Torpedo Vs Hedo

Antara Hedo dan Torpedo,yang mana satu anda rasa lebih berbahaya? Mungkin,jawapan setiap orang berbeza tapi pada pendapat saya, Hedo itu lebih bahaya.  Hedo menyerang secara senyap, tanpa suara, tetapi kesannya amat hebat. Mereka yang diserang tak sedar yang Hedo telah menyerang, malah bagi mereka yang kurang ilmu, mereka langsung tidak menganggap Hedo itu sebagai satu bentuk serangan.  Mereka terus leka menikmati serangan itu tanpa hiraukan akibatnya. Natijahnya, mereka tersasar dari landasan dan terjerumus ke lembah kehinaan. Mereka kalah dalam bayangan kemenangan,mereka hina dalam bayangan terpuji.

Lain pula kisahnya dengan Torpedo. Serangannya nyata,jelas di mata kasar,bingit di telinga.Kedatangannya seolah-olah membawa satu pesanan ringkas, ringkas sehingga sesiapun tidak sedar dirinya di ambang maut.Namun, dengan serangan ini, ia menjadikan generasi-generasi selepasnya semakin tabah,semakin kuat dan semakin hebat.Mereka kenal erti kekalahan,mereka kenal erti penderitaan dan mereka kenal erti kepayahan.Lalu mereka berusaha,mereka maju ke hadapan dan mereka dekat dengan Tuhan mereka.Dulu mereka tewas,tapi kini mereka berjaya.

Ya,ya,saya tahu anda pening,apakah sebenarnya makhluk Hedo ini? kalau Torpedo,semua tahu tentang Hiroshima dan Nagasaki tapi Hedo?Adakah sejenis kuih lapis atau kuih tahi itik?Tidak,tidak sama sekali.Hedo adalalah singkatan kepada Hedonism,budaya hiburan yang berlebihan. Kalau Torpedo,mangsanya Hiroshima dan Nagasaki tapi kalau Hedo,siapa mangsanya?Mangsanya adalah anda,saya dan kita semua,para remaja! Buktinya, kemunculan pelbagai program realiti televisyen yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mentor, Idola Kecil, Akademi Fantasia dan macam-macam lagi. Sedarkah kita bahawa ini adalah salah satu bentuk penjajahan yang direncana Yahudi untuk menjajah pemikiran umat Islam. Tujuan serangan ini adalah untuk mematikan daya tahan dan semangat jihad supaya para remaja yang sepatutnya menjadi pelapis menyambung kegemilangan Islam leka dibuai keseronokan dunia. Dan paling menyedihkan, serangan ini berjaya mencapai matlamatnya dengan penuh kebanggaan. Buktinya?

Buktinya ialah berapa ramai yang keluar di kaca televisyen yang bertudung litup berbanding yang separuh bogel? Berapa ramai remaja kita yang melompat-lompat di AJL berbanding duduk bertafakur di Forum Perdana Ehwal Islam?Berapa ramai remaja kita yang seolah-olah suami isteri di Mid Valley berbanding remaja ke masjid mendengar ceramah? 

Memang,demi mendapat undi pukal daripada penonton dan peminat mereka,mereka dedah sini sana,mereka tonjol yang yang tak patut ditonjol,mereka tunjuk yang haram ditunjuk.Mereka menangis apabila tersingkir,peluk kawan-kawan laki mereka seolah mereka semua adik-beradik biarpun kenal tidak sampai 1 bulan,lensa kamera tangkap mereka dan maksit mereka ditunjuk berulang-kali di kaca televisyen dan kita?Kita turut menangis di atas kekalahan mereka bukan kerana maksiat mereka lakukan.Bukan sahaja mereka,penerbit dan tidak kurangnya kita, telah bersubahat dalam menjayakan rancangan jahat kaum musyrikin. Maknanya,darah daging kita yang sesama Islam juga menjadi penyokong kuat meruntuhkan ISLAM. Anda setuju dengan penyataan ini wahai kawan? Wahai Muslimin?Wahai Muslimah?

Apabila para pemuda lebih bangga mengisi saf-saf hadapan lumba haram daripada mengisi saf-saf solat berjemaah yang semakin tenat sekarang?  Apabila lagu-lagu perosak minda yang menjadi hafalan bukan ayat suci Al-Quran yang menjadi bacaan harian?Dan tatkala seorang dianggap kolot jika tidak mengetahui apakah itu facebook,friendster tetapi perkara biasa jika tidak tahu sirah nabi sendiri?

Saya imbas kembali bagaimana kerajaan Islam di Andalusia(Sepanyol) tewas di tangan orang Kristian.Peperangan demi peperangan dimulakan Kristian namun mereka tetap kalah.Analisis demi analisis dilakukan dan mereka ketemu jawapan yang dicari.Mereka yakin,selagi umat Islam berpegang pada prinsip Islam,yakin dengan Al-Quran,percaya dengan Sunnah,Jihad jadi pegangan,sampai kiamat pun mereka akan tetap kalah.Lalu mereka utuskan seorang perisik masuk ke kota Andalusia,tengah dia mencari maklumat, dia terjumpa dengan seorang kanak-kanak sedang menangis.Lalu ditanya budak tersebut, “wahai budak,kenapakah kamu menangis?” Budak itu menjawab, “aku tidak dibenarkan untuk berjihad di jalan Allah.”Maka perisik itu pulang melaporkan kejadian tersebut, “ini bukan masanya lagi.”Tahun demi tahun berlalu,perisik itu terus menjalankan tugasnya.Kali ini dia berjumpa dengan budak yang lain tapi sedang menangis,dia bertanya soalan yang sama.Tapi budak ini menjawab, “aku menangis kerana aku tidak dapat membeli manisan.”Perisik itu pulang ke kerajaannya dalam keadaan tersangat gembira,”inilah masanya.”Mereka menyerang kerjaaan Islam di Andalusia dan akhirnya mereka berjaya.

Lihatlah betapa berjayanya Yahudi dan Nasrani dengan serangan ‘Hedo’nya. Adakah kita masih mahu berdiam diri? Adakah kita sedih melihat generasi muda yang sebaya dengan kita ‘hanyut’ di dalam dunia fantasi yang dicipta kaum musyrikin yang ingin menghancurkan ISLAM?? Apakah kita sanggup ke bandar sambil melihat adik-adik yang lebih muda daripada kita berpelukan di atas keretapi?Apa tindakan anda sebagai Muslim dan Muslimah yang selalu menyokong Syiar Islam dalam konteks ini?Apa yang anda telah lakukan? Sekadar berpeluk tubuh?

Sebaliknya di Palestin, serangan ‘Torpedo’ kaum musyrikin yang dilancarkan hampir 61 tahun kalah teruk dan ia amat memalukan bagi kaum musyrikin. Mana tidaknya, setelah hampir 61 tahun mereka menyerang Palestin, Yahudi dan sekutu-sekutunya masih belum berjaya menawan sebuah negara yang bernama PALESTIN itu.  Walaupun dengan kereta kebal dan baju kalis peluru, mereka tetap kecut apabila berhadapan dengan Faris,seorang kanak-kanak yang hanya menggunakan ketulan batu untuk serang balas,apatah lagi kumpulan Intifadhah. Jika difikirkan secara logik akal,lawan mereka bukanlah kucing  atau hamster tetapi tentera bersenjata lengkap dengan senapang automatik dan juga kereta kebal. Namun mereka,kumpulan Intifadhah, itu masih mampu menggetarkan hati tentera-tentera tersebut dengan semangat juang mereka.  Kerana apa? Kerana mereka berpegang pada satu akidah yang benar. Mereka tidak takut pada sesiapa kecuali ALLAH. Inilah yang membuatkan para remaja palestin ini sanggup keluar berjuang beramai-ramai demi mempertahankan agama dan tanah air mereka. Mereka dengan kalimah ALLAH mengisi saf-saf hadapan menyerang musuh-musuh Torpedo dan akhirnya gugur sebagai Syuhada.Hidup mereka sebagai Juara dan mati mereka sebagai Pemenang. Mereka yakin, dengan bantuan Allah, mereka mampu mengalahkan musuh agama tersebut ataupun syahid di jalan-Nya walaupun dengan seketul batu kecil.

 Jika saya katakan  kerana tiada rasa takut kepada ALLAH telah menyebabkan ‘ remaja Islam’ yang menjadi mangsa Hedo di Malaysia kalah dalam keadaan hina,adakah anda setuju?  Adakah remaja Islam di Malaysia sudah tidak takutkan azab ALLAH? Adakah MUSLIMIN dan MUSLIMAH di Malaysia sudah tiada harga diri dan rasa IZZAH(gerun/gementar) terhadap ISLAM untuk dipertahankan?Mungkin anada rasa ini bukan jawapan yang tepat kerana anda mungkin ada jawapannya.

Sekali lagi,jika saya katakan bahawa punca utama  mengenai ‘pejuang-pejuang Islam’ yang layu dihentam Hedo kaum musyrikin ialah kurangnya ‘didikan agama’,adakah anda setuju? Saya tahu bahawa sekolah-sekolah swasta yang berteraskan agama semakin banyak di Malaysia tapi adakah anda mampu sangkal jika saya katakan bahawa masalah soSIAL yang berlaku di kalangan masyarakat kita juga makin bertambah? 

Perhatikan di Palestin, walaupun  setiap hari bermandikan peluru, Palestin tetap berjaya melahirkan 15,000 anak-anak hafaz Al-Quran. Inilah benteng terhebat yang tak mungkin dapat ditembusi oleh rejim Yahudi. Kerana apa? Kerana ALLAH pelindung mereka. Dan kita? Apakah yang melindung kita?? Adakah kita akan terus berbangga melahirkan remaja yang hebat di bidang nyanyian, hebat  di bidang akademik, namun rapuh dalam akidah dan akhlaknya. Di manakah saf-saf Islam? Dimanakah pemimpin-pemimpin Islam seperti Khalifah Omar r.a.? Adakah apabila darah menjadi taruhan, serangan Torpedo dan peluru menjadi pencetus, ataupun apabila Torpedo digugurkan, baru kita akan terkial-kial membina saf –saf hadapan yang rela berjuang demi agama? Yang sanggup syahid dengan nama ALLAH? Namun, pada waktu itu semuanya sudah terlambat. Semuanya akan berakhir dengan nada sedih. Adakah itu yang anda harapkan untuk generasi anda,untuk generasi anak anda?  

 Tepuklah dada, tanya iman anda.Cukuplah menuding jari pada orang lain.Perubahan bermula dari diri anda.

 

Ditulis oleh:Bashariah | Diubah oleh:Cerah Jeff

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s