Ini Bukan Jampi,Ini Ilmu Pengaruh!

Ramai di antara kita telah tersalah pandang,untuk mempengaruhi orang kekayaan dan kuasa adalah sesuatu yang penting padahal 2 faktor ini merupakan faktor kecil dalam ilmu pengaruh. Ilmu pengaruh bukanlah jampi serapah,yang dibaca di hadapan muka orang dan dihembus kuat-kuat tetapi ilmu pengaruh merupakan satu ilmu untuk mempengaruhi sesorang melakukan kehendak kita dan dalam erti kata lain ilmu pengaruh juga boleh disebut seni mempengaruhi orang lain.

Dalam mempengaruhi orang lain,pakar telah membahagikan manusia ini kepada 3 jenis binatang;Serigala,Anjing Pemburu dan Keldai. Binatang-binatang ini diklasifikasikan berdasar kecenderungan mereka.

Serigala ialah seekor binatang yang mementingkan diri sendiri,serigala sanggup membunuh dan membiarkan orang lain mati kelaparan asal hidupnya selamat atu kepentingannya terjaga. Kesimpulannya,serigala merupakan manusia yang ‘matlamat mengHALALkan cara’.

Anjing Pemburu ialah seekor binatang yang bijak mencari peluang,ada sahaja peluang,mangsa untuk diterjah,ia tidak akan mengsia-siakannya. Ia digeruni oleh binatang-binatang lain kerana kepandaiannya dan ia dikagumi tuannya iaitu pemburu.Ya,kita patut jadi sepertinya,seorang yang pandai mengintai peluang dan meng’grab’nya!

Keldai?Usah diceritakan lagi tentang kedunguannya,sebut sahaja keldai,semua orang tahu bahawa binatang ini merupakan binatang yang paling malas.Malah,orang arab cukup pantang jika mengejek mereka serupa dengan keldai berbanding diejek dengan khinzir.

Sebenarnya,dalam mempengaruhi orang lain,emosi memainkan peranan penting.Biar tidak berharta,biar tidak berkuasa,namun air mata mampu menggegar dunia.Pujuk merupakan seni mempengaruhi manusia yang paling senang kerana walaupun lisan manusia boleh menipu,tapi emosi manusia sentiasa bercakap benar.Tak percaya?Lihat berapa ramai kawan-kawan anda yang control macho masok ke tandas ketika melihat cerita sedih.Bila ditanya adakah mereka menangis,pasti mereka kata tidak!

Kajian menunjukkan,seusai Filem Box Office,JAWS keluar,bilangan pelancong yang ke California menurun dengan mendadak walaupun fakta menunjukkan bahawa kematian yang disebabkan Jerung adalah sangat kurang berbanding kematian yang disebabkan kemalangan jalan raya. Hal ini membuktikan bahawa manusia lebih mudah terpengaruh dengan rekaan daripada fakta sebenar.Apa yang anda perlu lakukan,reka sesuatu yang nampak seperti logik tapi pada hakikatnya,ia hanyalah rekaan anda semata-mata.Ceritakan kepada orang dengan sepunuh hati seperti kejadian itu berlaku di depan mata anda,pasti anda berjaya menimbulkan ragu-ragu dalam hati mereka,maksudnya,anda telah berjaya mempengaruhi mereka.

Dan apa yang anda perlu apabila anda sudah berjaya menimbulkan keraguan dalam hati mereka,mula bertanya!Tanya dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan pegangannya,tanya dengan soalan-soalan yang tidak mempunyai jawapan.Jika dia pengguna produk kereta A dan yang anda ingin jual ialah produk kereta B,jangan mulakan dengan memperkenalkan kereta B,sebaliknya puji dulu produk A dan mula menimbulkan keraguannya dengan membuka soalan-soalan tentang produk A.Bila masanya tiba,mula masuk dengan produk B anda!

Kesimpulannya,mempengaruhi orang tidak memerlukan bomoh tetapi memerlukan kaedah komunikasi yang berkesan,gaya bahasa yang mantap, bahasa badan yang mudah difahami dan apa yang penting,anda mestilah mempengaruhi diri anda bahawa anda mampu mempengaruhi orang lain, insya Allah,anda akan berjaya mempengaruhi orang lain!

Source:Buku PTS-Ilmu Pengaruh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s