Isu Penggunaan Nama Allah

Buka sahaja surat khabar atau laman web,isu penggunaan ‘Allah’ menggantikan tuhan oleh Herrald News masih menjadi isu hangat. Malah, seorang demi seorang ulama’ Malaysia tampil memberi jawapan namun sampai ke hari ini,kesudahan dan kesepakatan masih belum dicapai. Selepas Dato’ Harun Din melabelkan sesiapa orang Islam yang menggunakan kalimah Allah bagi agama lain sebagai Murtad,Dato’ Harun Din pula dibidas oleh Dr.MAZA dengan hujah beliau.

Kata beliau, “kalau kita tanya orang agama lain siapa yang ciptakan bumi dan mereka menjawab Allah,bagaimana?”

Saya selaku pembaca artikel-artikel tersebut tidak mampu bagi melabelkan siapa betul dan siapa salah,siapa Islam dan siapa bukan Islam.Yang pasti ketika mereka bedua bercanggah pendapat,ada kebaikan yang boleh kita ambil.Banyak hujah mereka boleh kita guna pakai bagi kepentingan kita.

Dalam isu ‘Allah’,memang betul agama samawi lain diharuskan menggunakan kalimah Allah malah sesiapa yang tidak menggunakannya boleh dianggap murtad tidak sengaja.

Sebagai contoh.Suatu hari kita sedang menyiram pokok bunga dengan anak kita dan ketika itu juga seorang jiran cina sedang menyembah tuhan nya di tepi rumah kita.Lalu anak kita pun tanya kita, “abah,apa yang pak cik chong tengah buat?” Kita pun jawab, “ish kamu ni,biarlah die nak sembah tuhan dia.”

Jika diperhatikan di atas,jawapan si ayah ialah “dua nak sembah tuhan dia,” yang juga memberi maksud Chong mempunyai tuhan sendiri dan dalam erti kata lain,kita mengakui bahawa ada tuhan selain Allah iaitu tuhan Chong,bukankah itu murtad namanya?

Inilah yang cuba dibawa oleh DR.MAZA.Jadi,adakah Dato’ Harun Din tidak tahu akan hal ini?

Ulama’-ulama’ yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herald sememangnya tahu akan hal ini tapi apa yang mereka bimbang ialah takut-takut penggunaan ini disalahguna dan penggunaan ini mampu memeningkan masyarakat terutamanya yang cetek dalam agama.

Kaedahnya mudah,jika sesuatu berpontensi mendatangkan keburukan kepada masyarakat iaitu perpecahan,maka kita boleh tolak perkara tersebut selagi tidak mengubah aqidah kita.

Timbul pula soalan,adakah menolak penggunaan kalimah Allah ini tidak mengubah aqidah kita.Ye la,apabila kita menyuruh kristian terus menggunakan Jesus sebagai tuhan mereka,bermakna kita juga mengakui bahawa Jesus itu adalah tuhan dan sama dengan keadaan tadi,kita secara tidak lansung mengakui bahawa ada tuhan selain Allah.

Sebenarnya,menolak penggunaan Allah oleh agama lain dibolehkan kerana agama-agama yang ada di atas muka bumi Allah sekarang bukanlah agama yang sama diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu sebaliknya telah diubah oleh penganut mereka.Awal-awal lagi kita sudah labelkan mereka sebagai ajaran sesat,jadi siapa tuhan mereka,siapa nabi mereka,apa kitab mereka, semua itu sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Jadi,anda mahu guna atau tidak,terpulang kepada anda.Tetapi nasihat saya, pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang penting itu lebih penting daripada yang penting dan apakah yang penting itu? Kesatuan Ummah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s