Atas Nama Cinta (buat yang tidak sudi mendengar…)

Sungguh dilema, menulis artikel islamik, dan mengaitkannya dengan cinta.

“Tak habis-habis cinta, dah tak ada ilmu lain ke dalam Islam yang nak dikongsi?”

“Inilah melayu, tak habis-habis cinta, kapel, kahwin, patutlah terus meLAYU!”

“Inilah aku bosan bukak laman web Islam ni, tak habis-habis nak haramkan orang berkapel!”

Malah menulis di Azzariyat sendiri sering menimbulkan rasa tidak senang pada sesetengah pihak yang mengeluh dalam hati atau bersemuka dengan berani.

Besarnya amukan perasaan kita pada topik bernama ‘cinta’ ini (saya tidak tahu puncanya di mana) menjadikan kita seakan-akan putus asa atau memandang enteng isu ini dan secara tidak langsung menjadikan kita tidak mahu berbincang dan meneroka isu ini. Malas. Perkataan yang lebih sesuai.

Maka saya berasa terpanggil bukan untuk membela diri, bahkan untuk menerangkan pendirian kami berkenaan isu ini.

Para pembaca, kami sebagai penulis Azzariyat, tidak dapat berlepas tangan dan perlu memainkan peranan dalam menyumbangkan sedikit pencerahan berkenaan isu cinta ini dari perspektif Islam mengikut keterbatasan ilmu kami.

Kerana, betapa pun kita tidak suka isu ini dikupas panjang lebar, kita tidak dapat menafikan, bahawa memang sebahagian daripada masalah yang menghantui AKHLAQ remaja disebabkan isu cinta. Siapalah kami untuk menutup isu ini, dan menutup sebahagian peluang kepada mereka yang berdepan masalah ini, untuk muhasabah diri kembali.

Dengan ruang ilmu yang terbatas, hanyalah doa dapat kami kirimkan, moga-moga yang dilanda masalah ini, dapat bertemu jalan kembali, dan mendekatkan hati kembali kepada Illahi.

Bukankah jalan bertemu Allah itu banyak?

Yang miskin mencari Allah yang Maha Kaya.

Yang berdosa mencari Allah yang Maha Pengampun.

Maka salahkah yang mempunyai masalah dengan cinta mencari Allah yang Maha Penyayang?

Dan saya bukan orang yang layak untuk mengatakan isu cinta hanyalah isu remeh untuk menjadikan manusia lebih beriman. Mungkin anda lebih mengetahui.

Dan semoga Allah yang Maha Mengetahui, mengampuni segala kesalahan kami dan anda, dan memberkati segala usaha kita menyeru manusia ke arah kebenaran dengan berpesan-pesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s