Feng Shui:Kenapa Orang Cina Ramai Yang Kaya

Saya bukanlah orang yang arif tentang Feng Shui,malah kalau hendak dibandingkan,saya hanya tahu muqaddimah kepada muqaddimah Feng Shui sahaja tapi Insya Allah,saya akan perkenalkan kepada anda apa itu Feng Shui berdasarkan buku *Principles Of FENG SHUI yang dikarang oleh Sherman Tai.Buku ini bukanlah satu buku seperti novel,sebaliknya ianya merupakan satu buku yang ditulis secara ilustrasi,jadi sangat menarik untuk dibaca.Kefahaman tentang Feng Shui selepas membaca buku ini?Hanya satu peratus sahaja!

Ahli falsafah cina pada dulu kala mempercayai bahawa kehidupan ini bergantung kepada faktor dalaman dan faktor luaran.Faktor dalaman ialah Nasib dan Tuah,faktor luaran ialah Persekitaran(feng shui).Penulis memberi satu analogi tentang sebiji benih soya. benih soya itu,sebelum mula bercambah sudah ingin menjadi sebuah pohon soya yang besar dan segar,dia terus nekad dan nekad tapi ketika dia mula bercambah,alangkah malangnya kerana dia bercambah di bawah sebiji batu besar yang menghalangnya daripada mendapat cahaya matahari.Jadi,untuk si benih soya tumbuh dengan hebat?Dia hatus berpindah ke tempat yang senang mendapatkan cahaya matahari!Dalam konteks ini,tempat ada cahaya matahari atau tidak,itulah Feng Shui.

Jika dua orang lahir pada tarikh dan waktu yang sama,pada teorinya,mereka bakal berkongsi nasib yang sama.Namun,berdasarkan Feng Shui,mereka tidak akan menerima nasib yang sama!Bergantung di mana mereka hidup kerana di mana mereka hidup,ia bakal mempengaruhi hidup mereka.2 orang yang sama pandai,sama kacak,sama lincah dan diberi Sejuta Ringgit,di akhir cerita,seorang menjadi kaya raya dan seorang lagi menjadi papa kedana,kenapa hal sebegini boleh berlaku?Berdasarkan Feng Shui,orang yang jadi kaya raya itu ‘kena’ dengan tempatnya dan seorang lagi tidak ‘kena’.

Dalam Feng Shui,ada 5 elemen dan perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan supaya hidup seseorang itu sempurna. Contohnya,orang yang lahir pada tahun 1989,mengikut kalendar China,tahun itu ialah tahun Ular dan elemen Api.Untuk mereka (1989’s people) berjaya,mereka mestilah hidup di dalam suasana yang berelemen kayu,bukan menjadi Tauke Balak atau Carpenter tetapi suasana elemen kayu.Hakikatnya,saya pun tidak faham.

Itulah serba sedikit tentang Feng Shui.Bukanlah niat saya untuk mengajar anda tentang Feng Shui,siapalah saya dalam bab Feng Shui ini malah Feng Shui juga dikaitkan dengan perkara yang mendatangkan Syirik,ketika saya membaca buku ini tadi di tempat awam,ramai yang cuba melihat tajuk buku saya dan mereka berkerut.Bagi saya,tidak salah membacanya,untuk tambah pengetahuan.

Di dalam buku itu juga,penulis ada berkongsi beberapa cerita bagi membuktikan bahawa Feng Shui ini benar-benar berlaku dalam hidup kita.Ada satu kisah tentang seorang tukang masak yang ingin membuka restoran di sebuah bandar besar.Kedai dibuka bersebelahan dengan sebuah jambatan,mengikut Feng Shui,jambatan ialah ‘Pintu Rezeki’. Tapi,apa yang berlaku,restoran itu tiada pelanggan buat satu tempoh masa yang lama,lalu si tukang masak bertemu dengan penulis dan meminta nasihat daripada penulis, penulis memberinya nasihat berdasarkan Feng Shui dan akhirnya,restorannya sesak dengan manusia.

Saya tidak peduli dengan elemen api,air atau ular,harimau,naga dan sebagainya tapi jelas bahawa Feng Shui betul-betul membantu mereka (orang cina) dalam hidup mereka,jadi adakah Feng Shui adalah sesuatu yang benar?Jangan percaya,dekat kepada syirik!Kalau macam itu, macamana selepas mengubah persekitaran mengikut Feng Shui,mereka betul-betul berjaya?Saya ada rahsianya!

Rahsianya, Teori Tarikan (Law Of Attraction)!

Ah Chong seorang peniaga yang berjaya.Untuk lebih berjaya,dia berpindah ke Canada dengan hasrat ingin mengembangkan lagi perniagaannya namun apa yang berlaku di Canada,perniagaannya muflis dan hidupnya mula porak poranda.Untuk membaiki nasibnya,dia menelefon Ah Kwat,pakar Feng Shui,untuk menasihatinya.Ah Kwat memberi beberapa nasihat berdasarkan Feng Shui dan Ah Chong mula melakukan perubahan berdasarkan nasihat-nasihat yang diterimanya.Akhirnya dia percaya.

Perasan atau tidak,Ah Chong sebenarnya telah mematuhi Teori Tarikan.Apabila dia menerima nasihat daripada Ah Kwat,dia percaya apa yang diberitahu oleh Ah Kwat dan dia mula melakukan perubahan ke arah kebaikan dan berdasarkan Teori Tarikan, kebaikan akan datang kepadanya.

Seorang cerdik pandai telah bermadah, “apa yang membentuk peribadi dan nasib seseorang bukanlah persekitarannya tetapi keyakinannya(belief).”

Jika dirujuk kepada ayat Quran,terlalu banyak ayat yang Allah katakan bahawa perubahan itu bermula daripada diri kita sindiri,sebagai contoh Ayat 11 Surah Ar-Ra’du:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Kesimpulannya,kenapa orang Cina berjaya apabila mereka percaya pada Feng Shui?Sebab mereka percaya mereka akan BERJAYA jika mereka mengikut Feng Shui dan pastinya,apa yang diarah oleh Feng Shui itu memang benar mengarah kepada perubahan yang baik.

*Principles of FENG SHUI,Sherman Tai boleh didapati di Popular dengan harga RM19.50

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s