KISAH FAIZAL TAHIR DAN TONGKATNYA….terselit satu iktibar

Petang tadi saya berkesempatan menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) secara online. Sepanjang menonton anugerah berprestij itu, satu perkara menarik minat saya. Saya tertarik melihat aksi seorang penyanyi lelaki yang popular, yang juga bekas ahli kumpulan nasyid MIRWANA siapa lagi kalau bukan Fazir Tahir. Menarik kerana walaupun sedang sakit, beliau gagahkan diri bertongkat naik ke pentas menyanyi lagu Bencinta

Saya tidak mahu mengulas tentang apa yang berlaku pada AJL tapi saya tertarik mengulas sikap gigih Faizal Tahir. orang yang sanggup lakukan apa saja untuk mencapai impiannya adalah orang yang gigih. alangkah bagusnya jika dalam diri masing2 wujud sikap gigih ini kerana sikap gigih ini boleh menjadi ‘pembantu’ utama kita dalam usaha menyampaikan dakwah.

Melihat situasi sebagai pelajar, banyak perkara yang mesti dilakukan. setiap hari ada saja tugasan yang perlu disiapkan. jadi, boleh ke kita nk berdakwah ketika masih belajar? tak perlu bertanya kerana berdakwah itu wajib bagi setiap mukmin tanpa mengira status diri. bezanya kita dituntut lakukan dakwah mengikut kemampuan diri ketika itu. tak salah berdakwah ketika belajar cuma ramai pelajar seringkali bimbang.

“kalau berdakwah ni, ganggu x masa stadi.?”

ini persoalan biasa dan soalan ini juga pernah terpacul keluar dari mulut saya ketika mula mengenal erti dakwah. saya sangat takut program2 dan usrah yang saya sertai bakal mengganggu masa belajar saya. kononnya ingin gunakan masa sepenuhnya untuk belajar. tapi apa yang terjadi lagi lebih teruk dari itu, masa belajar semakin memendek kerana saya gunakan terlalu banyak untuk mendengar lagu di youtube. mungkin ini kisah peribadi tapi masih boleh dikongsi untuk iktibar semua pembaca.godaan dunia memang terlalu banyak. contoh terdekat adalah youtube. sekali dengar lagu, siap hafal lirik, lepas tu cari lagi lagu lain sebab terlalu banyak pilihan lagu menyebabkan terlalu banyak masa diperuntukkan untuk perkara tak berfaedah seperti itu.

merujuk situasi diatas, masa belajar saya tetap pendek, cuma yang membezakan bagaimana saya isi masa terluang saya. jika saya isi dengan mendengar lagu2 indon di youtube, maka sia-sia lah masa saya, tapi jika saya gunakan masa terluang untuk mencari ilmu Allah, sekurang-kurangnya saya punya ‘pembela’ ketika saya disoal di akhirat kelak.

sebenarnya tempoh masa bagi setiap manusia sama saja. yang membezakan adalah bagaimana kita guna masa kita dan sangat beruntunglah siapa yang gunakan masanya ke jalan Allah. kita gunakan masa yang Allah berikan untuk berdakwah membantu agama Allah dan InsyaAllah disitu ada keberkatan yang kita dapat. saya ada seorang kawan, beliau memang sangat aktif dengan aktiviti dakwah, tidaklah terlalu aktif hingga mengganggu pelajaran, beliau seorang yang berpada-pada. boleh kata hampir setiap masa terluang diisi dengan membaca buku2 ilmiah sebagai satu persediaan untuk beliau berdakwah. tapi dalam masa yang sama, beliau cemerlang dalam pelajaran. belajar sekejap dah boleh faham dan ingat, sangat berbeza dengan diri saya. sejak tu saya mula mengintai2 peluang untuk menyertai jalan dakwah ini.

bukan sebab nak dapat result cemerlang, cuma mengintai peluang mencari keberkatan dalam penggunaan masa seharian.setelah masuk kedalam dunia dakwah, ternyata tahap kegigihan saya tidak setinggi tahap kegigihan Faizal Tahir. Apabila masuk dunia dakwah, result saya menurun, hampir2 saya salahkan dakwah. apabila jadual padat, saya mula abaikan tanggungjwab saya menulis article di blog Azzariyat ini.

Namun, segalanya milik Allah dan Alhamdulillah masih ditetapkan hati untuk terus berada dalam dunia dakwah ini walaupun hati cukup bimbang memikirkan prestasi akademi. Alhamdulillah Allah menggerakkan hati ketua Azzariyat untuk mengingatkan saya untuk menulis article diblog ini. peringatan itu sedikit sebanyak membuat saya tersedar kembali tentang tanggungjawab saya pada agama. dakwah ini luas konteksnya. tidak semestinya kita kena berdiri bagi tazkirah setiap masa. dakwah juga boleh digunakan dalam bentuk penulisan dan nyanyian. dalam keadaan masih bergelar pelajar, berdakwah dengan penulisan menjadi pilihan terbaik untuk saya. cuma kunci kepada kejayaan dakwah kita adalah gigih. apa yang telah berlaku jadikan iktibar kepada diri sendiri.

apabila sikap gigih sebati dalam diri kita, apa yang menimpa kita tidak akan jadi penghalang kepada usaha kita, malah jadi satu motivasi. pokoknya niat kerana Allah dan aplikasikan kegigihan kita dalam semua perkara.semoga aktiviti usrah dan program-program keagamaan tidak menjadi satu penghalang kepada kita sebagai pelajar. anggaplah ia satu bentuk tarbiyah secara tak langsung mampu meningkatkan keimanan dan menambah ilmu untuk kita lebih mengenal Pencipta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s