Golden Ratio:Bukti Kebesaran Allah

Dulu saya pernah menghantar post 1 video tentang Golden Ratio tapi tiada ulasan dibuat.Kali ini saya post sekali lagi video tentang Golden Ratio dan pendapat saya tentangnya.Saya bukanlah Einstein yang mampu mencipta rumus untuk menyelesaikan masalah alam, bahkan bukan Thomas Edison yang mencipta beribu ciptaan tapi saya ada akal dan hati untuk menilai masalah alam dan kebesaran Tuhan saya.Jadi,jika anda harapkan satu penerangan saintifik,satu pembuktian rumus, anda boleh berhenti membaca di sini tapi jika anda ingin kenal ‘Tuhan’ dengan artikel ini,insya Allah,artikel ini mampu membantu.Semoga video yang disediakan mampu membawa anda ‘kenal’ dengan Dia.

Golden Ratio adalah sesuatu yang baru dalam hidup saya,saya mula kenal dengannya semasa di Kursus Intensif apabila Khalis, rakan sekelas ketika itu, menceritakan tentangnya.Kemudian kami,peserta kursus,ditayangkan dengan filem Da Vinci Code.Dalam filem ini, satu istilah lagi diperkenalkan kepada saya iaitu Fibonacci number.Mengikut Golden Ratio,nisbah campuran a dan b apabila dibahagi dengan a sama dengan a per b.

 \frac{a+b}{a} = \frac{a}{b} = \varphi\,.

Dan nisbah ini mempunyai definisinya yang tersendiri iaitu:

\varphi = \frac{1+\sqrt{5}}{2}\approx 1.61803\,39887\ldots\,

Jadi,kita boleh simpulkan bahawa Golden Ratio bersamaan dengan 1.6180339887.

Manakala Fibonacci Number pula iailat satu pola nombor yang istimewa.Jumlah berikutnya adalah hasil tambah kedua-dua nombor sebelumnya,pola tersebut ialah:

0,\;1,\;1,\;2,\;3,\;5,\;8,\;13,\;21,\;34,\;55,\;89,\;144,\; \ldots.

Fibonacci Number sebenarnya menepati Golden Ratio.Memang pada awalnya tidak tapi nombor-nombor berikutnya mengikut Golden Ratio,perhatikan.

1/1 = 1
2/1 = 2
3/2 = 1.5
5/3 = 1.6666…
8/5 = 1.6
13/8 = 1.625
21/13 = 1.61538…
34/21 = 1.61904…

Tidak kisahlah tentang Fibonacci dan Golden Ratio,apa yang patut anda tahu,kenapa saya katakan Golden Ratio ini satu perkara yang ajaib dan menakjubkan?Kerana kemungkinan kesemua benda yang semula jadi di sekeliling kita ada kaitannya dengan Golden Ratio.Contohnya kesemua benda yang ada di badan kita!

Tidak percaya?Cepat ambil pembaris.Katakan jarak dagu ke mulut sebagai a dan jarak dagu ke hidung sebagai b.Bahagikan a dengan b,anda mesti dapat 1.61803…Inilah Golden Ratio.

Sungguh menakjubkan bukan?Malah bukan setakat luaran,tapi besar jantung kita,paru-paru kita,semuanya berdasarkan Golden Ratio. Bukan kepada manusia sahaja,malah kelopak bunga,pusaran di badan siput dan banyak lagi perkara yang bersifat semula jadi menepati Golden Ratio. Apa maksudnya semua ini? Maksudnya,kejadian alam ini, penciptaan manusia, bukanlah satu proses yang berlaku secara tiba-tiba seperti yang didakwa oleh Etheis tetapi dirancang oleh satu kuasa yang sangat hebat.Perancangan Nya cukup terperinci,dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara,baik yang nampak mahupun tidak.

Kebetulan? Saya persoalkan kenapa kita senang-senang percaya apabila orang kata kumpulan Search adalah Illuminati kerana logo yang digunakan hampir sama dengan Illuminati walaupun hakikatnya berbeza? Kenapa kita senang-senang percaya Alyah yang memakai baju berwarna merah di malam AJL 24 salah seorang daripada kumpulan Illuminati walhal dia sendiri pun tidak tahu apa itu Illuminati?Dan kenapa sekarang,apabila saya utarakan Golden Ratio adalah bukti kewujudan kita adalah satu perancangan Maha Kuasa,kenapa ada di antara kita masih ragu-ragu?

nisbah jarak setiap pusaran dengan pusat adalah Golden Ratio

Jika satu atau 2 perkara sahaja yang sama,kita boleh anggap ia sebagai kebetulan tapi kalau kesemuanya menepati Golden Ratio?Apakah ini satu kebetulan?Tidak,pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin!

Golden Ratio ini bukan sahaja menjadi hujah mengatakan ada satu kuasa yang sangat agung di sebalik penciptaan manusia tetapi Golden Ratio juga memberi hujah yang kukuh bahawa Islam adalah agama yang benar.Jika anda tidak percaya,saksikan video di bawah.

http://www.youtube.com/v/19zUWMCJTnE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

Baca Lagi!!

Advertisements

2 thoughts on “Golden Ratio:Bukti Kebesaran Allah

  1. Alhamdulillah. Thanks for this post. Terbuka gak la mata ngn minda. Hebat kuasa Allah ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s