Ini Bukan Kisah Lembu Korban

Ada apa dengan korban?? Setiap tahun bila sampai bulan Zulhijjah, semua orang sibuk berborak pasal korban. Bagi generasi baru seperti ana, kalau cerita pasal korban, yang terbayang dalam kotak minda ana biasanya pasal lembu, kambing, unta dan lain-lain yang disembelih sebagai KORBAN. Kalau dengar ceramah time camni, biasa kita dengar cerita mengenai peristiwa perintah Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail diulang-ulang. Di radio, TV dan lain-lain media massa juga bercerita perkara yang sama saban tahun. Adakah itu sahaja yang kita ada mengenai korban untuk disampaikan kepada generasi akan datang???

Apa sebenarnya erti korban bagi diri muslim dan muslimah yang sudi membaca artikel ini?? Apakah yang para pembaca faham erti korban tersebut?? Kenapa kalau kita nak korbankan haiwan, disyariatkan kepada kita untuk mengorbankan yang terbaik?? Kalau yang cacat, kita tak boleh korbankan. Kenapa ek?? Kalau duit yang kita gunakan untuk membeli lembu sebagai korban itu tidak suci sepenuhnya, korban kita juga tidak diterima oleh Allah s.w.t. Kenapa ek??? Apakah hikmah yang tersirat di sebalik suruhan oleh Pencipta kita itu?? Bagi ana, setiap apa yang kita korbankan; masa, wang ringgit, dan lain-lain yang bernilai bagi diri ana, ataupun kita kongsikan boleh dianggap sebagai korban kita. Tidak semestinya kita perlu menunggu Hari Raya Korban baru kita boleh mengorbankan apa-apa yang kita mampu. Terima kasih kerana anda masih sedia untuk MENGORBANKAN sedikit daripada ‘masa’ anda untuk membaca artikel pendek yang harapnya ada input yang difahami dan boleh dijadikan iktibar bagi diri penulis dan juga pembaca.
Adakah dalam diri anda masih ada sifat-sifat mazmumah seperti ego, kedekut, tamak, sombong, suka mengumpat dan lain-lain?? Adakah anda sayang kepada sifat-sifat tersebut yang sudah sebati dalam diri anda itu?? Dalam diri ana juga masih banyak terdapat sifat-sifat mazmumah tersebut. Kenapa kita tidak berusaha untuk mengorbankan SIFAT JAHILIYYAH kita itu untuk transform menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat kelak?? Kenapa kita terlalu sayang untuk MENGORBANKAN sifat jahiliyyah tersebut daripada diri kita untuk menyucikan sekeping ‘daging’ iaitu hati kita yang menjadi penentu kita di syurga ataupun di neraka kelak??
Kalau pembaca menonton drama bersiri Nur Kasih episod akhir, kita dapat lihat betapa kasihnya seorang abang kepada adiknya, dan betapa kasihnya seorang adik kepada abangnya sehingga sanggup MENGORBANKAN kebahagiaan diri untuk orang tersayang. Adakah itu juga boleh dianggap sebagai ‘korban’??? Erti korban itu luas. ‘Korban’ seorang pemimpin terhadap rakyatnya apabila dia sanggup mengorbankan banyak masanya untuk berkhidmat kepada mereka. ‘Korban’ seorang rakan; seorang pelajar, kepada rakan yang lain ialah apabila dia sanggup bersusah-susah membantu rakan yang kurang memahami subjek yang dipelajari ssehingga sama-sama berjaya mendapatkan segulung kertas putih bernama Ijazah. ‘Korban’ seorang bapa kepada isteri dan anak-anaknya ialah apabila si bapa sanggup bersengkang mata mencari sedikit daripada rezeki Allah s.w.t. sebagai nafkah untuk keluarganya. ‘Korban’ SUPERMAN kepada masyarakat sekelilingnya apabila dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain. ‘Korban’ PARA SAHABAT pula apabila mereka sanggup meninggalkan bumi suci MEKAH dan MADINAH untuk menyebarkan ajaran ISLAM ke seluruh dunia. Adakah itu juga boleh dianggap sebagai ‘korban’?? Tepuk dada sendiri, tanya IMAN di dada. Dan tanya juga kepada IMAN kita, apakah KORBAN yang kita dah lakukan kepada ISLAM selama kita menghirup udara Allah s.w.t. ini???
Setiap tahun, sambutan Hari Raya Aidil Adha juga tak semeriah sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kenapa ek??? Ada sesiapa boleh bagi jawapan tak?? Busy dengan kerja ke sampai tak ada masa nak balik kampung?? Malas nak balik kampung sebab jalan ‘jam’?? “Ala, kat bandar pon bley gak solat raya, kan???”. Tapi kenapa time raya puasa boleh pula bersesak-sesak nak balik kampung??? Tahun ni, kita bertuah kerana Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat. Tapi, Bila ana pergi solat sunat raya pada pagi hari Jumaat tersebut di kampung ana, beza sangat jumlah jemaah yang hadir berbanding semasa solat sunat Hari Raya Puasa. Bila solat Jumaat tengah hari tu lagi berkurang jumlahnya. Daripada hampir penuh saf-saf pada solat sunat raya pagi tu, kurang hampir separuh pada tengah hari, dan tinggal hampir 3 saf sahaja masa solat asar, maghrib dan isyak. Bila subuh, lagi kurang bilangan jemaah yang hadir..Kenapa??? Kenapa perlu ada perbezaan tersebut?? Kenapa kita mengadakan perbezaan tersebut?? WAHAI RAKAN-RAKAN YANG BERGELAR MUSLIM DAN MUSLIMAH, ada sesiapa boleh memberikan kepada ana jawapan bagi soalan tersebut?? Yang nak ditekankan bukannya mengenai solat sunat hari raya tetapi bilangan jemaah untuk solat berjemaah fardhu.
Kenapa ramai di antara kita lebih mementingkan yang sunat berbanding yang fardhu??
“Solat Raya setahun dua kali jek bang, rugi kalo tak solat kat masjid”.
“ Tak sempatlah nak solat berjemaah kat masjid atau surau. Kerja banyak. Lagipun senang kot solat kat umah jek”.
“Takda orang ajak saya turun surau, seganlah nak turun”.
“ Belum dapat seru lagi. Nanti dah sampai masa, sampailah kat surau ek. Pergilah dulu ek”.

Beberapa jawapan yang kita senang perolehi kalau kita buat survey dekat MUSLIMIN MODEN sekarang. Nak tunggu sampai bila baru nak turun solat berjemaah?? SAMPAI MALAIKAT DATANG NAK AMBIL NYAWA?? Sampai nyawa dah ditarik atau time dah kaku baru nak pergi surau untuk disolatkan secara berjemaah kat surau??? Anda ada jawapannya. Tanyalah hati kecil anda yang mewakili iman kita. Kalau kita tanya dengan hati besar kita @ nafsu kita, anda sendiri sudah tahu jawapan yang akan anda terima……Semoga bila kita melangkah ke tahun baru Hijriah 1431, kita akan melangkah menjadi insan soleh dan solehah insya’Allah. Wallahualam.

Karya:Hafidz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s