Pandangan Umum(Ra’yuam) Yang Sejahtera

“Malas la nak pergi ceramah….bosan!”

“Sekarang trend orang pakai tudung macam tu la….”

“Belajar pandai-pandai, kerja jadi ustaz nak buat ape?Tak ke membazir namanye…”

“kalau kurus sikit kan lagi cantik…nak diet la..”

Ya, hakikatnya pandangan umum atau pandangan ramai sering menjadi kayu ukur kita dalam melakukan sesuatu.

Apa yang dikatakan menarik oleh orang ramai, itulah yang kita kejarkan. Bila dikatakan kurus itu cantik, maka ramai yang teringin dan bercita-cita hendak kurus. Apabila kaya itu dikatakan bahagia, maka berbagai cara digunakan agar menjadikan diri seorang yang kaya.

Sebaliknya pula, apa yang dikata buruk oleh ramai itu, kita jauhkan. Menjauhkan diri daripada ceramah agama, bila dikatakan bosan dan sering mengulangi perkara yang sama. Tidak turun solat di surau, kerana dipandang pelik oleh rakan-rakan. Namun, sebenarnya tiada siapa pun yang boleh mendakwa bahawa majoriti sentiasa betul dan benar berbanding minoriti. Memang sudah terang lagi bersuluh bahawa suara atau pendapat majoriti tidak semuanya boleh diterima untuk menjadi kayu ukur sesuatu perkara.

Membentuk ra’yuam acuan al-Quran

Maka, inilah yang harus kita usahakan dalam diri dan juga masyarakat hari ini. Usaha untuk membetulkan kembali pandangan umum terhadap agama ini dan para penganutnya. Usaha untuk membentuk pandangan umum agar yang menjadi kayu ukurnya adalah al-Quran, bukan pandangan majoriti atau barat semata-mata. Dengan kata mudahnya, berusaha agar sesuatu yang disukai Allah itu juga disukai ramai, dipandang tinggi oleh ramai, manakala perkara yang dibenci Allah menjadi kebencian orang ramai.

Segalanya tidak mudah untuk dakwah generasi ini. Generasi yang mementingkan logik dan hujah untuk percaya terhadap sesuatu. Dari satu sudut, hal ini bagus kerana mereka menjadi golongan yang berfikir sebelum membuat keputusan, tidak menerima segalanya bulat-bulat sahaja. Bonus untuk melahirkan golongan muslim pilihan, bukan sekadar warisan.

Namun yang beratnya adalah, kitalah yang menjadi kayu ukur mereka dalam menentukan baik buruk agama ini. Baik akhlak kita, maka mereka lebih tertarik untuk mendalami agama ini dan mempelajari tentangnya. Buruk kita, secara tak langsung, jauhlah mereka daripada agama ini. Kerana mereka melihat kita sebagai hasil. Hasil atas segala tarbiyah dan tugas dakwah, yang membentuk peribadi dan prestasi kita hari ini.Tugas berat yang dipikul oleh kita semua. Tugas untuk menjadi model terbaik untuk Islam, pewaris para nabi, generasi acuan al-Quran. Supaya kita sendiri tidak menjadi fitnah kepada agama ini.

Maka, saya mengajak diri saya dan antum semua untuk kita kembali memuhasabah diri.

Kitakah yang dikatakan pewaris para nabi? Generasi acuan al-Quran?

Berazamlah mulai hari ini, kita sama-sama perbaiki diri.

Agar kecantikan dan keindahan Islam itu terpancar dari dalam diri kita sendiri.

Agar Islam itu menjadi kayu ukur dalam membentuk pandangan umum yang sejahtera.

Agar kita sama-sama terselamat daripada menjadi fitnah kepada agama ini.

InsyaAllah. Tiadalah daya dan kekuatan melainkan dengan Allah jua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s