Kahwin:Tersangat Mudah Tapi…

Alhamdulillah,selesai sudah pernikahan kakak sulong saya kelmarin atau dalam kata lain,keluarga saya sudah membawa masuk seorang orang luar yang pertama ke dalam keluarga kami.Walaupun ini bukan perkahwinan saya, saya sangat gembira dengan majlis ini.Saya sempat menyaksikan sendiri apa yang berlaku,tengah dan selepas majlis perkahwinan berlansung.

Majlis akad nikah dirancang bermula pukol 10 pagi dan alhamdulillah, majlis itu berlansung tepat jam tersebut.Akad dilansungkan sendiri oleh bapa saya, wali bagi pengantin perempuan. Jujur untuk dikatakan,saya tidak nampak apa-apa perubahan sebelum dan selepas akad dilaksanakan. Maksud saya, upacara ini cukup pantas.Dengan sekali lafaz,hubungan haram di antara dua orang,lelaki dan perempuan bukan mahram,menjadi halal.

Senang sangat menghalalkan hubungan yang haram.

Tapi,tiada siapa yang sangka bahawa dengan satu lafaz itu,si lelaki dan si perempuan memikul satu tanggungjawab yang besar,bermulalah kisah pelayaran sebuah bahtera baru menuju destinasi abadi.Namun, adakah si nahkoda dan pembantunya akan berjaya sampai ke destinasi?Bagi saya, tidak kisah dengan selamat atau tidak,asalkan mereka berjaya ke destinasi yang dituju,iaitu syurga Ilahi.

Memetik kata-kata ayahanda saya pada malam tersebut, “Suami bagaikan agung yang akan melaksanakan keputusan akhir dan isteri bagaikan perdana menteri yang memberi nasihat kepada suami dan menjaga duit keluarga. Jika demokrasi berpelembagaan diraja berumahtangga ini dilaksanakan dengan betul, undang-undang ISA tidak perlu diwujudkan lagi.”

Nakal sedikit bunyinya tapi bagi saya,maksudnya cukup mendalam. Suami yang mendengar nasihat isteri,bukan bererti dayus dan suami yang mengikut kehendak isteri bukanlah takut bini.Tapi inilah yang dinamakan demokrasi berpelembagaan diraja berumah tangga.

Perlayaran sebuah bahtera menuju pulau indah,bukanlah senang. Langit tidak selalu cerah,laut juga tidak selalu tenang.Ada kalanya petir sambar-menyambar dan ada kalanya ombak bertalu-talu.Tapi jika nahkoda bahtera pandai mengurus dan mengawal keadaan,Insya Allah,destinasi yang dituju, pasti sampai.

Perkahwinan membuka satu buku baru kepada Isteri,buku lama sudah ditutup. Kini,baik buruk isteri akan dikongsi bersama dengan suami. Dan suami masih lagi dengan buku lamanya,malah ditambah pula dengan perkongsian saham milik Isteri tercinta.Baik si suami,sepatutnya,baiklah si isteri dan buruk si suami.

Alangkah indahnya seorang perempuan yang berkahwin,hidup penuh dengan tawaran ganjaran pahala.Senyum kepada suami,besar pahalanya. Suap isteri,besar pahalanya.Segala yang dibuar untuk suami dan dia ikhlas, besar pahalanya. Malah ketika menjawab soalan perempuan-perempuan yang cemburu dengan kebolehan lelaki dalam beramal,Rasulullah menyeru mereka supaya berkhidmat untuk suami mereka dan mereka mendapat pahala yang sama.

Beban makin bertambah pabila si perempuan mula berbadan dua,keluarga mula bertambah.Tanggungan suami bukan sahaja isteri tetapi anak itu sendiri. Baik buruk anak itu,terpulang kepada papa dan mamanya kerana papa dan mamanya yang membentuknya.Memang anak itu boleh berubah ketika dia besar tapi percayalah,dia akan berubah mengikut acuan ibu bapanya.

Kesimpulannya,berumahtangga memang senang.Panggil tok kadi,baca teks yang disediakan dan tunggu tetamu kata ‘sah’.Tapi apa yang menyebabkan ramai yang memilih jalan yang haram ialah beban selepas berkahwin. Walaubagaimanapun,percayalah bahawa di akhirnya nanti,Allah janjikan kepada pasangan-pasangan yang berasaskan iman ini,syurga yang indah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s