Tarbiyah Allah itu unik

あけましておめでとうございます

Selamat tahun baru kepada semua pembaca az-Zariyat. Semoga tahun baru ini kita semakin matang dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Tarbiyah Allah itu unik. Pernah tak anda merasakan yang lain yang kita pohon padaNya, lain pula yang dikurniakan kepada kita? Semuanya kerana tarbiyah Allah itu sangat unik.

Suatu ketika, saya berazam untuk berubah. Berubah untuk menjadi lebih serius dalam pelajaran. Sebab kita sendiri telah dimomokkan bahawa ibadah itu hanya terletak pada tikar sejadah, juga pada puasa, membaca al-Quran dan lain-lain, kita tidak melihat perkara selain itu sebagai suatu ibadah kepadaNya. Maka, kita hanya bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kualiti solat, puasa dan bacaan al-Quran sahaja. Sedangkan Islam itu sendiri lebih luas daripada itu. Islam adalah cara hidup yang dengannya kita boleh berjaya di dunia dan akhirat.

Menyedari hakikat ini, maka saya bertindak untuk melakukan perubahan pada diri saya. Berazam untuk menjadi seorang yang lebih serius dalam pelajaran. Perubahan itu juga memerlukan momentum. Maka saya bertindak menukar susunan bilik, menyediakan satu ruangan baru untuk belajar, semata-mata untuk mencari semangat baru untuk lebih serius. Solat-solat saya juga diiringi dengan doa, agar Allah mempermudahkan saya dalam usaha memahami segala yang saya pelajari. Semoga satu hari nanti ilmu itu dapat membantu agamaNya.

Ditakdirkan Allah, ada satu kuiz yang akan dihadapi tak lama lagi. Saya tingkatkan usaha dan terus berdoa untuk berjaya memahami segala yang dipelajari. Hasilnya, saya berjaya faham apa yang saya pelajari, tetapi saya gagal untuk score yang terbaik dalam kuiz tersebut. Saat menjawab kuiz itu lagi, saya sudah merasakan jawapan saya salah dan sepatutnya perlu menjawab dengan cara lain memandangkan itulah saya faham tentang subjek tersebut. Namun, hati dan akal tidak bergerak seiring. Walaupun saya rasakan jawapan saya salah dan sepatutnya jawab cara lain, saya tidak bertindak membetulkannya.

Namun, insiden itu banyak memberi pengajaran kepada saya untuk berfikir dan bertindak dengan betul. Memang saya tidak dapat score untuk kuiz tersebut tapi Allah telah menjawab doa saya agar saya diberi kefahaman dalam pelajaran. Ternyata saya lebih faham apabila gagal menjawab dengan baik. Orang cakap belajar daripada kegagalan itu kadangkala lebih baik, sebab kita akan menjadi lebih faham dan mudah mengingatinya. Namun, belajar daripada kegagalan orang lain itu, pastinya lebih baik. Sebab itu, al-Quran sendiri banyak menceritakan tentang keadaan umat-umat terdahulu yang ingkar padaNya. Supaya kita semua dapat mengambil pengajaran daripada cerita tersebut.

Sometimes we just don’t know what to wish for

Kadangkala gembira yang dipinta, tapi kesedihan yang diberi olehNya,
supaya kita menjadi insan yg lebih gembira…

Kadangkala berani yang dipinta, tapi ketakutan yang diberi olehNya,
supaya kita menjadi insan yang lebih berani…

Kadangkala kejayaan yang dipinta, tapi kegagalan yang diberi olehNya,
supaya kita menjadi insan yang lebih berjaya…

Maka, jadilah seorang hamba yang paling yakin dengan janjiNya, paling redha dengan takdirNya…kerana sesungguhnya Dialah Yang Lebih Mengetahui..

Ya, kerana tarbiyah Allah itu sangat unik sebenarnya. Yang kita rasakan baik untuk kita, baik pada pandangan manusia lain disekeliling kita belum tentu yang terbaik untuk kita. Yakinlah Dia punya perancangan dan susunan yang lebih baik untuk kita. Walaupun kadangkala kita terasa Allah mengabaikan kita dengan segala ujian dan cabaran dalam hidup ini, hakikatnya kalau diteliti kembali, Allah ingin mengajarkan kita sesuatu tentang kehidupan ini. Pastinya cara Allah Yang Maha Tinggi dengan cara hambaNya mentarbiyah lain. Allah punya cara yang lebih unik untuk mentarbiyah hati-hati kita.

Yakinlah, hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Pohonlah apa sahaja kepadaNya, nescaya Allah akan tunaikan, dengan caraNya yang tersendiri.

Kita sering mengatakan Allah tidak mendengar dan memakbulkan doa kita, sedangkan hakikatnya Dia punya cara tersendiri untuk mentarbiyah kita. Kita hanya perlu melihat sekeliling dan meneliti kembali kehidupan ini untuk kita sedar yang Allah telah pun menjawab segala doa kita.

Semoga tahun ini lebih baik untuk iman dan amal kita. Gambare!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s