Sabar:Kunci Kejayaan

Tahun itu kita akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan untuk menghadapi peperiksaan itu dengan tenang dan Berjaya,kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Selepas cikgu mengajar,kita pergi ke bilik guru untuk bertanya perkara yang kita tidak faham, kita buat latihan peribadi dan minta cikgu periksa,kita tidur 3 jam sehari dan kita selalu ajar kawan-kawan kita apa-apa yang mereka tidak faham. Kita juga tidak lupa akan Ilahi,setiap kali kita ingin mula belajar,kita panjatkan doa ke atas Nya,selesai kita belajar,kita tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Nya dan malam-malam kita tidak pernah sepi daripada qiamullail kepada Nya.

Namun ketika hari keputusan keluar,sungguh memeranjatkan kita.Kita hanya dapat separuh daripada yang target.Menangislah kita keseorangan.

Tangisan hampa.

Tangisan kecewa.

Tangisan marah.
Ya,hampa,kecewa dan marah pada Yang Satu.Semua yang disuruh telah kita buat tapi kenapa permohonan kita masih lagi ditolak oleh Nya?Bukankah Dia yang berfirman di dalam quran , “berdoalah,pasti Kami memakbulkannya,” tapi kenapa doa kita masih tidak dimakbulkan? Kalau begitu, apa guna qiamullail kita?Apa guna usaha keras kita?
Kita mula berjalan kehulu dan kehilir,hati ini mula mempersoalkan satu per satu usaha yang dibuat dan tanpa disedari,hati ini telah menyalahkan Dia untuk segala-galanya.Apatah lagi seorang kawan yang kuat bermain sukan,jarang belajar malah solat berjemaah pun selalu ponteng,mendapat semua A. Benarkah Tuhan itu wujud?
Lalu cikgu Ustazah datang memeluk kita,digosok-gosoknya belakang kita sambil menghembus beberapa nasihat ke telinga kita.
“Bersabarlah,Allah sedang uji kamu..”Bisik Ustazah.
“Ujian?!Saat gentir ini dipanggil ujian?!Apakah ada ulangannya?! Macamlah SPM boleh ulang banyak kali! Macamlah keputusan itu boleh berubah dengan sabar?!” Jerit hati ini tanpa sedari hakikat sekeliling.Ya,kita masih belum mengerti apa itu ujian dan apa itu sabar.
Ya,sabar!
Sabar ialah senjata mukmin yang paling kuat bagi menyokong doa.Perhatikan ayat-ayat Tuhan yang menyuruh kita memohon pertolongan dengan Nya,mesti ada arahan menyuruh kita bersabar. Sebagai contoh dalam surah al-baqarah ayat 45:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Sabar bukan sahaja memberi maksud tunggu tetapi lebih tepat jika diketogerikan sebagai tenang, gembira atau redha.Kita sering terdengar ayat-ayat seperti ‘tunggu dengan sabar’,maksudnya tunggu dengan keadaan tenang. Samalah juga sabar dalam konteks ibadah,kita tunggu dengan tenang segala ketentuan Allah. Jika kita pinta 10 1 A tapi masih tidak dapat,tenang dan redhalah dengan ketentuan Allah serta yakinlah Dia ada mengatur sesuatu yang lebih baik buat kita di masa hadapan Cuma kita tidak tahu apakah kebaikan itu.
Perhatikan sejarah berapa ramai tokoh-tokoh yang dilabelkan sebagai manusia –manusia yang berjaya berkat daripada sabar?

Rasulullah dicaci,dimaki dan dihina di Thaif,ketika malaikat datang memberi tawaran untuk menghancurkan penduduk Thaif,Rasulullah masih bersabar dan Alhamdulillah,berkat dengan sabar baginda,penduduk Thaif memeluk Islam selepas perang Hunain.
Berkat sabar Albert Einstein pada sebuah kompas semenjak dia berumur 4 tahun lagi,akhirnya dia berjaya membuka rahsia alam semesta. Bayangkan jika dia tidak sabar dengan kekeliruan yang sentiasa bermain di kepalanya(mengapa jarum kompas sentiasa ke arah utara),pasti dia tidak akan berjaya menemukan teori-teori fizik yang menjadi asas kepada teori-teori sekarang.
Semasa Sony mula-mula melebarkan sayapnya di luar Jepun,produknya ditolak bulat-bulat.Namun,dengan berkat sabar pekerja-pekerjanya yang bertungkus lumus,akhirnya Sony menjadi pilihan masyarakat sebagai hadiah krismas.
Itulah sabar yang dimaksudkan oleh Allah.Bukan sekadar tunggu tapi disusuli dengan usaha.Jika kita tunggu bintang datang ke arah kita,sampai bila pun bintang itu tidak akan datang ke arah kita.Sebaliknya berusahalah untuk ke bintang.Walaupun susah,bersabarlah kerana ia pasti menjadi kenyataan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s