Hmmm….

Julai 2007. Semua pelajar sedang sibuk mengulang kaji untuk peperiksaan yang bakal menjelang minggu hadapan. Saya dan seorang pelajar yang sedang belajar bersama, putus asa kerana tidak dapat menjawab satu soalan matematik. Mujurlah seorang rakan yang lain dapat menyelesaikannya.

Kami memanggilnya ke tempat kami dan menerangkan jalan penyelesaiannya.

“Tak nak ajar!” Kasar dia menolak.

Saya tahu dia hanya bergurau, kerana manalah ada pelajar JAD yang kedekut ilmu sangat sampai tak sudi mengajar rakan yang lain. Maka dengan niat dan nada gurauan juga saya berkata,

“Apalah beza kau mati sekarang dengan kau mati esok?”

Kedua-dua rakan saya tercengang. Mungkin tidak faham lawak yang saya cuba buat. Alamak malunya, nak buat lawak tak jadi! Atau bahasa saya terlalu kasar?

“Kalau kau tak ajar kitorang, kau mati hari ni ke kau mati esok ke tak ada beza, sebab tak ada benda bermanfaat kau dah lakukan. Tapi kalau kau nak ajar kitorang, ada beza kau mati sekarang dengan kau mati esok. Kalau kau mati sekarang, kau tak sempat nak ajar kitorang dan kau mati dalam kerugian. Tapi kalau kau mati esok, kau mati dalam keuntungan sebab bawa pahala ajar kitorang hari ini.” Saya cuba menerangkan.

Kedua-dua rakan saya makin berkerut dahi mereka. Saya semakin malu. Kesimpulannya,

“Agghh tak kisahlah, cepat ajar kitorang!”

Apa yang saya nak cakap sebenarnya adalah, jadikanlah hidup ini bermanfaat supaya apabila mati kehidupan kita ini akan dikenang. Tetapi mungkin saya telah tersalah cakap sehingga semua orang pening dengan kata-kata saya.

Persoalan hidup dan mati ini memang sangat kompleks. Ramai orang suka bercakap tentangnya, kerana tuntutan agama. Ramai juga tidak gemar bercakap tentangnya kerana tuntutan dunia. Namun yang bercakap atas tuntutan agama pun selalu sahaja tenggelam mengejar dunia. Yang tidak mahu bercakap atas tuntutan dunia pula kadangkala terselamat dan kembali mengemudi bahtera mengejar agama.

Ramai orang bercita-cita untuk mati di jalan Allah. Namun kata-kata bekas naqib saya menusuk hati,

“Bagaimana seseorang yang tidak hidup di jalan Allah, boleh mati di jalan Allah?”

Ini mengingatkan saya pada tulisan Ustaz Hasrizal, jarang ada orang yang bercita-cita untuk hidup di jalan Allah. Antara berani mati dan berani hidup, berani mati itu sering dipandang sebagai satu moto kepahlawanan yang mesti disematkan dalam dada selagi bergelar anak jantan.

Baru-baru ini pula saya mendengar satu ayat yang makin membuatkan benak saya diasak-asak untuk berfikir,

“Can’t you see the difference between live for something or die for nothing?”

Entahlah, saya pun tidak tahu.

Hidup mulia atau mati syahid.

Sedap ungkapannya dijadikan laungan moto hidup.

Namun hakikatnya, Tuhan sahaja yang tahu.

Kita hidup untuk apa? Kita mati untuk apa?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s