Antara Abu Bakar dan Ali

Artikel ini hanya untuk mereka yang bercita-cita menegakkan negara Islam (di Malaysia khasnya).

Saya bukan sekadar nak bercerita isu politik. Lebih dari itu, saya nak membawakan cerita tentang pemimpin, dan orang yang kena pimpin. Setiap organisasi, kumpulan atau negara, sibuk memilih pemimpin masing-masing. Pemilihan pemimpin merupakan sesuatu yang genting kerana bakal menentukan halatuju sesuatu organisasi. Namun tidak pernah (atau jarang) yang sibuk bercakap tentang memilih orang yang dipimpin (followers).

Saban hari di akhbar-akhbar, gelombang perubahan politik membawa Malaysia terjebak dalam polemik demokrasi yang hebat. Ditambah dengan sifat semulajadi orang melayu yang hebat berpidato. Hatta di kedai-kedai kopi, pak cik-pak cik yang kerjanya minum kopi dan main dam sementara menunggu isterinya habis menjual kuih muih pun hangat berdebat. Tidak kira siapa pun kita, suara untuk menegakkan negara Islam makin kuat kedengaran di merata-rata.

Semua orang sibuk mengutuk pemimpin yang terlibat dengan korupsi (saya juga menentang perlakuan sebegini – korupsi tapi bukan pelakunya).

Sedar tidak sedar, berlambak garis panduan untuk menjadi seorang pemimpin Islam diterjemahkan dalam kata-kata atau tulisan. Pemimpin Islam perlu begini, perlu begitu dan sebagainya.

Semakin banyak ciri-ciri yang kita bina, semakin kita sedar bahawa, tidak ada seorang pun pemimpin yang layak dikategorikan sebagai pemimpin Islam untuk menegakkan negara Islam ideal.

Maka kita pun senang hati, kerana setidak-tidaknya apabila ditanyakan soalan, mengapa Malaysia masih tidak berkembang sebagai negara Islam sebenar, kita ada jawapannya. Iaitu pemimpin kita bukan pemimpin Islam sebenar! Pemimpin kita kaki korupsi! Dan lain-lain lagi.

Mudah!

Dan hingga kini, masih ramai antara kita, yang ternanti-nanti turunnya pemimpin mithali dari langit untuk mengubah situasi ini. Sehingga tiba waktu itu, teruskan mengkritik, mengutuk dan mengecam sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin (kerajaan dan pembangkang).

Mungkin kita perlu belajar dari kisah sayyidina Ali :

Pada masa kekhalifahan sayyidina Ali, ada seorang sahabat bertanya kepadanya ”wahai sayyidina Ali, kenapa pada masa pemerintahan anda keadaan umat islam semakin kacau bilau, pemberontakan dimana-mana dan masih banyak kerusuhan lainnya, padahal dulu pada masa nabi, Abu Bakar As-Shiddiq, Umar Ibn al-Khattab, dan Ustman bin Affan tidak demikian. Umat Islam ketika itu aman, tentram, damai, sejahtera dan jauh dari berbagai konflik?” dengan tenang, khalifah menjawab, ”ya, itu memang benar. Kerana pada masa itu yang menjadi rakyatnya adalah saya, sedangkan sekarang, rakyatnya adalah kamu”.

Mungkin, telah tiba masanya untuk kita mengubah diri menjadi rakyat seperti Ali sebelum bermimpi khalifah seperti Abu Bakar turun dari langit. Mungkin!

Saya masih percaya, pada keutamaan berjuang di gelanggang sendiri!

*saya harap saya tidak tersilap menyebut, dan anda tidak tersalah memahami maksud. Wallahualam.

2 thoughts on “Antara Abu Bakar dan Ali

  1. benar. selagi rakyat tak bersih dari penyakit hati selagi itu pemimpin yg dipilih tidak berhati..selagi saf tak dibetul dgn hati2 selagi itu umat islam tak bersatu hati..

  2. benar.
    stp pemimpin berasal dr seorang rakyat,
    yg mana kuatnya iman rakyat, if diangkat mnjadi ‘Amir,
    maka kuatlah islam pemimpin yg diangkat drp rakyat itu.
    ~maka, betulkanlah stp niat kita, bercita-citalah menjadi insan yg bertaqwa dgn itu Islam akan tertegak di bumi yg dipimpin…~

    Takbir.

    semoga tak tersalah faham🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s