Salahkah Pak Cik Google?

Saban hari kita dapat saksikan blog-blog baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Ada yang menggunakan blog sebagai ruang peribadi,ruang untuk luahkan perasaan dan diari.Ada juga yang menggunakan blog sebagai satu kaedah mencari duit dengan memasang iklan-iklan berbayar.Setiap iklan dibayar mengikut bilangan pengunjung,jadi mahu tidak mahu,mereka mesti mencipta sesuatu yang menarik supaya blog mereka mampu menarik ramai orang.Oleh yang demikian,ada blogger yang menjadikan blognya sebagai tempat bergosip tentang artis-artis dalam dan luar negara dan ada juga yang menggunakan agama sebagai daya tarikan.Mereka tahu mereka tiada ilmu,lalu mereka menggunakan pak cik Google sebagai medium mencari artikel-artikel terbaik dan jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul,kemudian dipostkan ke blog mereka.

Ada juga blogger yang sengaja masuk ke laman web Islam seperti Al-Ahkam.net,masuk ke forum laman tersebut dan cari soalan-soalan yang masih tidak terjawab.Lalu dia mula menyoal pak cik Google apa jawapannya dan jawapan itu dipost ke forum tersebut.Segalanya dibuat demi satu harapan,mengharap orang klik pada namanya dan pergi ke blognya,akhirnya dia yang kaya.

Persoalan yang ingin dibincangkan kali ini bukanlah boleh atau tidak menggunakan agama sebagai daya penarik tetapi adakah betul tindakan mereka menggunakan Google sebagai penyelesai masalah?Sahihkah jawapan mereka?Tidak terpesongkah mereka?

Sebelum menjawab persoalan di atas,saya ingin kongsikan satu dialog semasa saya di tingkatan 3.Dialog ini berlaku antara saya dan penolong ketua naqib batch saya,Fatihi namanya.(dialek diubah ke bahasa percakapan biasa)

Fatihi:Cerah,ko pandai guna komputer kan,pandai wat laman web kan?

Cerah:Ye,kenape?Nak mintaq tolong buat laman web ke?

Fatihi:Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi dan Allah jadikan kita,umat Islam,sebaik-baik umat dengan 3 syarat,mengajak ke arah kebaikan,mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.Segala yang kita ada,semuanya milik Allah. Tangan kita,mata kita,kepandaian kita,segala-galanya.Ko pandai buat laman web,tapi andaikata ko tak guna kelebihan itu untuk berdakwah,pasti ko akan dipersoalkan oleh Allah suatu hari nanti.

Saya memang mengagumi Fatihi dari tingkatan 1 lagi,semasa di tingkatan 3,dia menolak tawaran untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar kerana terpaksa memakai seluar pendek dan tight,walhal dia adalah pemain bola tampar terbaik batch kami.Bila ditanya kenapa dia lakukan sedemikian,jawapannya mudah, “demi dakwah.”

Sebenarnya,kehidupan saya sekarang banyak dipengaruhi oleh kata-kata tersebut.Saya bimbang di akhirat esok saya dipersoalkan oleh Allah ,”kamu ada kelebihan tapi kenapa kamu tidak gunakannya demi kebaikan?Demi dakwah?” Jadi,saya nekad suatu hari nanti,saya akan berdakwah menggunakan laman web tapi satu persoalan muncul di dalam kepala saya,”macamana aku nak berdakwah kalau ilmu pun tak cukup?”Masakan ilmu agama saya tinggi sedangkan saya hanya belajar di sekolah agama hanya 3 tahun.Imam Abu Hanifah ketika ditanya 40 soalan,tiada satu soalan pun dia jawab kerana dia ‘tidak tahu’ jawapan,inikan pula saya.

Kemudian saya terfikir,”kalau aku ciplak artikel orang dan post pada blog aq,dakwah juga namanya.”Berasaskan prinsip itulah,saya mula menggunakan pakcik Google sebagai medium mencari ilmu.Banyak kali saya gunakan pakcik Google untuk berdakwah. Adakalanya,saya gunakan pakcik Google untuk menjawab soalan-soalan agama yang ditanya.Saya rasa,dengan kaedah ini saya telah melakukan satu kebaikan,satu dakwah,satu penyeruan ke arah yang Satu dengan betul.

Allah sayangkan hamba Nya,Allah tidak biarkan hamba Nya terus lakukan kesilapan.Suatu hari ketika sedang mencari artikel-artikel untuk ‘berdakwah’,saya terjumpa satu artikel tentang “Berdakwah dengan betul,”satu artikel yang mengajar cara berdakwah. Satu ayat yang penting daripada artikel tersebut, “pastikan apa yang kita sampaikan itu sahih,ada hujahnya,ada nas-nas yang menyokongnya,bukan sekadar omong-omong kosong.”Saya mula berfikir,”apakah tindakan saya selama ini betul atau salah? Saya tidak tahu samada artikel yang diambil itu entah betul atau entah salah,saya ciplak artikel secara sombrono.Kalau betul apa yang aq buat,kalau 1000 orang baca,1000 pahala aku dapat tapi kalau tu artikel salah?Ya Allah,tunjukkan aku jalan yang lurus!”

Alhamdulillah,pada masa yang sama ada satu topik yang dibincangkan di IluvIslam,membahaskan ‘Penggunaan Google Mencari Hukum’.Ramai yang memandangnya dari sudut negatif,mana tidaknya sumber yang didapati daripada Google bukanlah semuanya betul.Kalau orang yang cetek ilmunya seperti saya,pasti terima ilmu-ilmu tersebut bulat-bulat walhal ilmu tersebut ada yang tidak betul.Asalkan artikel tersebut ada hadis dan ayat quran,artikel itu diambil dan dipost di blog.Sahih atau tidak,tiada siapa yang tahu melainkan orang yang Faqeh.

Namun,selepas bertafakur,saya berpendapat bahawa tiada salahnya menggunakan khidmat pakcik Google untuk mendapatkan artikel-artikel Islam yang menarik,jawapan kepada hukum-hakam,asalkan semunya mempunyai sumber-sumber yang sahih,didokong oleh nas-nas yang sahih dan tidak terpesong daripada jalan yang sebenar.Persoalannya,bagaimankah kita ingin pastikan bahawa ilmu yang didapati adalah sahih dan selari dengan Islam?

Jawapannya mudah,tanya kepada yang lebih tahu! Sebelum kita ciplak artikel yang dijumpai melalui khidmat pakcik Google, utarakan artikel tersebut kepada ustaz atau ustazah,pastikan kebenarannya dahulu barulah kita post di blog kita.Google boleh digunakan tapi bukan sebagai guru sepertimana buku yang dibaca kerana jika kita hanya berguru kepada Google/buku,pasti syaitanlah guru kita.Jika betul apa yang kita post,kita dapat pahala tapi jika apa yang dipost itu satu benda yang dusta,ingat,azab Allah sangat pedih! Malah,dosa yang bakal ditanggung adalah jenis yang berantai.Bayangkan kalau 1000 orang membacanya, kemudian artikel itu diciplak pula oleh orang lain,blognya pula ada 1000 orang pembaca,kemudian,kemudian dan kemudian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s