Jujur sebagai penyelamat

Jujur sangat dekat dengan iman. Rasulullah menafikan orang yang beriman daripada bersifat dusta.

“Rasulullah SAW ditanya:Adakah seorang beriman boleh jadi pengecut? Baginda menjawab: Ya. Adakah seorang yang beriman boleh jadi seorang yang bakhil? Baginda menjawab : Ya. Adakah seorang mukmin boleh jadi seorang pendusta? Baginda menjawab : Tidak.”(Riwayat Malik)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda,

“Kamu hendaklah berlaku jujur sekalipun kamu lihat didalamnya kebinasaan. Kerana sesungguhnya terdapat di dalamnya keselamatan.”(Riwayat Muslim)

Terdapat satu kisah, seorang kanak-kanak kecil

yang berhajat untuk menuntut ilmu di Baghdad. Sebelum bermusafir ke sana, ibunya membekalkan wang sebanyak 40dinar sebagai perbelanjaan, dan berpesan agar anaknya tidak berdusta dalam apa jua keadaan. Maka, anak kecil ini pun keluar bersama kafilah. Ketika di padang pasir, mereka diserang oleh sekumpulan pencuri. Salah seorang daripada pencuri tersebut bertanya kepada anak kecil ini,

“Adakah kamu mempunyai sesuatu?”

“Saya mempunyai 40dinar,” kata anak kecil itu.

Pencuri itu lantas tertawa kerana menyangka bahawa anak kecil ini bergurau. Lalu dibawanya anak kecil itu kepada ketuanya, lalu ketuanya bertanyakan soalan yang sama. Anak kecil itu menjawab jawapan yang sama sambil mengeluarkan wang 40dinarnya. Mereka bertanya,

“Apa yang mendorong kamu bersikap jujur?”

“Saya berjanji kepada ibu saya untuk jujur. Saya takut untuk mengkhianati janji.” kata anak kecil itu.

Mereka semua terkesan dengan kata anak kecil tersebut. Lanats si ketua berkata,

“Kamu mengorbankan harta agar tidak memungkiri janji dengan ibumu? Sedang aku tidak takut untuk mengkhianati janji Allah?!”

Terus si ketua mengarahkan ahli kumpulannya memulangkan semula segala harta yang dirampas. Dia berkata lagi kepada anak kecil itu,

“Saya bertaubat kepada Allah bersaksikan kamu.” Lalu pencuri yang lain berkata,

“Kamu sebelumnya pembesar kami dalam menyamun. Dan kamu pada hari ini adalah pembesar kami dalam bertaubat.”

Demikianlah keberkatannya sifat jujur.

Pengajaran

Kadangkala kita tidak perlu bersusah payah dalam memikirkan cara terbaik untuk berdakwah. Hakikatnya, dengan berpegang pada prinsip diri dan menjadi contoh terbaik dalam masayarakat juga, kita mampu untuk memberi peringatan dan membuatkan orang lain tertarik sama untuk menghayati agama ini.

Fikir-fikirkan

Namun begitu, ada juga keadaannya di mana kita dibolehkan menipu dalam Islam.

1. Ketika Perang.

Sebagai salah satu strategi peperangan, mahupun cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan dan sebagai, dibolehkan untuk menipu semasa dalam peperangan.

2. Untuk mendamaikan 2 orang yang bergaduh

“Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damailah di antara keduanya.” (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad)

Ya, untuk mendamaikan dua orang yang bergaduh juga, kita dibenarkan untuk menipu.

3. Suami dibolehkan untuk menipu isteri untuk kebahagiaan rumahtangga.

Ya, apabila point ini diutarakan ramai yang tertanya-tanya,

“suami je ke boleh tipu isteri? Isteri tak boleh tipu ke?”

Saya pun terfikir-fikir juga. Tapi Maha Suci Allah daripada melakukan sesuatu yang sia-sia. Pasti Dia punya hikmah tersendiri menetapkan sedemikian. Ye la, cakap siapa lagi kita nak percaya kalau bukan Pencipta kita? rasul kita? kan. Mungkin ada kaitannya dengan perbezaan makhluk bernama lelaki dan wanita ini sehingga seorang suami dibenarkan untuk menipu isteri. Mungkin hati wanita terlalu sensitif untuk menerima kebanaran yang tidak mahu didengarinya. Kanaa…..

Sumber : Keluasan Islam(Husam Hamidah), Akhlak Mulia(Amru Khalid)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s