AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?

Alhamdulillah,kisah Faizal Tahir dan Tongkatnya berjaya menarik ramai pembaca,mungkin menerusi medium Pak Cik Google, peminat-peminat Faizal Tahir ketemui blog ini.Cerita hari ini bukan lagi tentang FT tapi AJL keseluruhannya,mungkin sudah ada yang terbaca tentangnya tapi pada post kali ini saya selitkan sekali pendapat peribadi saya mengenainya.

Dulu saya pernah menghantar post Video The Arrival,sebuah dokumentari yang menceritakan pergerakan Freemasonry atau Illuminati,adakah anda sudah mengkhatamkan video tersebut?Belum?Tidak apa kerana saya pun belum khatam lagi tapi rasanya setakat dengan pembacaan dan penceritaan daripada rakan-rakan sejak di sekolah menengah lagi,saya sudah mampu untuk berbicara tentangnya.Tapi andaikata ada kesalahan dalam penulisan ini,saya mohon maaf dan sila perbetulkan.Diberitakan kepada saya bahawa Freemasonry ini bukanlah satu agenda yang baru cuma ramai yang sedar tentangnye selepas peristiwa 11 September, selepas pengeboman Pentagon dan menara berkembar WTC.Jom imbas kembali apa yang berlaku selepas 11 September 2001!

Piramid Bermata Satu

11 September 2001,2 atau 3 orang umat Islam disyakki terlibat dalam kes pengeboman Pentagon dan menara berkembar WTC. Namun,umat Islam dan pemikir-pemikir barat mula berfikir kerana ada desas-desus yang menyatakan bahawa peristiwa 11 September itu dirancang oleh satu kumpulan yang lain.Apatah lagi apabila mereka terjumpa satu bukti kukuh iaitu lebih 1000 orang Yahudi yang berkerja di WTC tidak datang ke tempat kerja pada hari tersebut.Akhirnya,konspirasi demi konspirasi timbul dan terus mendedahkan kepada dunia bahawa Islam tidak bersalah dalam kejadian 11 September tersebut.Satu penemuan yang berkait dengan Freemasonry/Illuminati ini ialah lambang Piramid bermata satu di Dollar Us.

Piramid bermata satu merupakan logo kepada kumpulan Freemasonry ini.Kumpulan ini ditubuhkan pada 900 masihi oleh orang Yahudi dengan 10 agenda utama.Ada juga yang menyatakan kumpulan ini ditubuhkan untuk menyambut kedatangan Dajjal dan Al-Masikh Imam Mahdi.Pada dulunya,untuk bergerak bebas,Freemasonry memakai baju Kristian,beramal seperti orang Kristian dan memegang bible yang sama dengan orang Kristian.Namun,pergerakan mereka berjaya dikesan dan pada 1917,mereka disenarai hitamkan dalam kod undang-undang kanon.Bagaimana mereka disenari hitamkan, apakah yang akan terjadi apabila seseorang itu dipercayai ahli Freemasonry,silalah tonton filem Angels And Demons dan Da Vinci Code,mungkin filem-filem tersebut boleh membantu anda memahami Freemasonry dengan lebih menarik =D

Cukup tentang Freemasonry,kita akan bincang kaitan AJL 24 dan Freemasonry atau Illuminati ini.Artikel di bawah di copy bulat-bulat dari blog jejak tinggalan rasul dan di bawah sekali saya selitkan pendapat saya tentang AJL 24,Freemasonry dan hakikat sebenarnya:

Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website http://www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
piramid
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
di tali gitar

ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda…


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Persoalannya di sini,adakah ini kebetulan atau sengaja dibuat-buat?Jika hal ini sengaja dibuat-buat,alangkah pelik kerana pengurus projek AJL kali ini ialah seorang Melayu Muslim?Masakan dia tidak mengambil berat tentang perkara yang sensitif ini? Saya tidak ingin menabur fitnah kepada pengurus projek kerana saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir,saya ambil kaedah yang selamat,pendekatan berhikmah,saya kata semua ini sebagai satu kebetulan.Ya,sebagai satu kebetulan,kebetulan yang dirancang!

Anda rasa siapakah dalang di sebalik semua ini?Betul jawapan anda,Illuminati!Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak ingin mempengaruhi anda supaya percaya tentang Illuminati tapi saya hanya mengutarakan hujah dan pendapat peribadi saya, ini bukan hukum agama atau ini bukan quran mahupun sunnah,sekadar pendapat peribadi. Kenapa saya kata semua ini dirancang oleh Illuminati?Sebenarnya,simbol-simbol ini telah lama cuba didedahkan kepada umum dalam tidak sedar,dalam erti kata lain,mereka mengajar simbol-simbol ini kepada minda separa sedar kita.Contohnya lambang piramid bermata satu di Dollar US.Sesiapapun tidak perasan yang dia telah melihat lambang tersebut tapi hakikatnya,minda separa sedarnya telah membaca lambang tersebut dan sedikit demi sedikit mempengaruhi minda kita.

Tentang minda separa sedar,contoh yang paling baik ialah minuman Milo.Iklan Milo berada di mana-mana,di kaca televisyen, di radio,di tepi-tepi jalan dan di dada-dada akhbar.Walaupun tidak membacanya,kita tahu,jika ada cecair bewarna coklat,itu milo! Dan bila kita ke restoran,ada sesiapa yang pesan air coklat?Tidak,ramai yang pesan air milo walhal itu adalah air coklat.Contoh lagi,kita akan menduduki peperiksaan pada minggu depan dan hari ini pensyarah masuk ke dalam kelas dan memberitahu ‘range’ yang akan masuk peperiksaan.Tengah pensyarah bercerita tentang bab 3,dia terdiam dan terus ke bab 4.Pasti ramai di antara kita yang akan cakap bab 3 akan masuk peperiksaan.Inilah minda separa sedar.

Mereka tidak kisah jika ada orang menafikan kewujudan mereka malah mungkin itu salah satu cara mereka menyampaikan dakyah mereka,inilah yang dinamakan ‘reverse psychology’.Semakin kuat orang menafikan kewujudan mereka,semakin orang percaya akan kewujudan mereka.Saya tertarik satu contoh yang diberikan kepada kami(pelajar JAD) semasa kem Ibadah dan Rehlah minggu lepas tentang ‘reverse psychology’.”Jangan banyangkan seekor beruk memakai seluar pendek berwarna merah naik motosikal,”kata penceramah dan memang diakui bahawa kami semua membayangkan apa yang dilarangnya.Pendekatan ini selalu digunakan oleh nenek moyang kita apabila melarang kanak-kanak lakukan sesuatu contohnya ketika mereka melarang cucu mereka memanjat pokok, “panjat lagi,panjat lagi!”Secara automatik,cucunya akan turun daripada pokok tersebut.Inilah kaedah yang mereka gunakan, ‘reverse psychology’.

Ternyata ‘reverse psychology’ dan pengaruh minda separa sedar yang digunakan oleh mereka telah menjadi.Buktinya,jika semua yang berlaku di AJL 24 itu tidak dirancang,bagaimana semua yang terlibat sepakat memakai pakaian yang mangandungi unsur-unsur Illuminati?

Percaya atau tidak,terpulang kepada anda.Pada pendapat saya,kewujudan Freemasonry atau Illuminati tidak dapat disangkal lagi, mempercayai kewujudannya tidak mendatangkan dosa kepada kita tapi beramal dengannya,itulah yang berdosa.Fikir-fikirkanlah..

Sila Baca–>Jawapan Penerbit

34 thoughts on “AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?

  1. thx kerana membaca,moga2 artikel ini disebarkan demi kebaikan umat Islam sejagat.Tentang Illuminati,terlampau banyak yang kita tidak tahu,sesiapa yang ingin berkongsi,dipersilakan

  2. sumber dari wikipedia
    >Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an.
    >1980-an.

    kalau xsalah, diorang(search) dah guna logo tu sejak mula ditubuhkan, jadi btllah mngkin kbtulan atau memang mereka tu ejen illuminati?

  3. Astagfirullah.. x sangke kan.. dunia akhir zaman.. Hmm..
    Sy x ske mdgr crmh.. tp sy msh boleh mbace.. Trm kasih utk info nih.. dlm dunia skng kne berhati2..
    byk bahaye yg menanti kaum muslimin dan muslimat sekalian.. sedarlah wahai umat Muhammad… kembali ke pangkal jalan

  4. Sememangnya apabila mereka menemui suatu budaya yg sangat asing bg mereka,mereka ingin menunjukkannya kpd org lain yg mungkin juga x pernah melihatnya.Saya rasa mereka tu x amik tau sgt psl benda2 yg mereka tonjolkn ms AJL tu.Sepatutnya apabila mereka nk buat suatu tema,mereka patut bincang psl tema tu dr akar umbi hinggala ke daun pucuknyer,br la tau apa yg x blh cam sensitiviti agama ke atau mana2 yg boleh dipamerkn.Mereka rs apa2 yg menarik/surprising gitu aje yg penting,yg len tolak ketepi.Perkara ni mungkin blh m’pengaruhi remaja kita yg sukakn benda baru.Harap2 sumer sedar pasal ni agar benda2 gini x berlaku lagi.Thanks for this post ya,azzariyat.Kat skul aku cam2 diorg bercerita jd aku nk tau la gak.Bagus skali.

  5. sebenarnya kaitan illuminati dan Malaysia bukanlah satu perkara yang baru dibangkitkn tp dah lama,kalau tak percaya cuba cari tentang klcc atau putrajaya.mesti anda terkejut

  6. Bagus betul pendedahan nie. Harap tentang klcc ditunjukkan blk cov baru tau sal blog nie. thanx

  7. welcome..kami sedang mengkaji kaitan freemason/illuminati dengan senibina-senibina di Malaysia cuma artikel itu disimpan terlebih dahulu kerana kajian tentangnya belum cukup sempurna. Teruskan membaca di Azz

  8. Alhamdulillah.. artikel ini sangat Bermakna buat saya.. saya ada juga terdengar drpd kawan2 tp x thu perkara yg sebenar..sesungguhnya ISLAM skrg sdg cuba dijatuhkn oleh orang kafir..yg pntg keep hold of your IMAN..TERIMA KASIH..

  9. yup,pada pendapat peribadi saya,xperlu kta bakar itu ini utk tunjuk tanda protes sebab orang hina Islam,bukan apa sebab Allah dalam surah As-Saf telah jelaskan bahawe orang kafir akan berusaha padamkan nur Islam dari muka bumi tapi pastinya mereka tidak akan berjaya..jadi apa yang patut kita buat? kukuhkan iman untuk tinggikan Islam

  10. bnde ni da lme ade..kte je xnmpk…ramai sedara2 seislam kte xtaw hal2 cmni…hope..bkn bnde2 ni publish kt fb or media cetak..

  11. sekadar berkongsi,apa yg saya tahu,illuminati tlh wujud sejak dahulu kala dimana pertubuhan ini memusuhi semua agama..namun ia bertukar utk memusuhi agama islam scra khusus. mereka begitu licik,begerak secara rahsia,berusaha meyebarkan dakyah mereka dgn cara yg sgt halus..meresap dalam pertubuhan2 dunia..PBB misalnya..dan semakin sukar dikawal.. mereka mensasarkan orang2 penting dan berpengaruh..

  12. kalau boleh aku nak tgk pasal klcc and putrajaya….
    aku nak tahu lebih lanjut.

  13. penubuhan manson ni berlaku dah lama..dia datangnya dari kisah solomon temple yg berkaitan dgn the knight templer..tapi setelah berapa abad berlalu..the knight templar or brotherhood telah menukar nama mason kepada freemasonry..aku tengok citer national treasure1 n 2..ada diorang cerita pasal history ni..

  14. thanx for writting this. actually saye tgah cri maklumat sikit psal hal ni, sbab berminat🙂
    anyway,
    illuminati ni mcm susah nak percayakan kan?
    tp mcm mana pun bnda ni kita kena sebarkan,
    sbab semua planning diorang sume dah terbuat, cume satu belum buat,
    menjatuhkan ISLAM,
    what you think about it ?

  15. korang sila tengok video The Arrivals kat youtube. Ini memang agenda Illuminati (diorang ni penyembah syaitan) Diorg mmg saja nak buat kita terima system diorang melalui melalui symbol2, architecture, movie, music, economy etc..

  16. syukur…alhamdulillah..semoga kta sentiasa diberi kesedaran dan hidayah…dan sy tertarik dgn sgl isi yg dbongkrkan…coz ni mslah serius yg tnpa sedar telah lama dterapkan…wahai muslimin sekalian

  17. manusia sekrg telah jauh tenggelam dalam pnipuan iblis laknatullah.
    kita sekarang khasnya umat islam susah untuk keluar dalam gaung yg gelap ni.
    fikiran manusia di tutup dr kebenaran.
    tp Allah tetap akan menang. kebenaran akan didedah.
    kerana Allah itu adlah Tuhan yg Maha Esa. segala-galanya adlah di bawah kekuasaanNya.

  18. nak mintak permision utk kat kwan2 maseh minat dgn band HUJAN ni..uhuhu4

  19. Harus di teliti dengan baik2…sepatutnya kita bukan melihat dalam skop itu je. Ikutkan show itu pun patut diharamkan. kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan..walaupun show itu bukan illuminati sekalipun, sekiranya terdapat percampuran.Pastinya HARAM. apatah lagi dengan show tersebut. sepatutnya kita kene buka mata kita luas2…ciri-ciri lain seperti black metal, punk dan sebagainya pun dalam golongan illiminati…wallah’ualam

  20. sepatutnya kita dah lama perasan benda ni…cuma kabur..malaysia idol, AF, Mentor..kan sama. Hukum menyanyi tu Harus ..tapi jadi haram..sbb tidak mengikut kehendak agama..bukan illimunati tu jer..semua jadi gila bila tengok pujaan idola mereka..bukan kah itu juga memuja? Bukan begitu?

    Waalahualam

  21. Sesiapa saja kita dilarang sembah…cuaba tengok pula konsert kita…bila manusia menyembah manusia..menangis ada, gembira pun ada, bagai nak gila pun ada..bila artis jadi pujaan manusia melebihi Allah…

  22. kenapa jauh2 nak tengok kat KLCC…kat keliling dan berdekatan kita je..patutnya kita nampak..jelasss.
    x kan x perasan kot…macam2 ragam manusia.

  23. Bila sy perhatikan laman sembang je..majoriti tumpu pada artis je ..naper ek? adakah kita diuji macam projek UFO..keberkesanan media ni? seolah2 yang lain x nampak..tenggelam..huuu.huu

  24. Bila saya teliti betul2 clip arrival tu dari mula hingga akhir..ada yang tak kene..sekali pandang memang ada kebenaran..tetapi sedikit sebanyak boleh menggelincirkan aqidah kita..apakah video clip ini ciptaan golongan itu juga..boleh sapa2 beri komen?

  25. iz..ada benda yang kita boleh terima dalam clip tu..tapi ada benda tersembunyi yg membengkokkan jalan kebenaran tu…apakah arrival ni juga dibuat oleh golongan itu..pk2

  26. saya tidak ingin komen tentang kebenaran video tersebut tapi saya ingin persoalkan,kenapa ramai yang lagi percaya dan yakin dengan video tersebut berbanding hadis nabi dan ayat quran?
    video arrival yang berpuluh part mampu dikhatam,quran sehelai sehari pun susah.
    fikir-fikirkanlah.

  27. sya setuju dengan anda jeff..arrival menyuruh kita sedar ..sekiranya sedar apa perlu dibuat…hanya SYARIAT Islam saja yang mampu untuk menghindarkan semua ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s