegasan untuk melaksanakan apa yang dirancang.

dalam apa-apa situasi sekalipun disiplin harus tetap bertegas

” aku kena solat diawal waktu.”

“aku kena istiqamah puasa sunat Isnin dan Khamis”

“aku kena istiqamah baca Al-Quran supaya hati aku tak kosong.”

“aku kena solat berjemaah kerana ini sangat2 dituntut Nabi s.a.w”

ya, itu fungsi disiplin. bila disiplin ada dalam diri kita ia akan bantu kita untuk sentiasa bertegas melawan hawa nafsu. mulakan muhasabah diri dengan melihat sejauh mana cengkaman hawa nafsu mempengaruhi diri kita sehingga kadang kala ia boleh menguasai diri kita.

sesungguhnya untuk mengisi masa dengan amal, untuk menguasai dunia demi akhirat memerlukan disiplin yang tinggi. Ibnu Al-Qayyim pernah berkata. “Wahai orang yang lemah semangat! sesungguhnya diatas jalan ini Nuh menjadi tua, Yahya dibunuh, Zakaria digergaji, Muhammad pula diseksa dan anda pula inginkan Islam datang dengan mudah di bawah kakimu?”. bukan mudah menjadi mukmin yang baik, mukmin yang hidupnye sentiasa beramal soleh.semua itu perlu kesungguhan dari diri sendiri.

kesimpulannya, dalam hidup kita, kita perlu tanamkan disiplin yang tinggi supaya kita sentiasa mampu menjadi mukmin yang baik. bukan mudah melawan hawa nafsu tapi bagi orang mukmin, seksaan melawan hawa nafsu dan syaitan itu sedikit demi sedikit berubah menjadi satu nikmat jiwa yang sangat bernilai yang tidak akan pernah dirasai oleh orang yang fasik.

Ibnu Taimiyah berkata : “sesungguhnya didunia ini ada syurga, sesiapa yang belum masuk ke dalamnya dia tidak boleh masuk syurga akhirat. murid-muridnya bertanya: “apakah syurga dunia itu?” Beliau menjawab : ” Syurga mengenal Allah, mencintai-Nya, merindui dan berlemah-lembut kepadaNya.”

p/s: semoga Allah permudahkan kita semua untuk melaksanakan azam baru kita🙂

2 thoughts on “Muhasabah diri sebelum tahun baru~!

  1. salam.
    sayank mintak izin untuk amek sedikit ayat dari artikel ini…saya baru lepas amek..ya’ni kata2 ibnu al-Qayyim..^_^ mabruk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s