Dia bagi syarat pada orang Jepun….

Alhamdulillah kita masih bernyawa tatkala Januari mengorak langkah meninggalkan kita. Ini berita baik untuk rakan seperjuangan ( JAD batch 8 ) kerana tinggal lebih kurang 2 bulan lagi, dengan izin Allah s.w.t, kita semua akan menjejak bumi sakura. Bunyinya seperti ia satu peristiwa yang menyeronokkan. Ya, ia pastinya peristiwa yang ditunggu-tunggu sepanjang 3 tahun kami menimba ilmu di Unisel. Kalau tidak, masakan semua orang teruja membeli belah untuk persediaan ke Jepun nanti. Ada yang sanggup keluar ke semua mall untuk survey harga barang, ada yang rambang mata memilih baju-baju sejuk secara online, ada yang terus bergegas ke Winter Island untuk mencari pakaian, tak kurang juga yang dapat ‘sponsor’ dari saudara mara. Cukup mengujakan.

Bagi saya, ia satu perkara yang positif sebagai tanda semangat untuk kita melepasi cabaran terakhir iaitu final exam tidak lama lagi. Teringat kisah seorang rakan semasa kami sama-sama mencari baju sejuk di shopping complex baru-baru ini.

“ Aku takut la nak beli baju sejuk ni. nanti kalau tak lepas kimatsu shiken(final exam) , x boleh pegi Jepun membazir je.” Kata kawan saya.

“ Ke situ pulak yang mu pikir. Beli la dulu lepas tu letak baju sejuk tu kat meja stadi biar mu jadi bersemangat nak stadi.” Jawab saya sedikit pelik dengan pemikiran rakan tadi.

Tapi betul juga kata kawan saya tadi, apa-apa pun boleh berlaku andai sudah ditetapkan ia terjadi dalam perjalanan hidup insan lemah seperti kita. Berbalik kepada cerita ke Jepun tadi, setiap orang punya perancangan yang berbeza-beza untuk ke Jepun. Tapi hakikatnya, matlamat kita tetap satu. Menimba ilmu milik Allah supaya kita jadi insan yang berilmu. Teringat kata-kata seorang ustaz semasa kuliah subuh ketika minggu orentasi junior tahun lalu.

“ Kamu tidak perlu rasa bangga nak pegi belajar ke Jepun tapi kamu patut rasa malu nak ke Jepun sebab kamu ke sana untuk menuntut ilmu dari orang bukan Islam.”

Kata-kata itu cukup terkesan dihati sehingga saat ini ia masih kukuh terpahat dalam hati. Ada benar kata-kata ustaz tadi, kita ke Jepun menuntut ilmu dengan orang bukan Islam sedangkan ilmu-ilmu yang ada didunia ini dicipta oleh tokoh-tokoh Islam sendiri. Mengapa nama tokoh-tokoh ‘mat saleh’ sering mendahului tatkala kita bercakap tentang kehebatan teknologi zaman sekarang. Lupakah kita kehebatan Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina contohnya. Mereka yang mengasaskan ilmu, mereka tinggalkan untuk kita warisi ilmu tinggalan mereka tapi sekarang kenapa orang bukan Islam yang menguasai semua ilmu-ilmu ini. Patutkah kita salahkan mereka sedangkan mereka lebih gigih menimba ilmu berbanding kita sebagai umat Islam.

Bukan ingin menunding jari, tapi ia adalah kebenaran. Sudah jadi budaya orang Melayu mungkin, belajar biasa-biasa saja, janji dapat kerja, gaji pun lumayan. Itu sudah cukup bagi mereka. Jarang pula berjumpa dengan orang Melayu, Islam pastinya yang besemangat menimba ilmu untuk dijadikan satu medan menyebarkan Islam.

Ada satu kisah, seorang kawan kepada senior JAD di Jepun., saya namakan beliau Kakak X. Beliau seorang pelajar yang sangat pintar dan diterima bekerja di syarikat di Jepun. Apa yang mengejutkan, kerana kepintaran beliau, beliau memberi syarat kepada syarikat itu jika mahu dia bekerja di sana. Apa syarat yang dikenakan? Cukup mengagumkan apabila beliau memberi syarat pada syarikat tersebut supaya membenarkan beliau memakai baju kurung dan tudung labuh ketika bekerja. Yang lebih mengejutkan apabila syarikat itu menerima syarat tersebut tanpa sebarang bantahan. Apa kaitan kisah Kakak X dengan topic kupasan saya kali ini? Ini mungkin pendapat peribadi, tapi bagi saya Kakak X berjaya membuktikan, dengan ilmu yang beliau miliki, beliau mampu menjadi orang yang disegani,malah berjaya membawa imej Islam di bumi sakura.

Satu lagi kisah tentang Kakak X, setiap kali selesai melakukan sesuatu terutamanya selepas bersin, beliau tak lupa menyebut ‘Alhamdulillah’. Pada suatu hari, ada orang Jepun tanya beliau kenapa sebut ‘Alhamdulillah’ setiap kali selesai buat kerja. Kakak X pun menerangkan mengapa beliau selalu sebut ‘Alhamdulillah’. Suatu hari, oang Jepun tadi terjumpa wang, dia lantas menyebut ‘Alhamdulillah’. Bererti, dia paham tentang penggunaan ucapan ‘Alhamdulillah’. Walaupun dia tak menghayati maksud ‘Alhamdulillah’ sepenuhnya, sekurang-kurangnya dia berjaya menggunakan ucapan mulia itu ketika dia gembira bertemu sesuatu. Tak terbayang bagaimana penerangan Kakak X kepada orang Jepun tadi sehingga orang Jepun itu terus mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila dia mendapat sesuatu. Apa pula kaitan kisah ini dengan topik ulasan saya? Orang yang macam ni la diperlukan dalam menyampaikan dakwah Islam. Orang yang punya keyakinan dalam berhujah dimana dia punya banyak ilmu pengetahuan tentang Islam, orang yang punya akhlak mulia dimana sesiapa saja yang berkawan dengannya, pasti senang dengan perlakuannya, orang yang mampu mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian dimana nampak ada hikmah dalam setiap perlakuannya.

Saya tanya pada diri, mampukah saya jawab dengan baik apabila ada orang Jepun bertanya “ Apa itu Islam?” Saya tidak yakin saya mampu menerangkan tentang keindahan Islam dengan ilmu yang sedikit yang saya ada. Anda bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman. Jadi, sebelum kita terbang ke negara orang, timbalah sebanyak mungkin ilmu agama supaya kita mampu meyakinkan orang-orang bukan Islam tentang keindahan Islam dan mengapa mereka mesti memilih Islam sebagai cara hidup mereka.

Sematkan dalam hati kita, kita ke Jepun (contohnya) bukan untuk lihat bunga sakura memekar dan gugur, bukan juga untuk melihat salji-salji putih turun lebat memutihkan bumi, matlamat utama kita hanyalah belajar menuntut ilmu Allah s.w.t, menjadi orang berilmu yang disegani, menjadi muslim yang hidup penuh hikmah, menjadi umat Muhammad yang tak putus menyambung usaha dakwah baginda Rasulullah .s.w.t. Dakwah itu luas konteksnya, pokoknya kita ada ilmu, kerana orang berilmu mampu berfikir dan bertindak selari dengan pemikiran yang positif.

p/s: Selamat berjaya kepada rakan-rakan yang akan menghadapi final exam tak lama lagi. Ini perjuangan terakhir kita di Unisel tetapi ni juga permulaan kehidupan kita di bumi sakura( InsyaAllah).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s