Laporan : Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

30 Januari 2010 menyaksikan pertembungan dua acara besar. ROBOCON dan juga Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna(Kobanna). Pada mulanya, hati ini agak berbelah bahagi, yang mana patut aku lakukan, menjadi penonton perlawanan robot buatan sendiri senpai dan kouhai, ataupun merasai pengalaman pertama menjadi peserta konvensyen besar seperti kobanna. Akhirnya, ALLAH telah melorongkan hatiku untuk memilih Kobanna. Bukan memilih meletakkan yang mana satu lebih penting, tapi mungkin ia adalah rezeki untukku menghadiri Kobanna dan bukan rezekiku untuk menghadiri ROBOCON. Jadi setelah mengucapkan “ganbatte” pada senpai dan kouhai, aku relakan hati menghadiri Kobanna dengan harapan mendapat sesuatu bagi mengisi kotak ilmu yang masih sedikit pengisiannya.

Secebis Pengalaman


Pertama menghadiri konvensyen seperti ini, walaupun tak banyak yang dapat saya ceritakan tentang konvensyen ini. Tapi, sehari menjadi peserta dan berada dalam kalangan mereka yang mahu menjadi pejuang agama, ia tetap sebuah pengalaman yang berharga.

Seawal jam 6.45 pagi, para peserta sudah mula meninggalkan taman bukit pelangi untuk menuju ke tempat konvensyen. Dewan Seri Sarjana UNITEN  menjadi tempat berlangsungnya konvensyen sehari ini. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam dan sepanjang perjalanan, saya tidak berhenti berharap agar semuanya berjalan lancar dan ada sesuatu yang dapat saya bawa pulang. Kami tiba lebih kurang jam 8.15 pagi dan terus menuju ke kaunter pendaftaran yang terletak di tepi dewan.

Terdapat berbelas kaunter di situ, dan apa yang menarik perhatian saya ialah nama-nama kaunter pendaftaran itu. Antara yang masih dapat saya ingat antara berbelas kaunter adalah “kaunter bagi borang tidak lengkap”, “Individu/Berpasangan” dan “walk-in”.  Walaupun agak kelakar, tapi saya tahu tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memudahkan para peserta. Alhamdulillah proses pendaftaran saya dan rakan-rakan yang lain tidak mengalami sebarang masalah dan kami diberi reben berwarna hijau sebagai pengenalan peserta.

Ucaptama Presiden ISMA

Walaupun lewat 45minit dari yang sepatutnya, jam 9.15 pagi ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa’ dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Majlis diteruskan dengan Ucaptama Konvensyen oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman yang menerangkan secara ringkas tujuan konvensyen ini diadakan dan kerisauan tentang bangsa pada masa kini.

Empat objektif utama konvensyen ini, ialah untuk memberi kefahaman tentang manhaj perubahan Islam, memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid syarak dalam menilai situasi sosiopolitik, memberi tasawur kepada agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan, serta mengukuh kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat. Setiap peserta turut dibekalkan dengan buku biodata Imam Hasan Al-Banna dan buku yang memuatkan pengisian pembentangan oleh para panelis bagi kemudahan para peserta.

Pembentangan 1: Pemikiran Al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda

Kemudian, tibalah giliran panelis pertama iaitu Ustaz Haji Mohd Rusdi Alias membentangkan pengisian pertama pada majlis tersebut yang bertajuk ‘Pemikiran Al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda’. Di sini ustaz menerangkan tentang konsep Negara yang dimaksudkan al-Banna juga perbandingannya dengan konsep ideologi dari barat. Eropah, sejak zaman Renaissance  mengenengahkan konsep humanism iaitu agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan.

Pemikiran humanism menuntut untuk kita meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan. Lalu kebebasan kehendak dijadikan sebagai tuhan dalam kehidupan. Di sinilah munculnya konsep sekularisme, sosialisme, kapitalisme, liberalism dan isme-isme yang lain. Konsep yang asalnya adalah untuk mengurangkan pengaruh golongan agama di Eropah, akhirnya membawa mereka kepada konsep kecintaan yang tidak terhingga kepada diri sendiri.

Malangnya, masyarakat melayu-Islam di Malaysia juga turut terpalit bahana humanism yang dikembangkan oleh barat ini. Lantas pemikiran kita semua dibentuk agar kita juga turut sama mempunyai kecintaan yang melampau terhadap diri sendiri berbanding kepentingan umum. Sebagai contohnya, kita sebagai pelajar, akan belajar sehingga berjaya demi memperoleh kerjaya yang baik dengan gaji yang tinggi semata-mata untuk memenuhi kehendak diri sendiri terhadap segala yang berada di sekeliling kita. Bagi menyelesaikan masalah ini, al-Banna menggesa kita untuk memperbaiki dan membetulkan kembali akhlak masyarakat melalui proses mengenali Islam yang yang syumul dalam kehidupan.

Menurut al-Banna, untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian bagi masalah, seharusnya setiap dari kita perlu menjadikan Islam sebagai pengatur seluruh kehidupan individu, keluarga, masyarakat malah Negara ini. Renungi ayat surah al-Baqarah:208. Ambillah Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita dan satukan kembali pemikiran umat ini. Agar ketuanan melayu-Islam itu dapat kita tegakkan di Bumi Malaysia ini.

Pembentangan berakhir pada waktu makan tengahari dan para peserta diberi rehat untuk solat makan. Setelah makan dan menunaikan solat, ramai yang mengambil kesempatan menngunjungi gerai-gerai jualan di luar dewan. Ada yang mahu membeli buku menambah ilmu, ada juga yang mahu menambah koleksi pakaian muslim/muslimah mereka, dan tidak kurang pula yang mahu mencari cenderahati sebagai tanda menghadiri konvensyen ini.

Pembentangan 2: Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Majlis bersambung semula jam 2.40 petang dan diteruskan dengan pembentangan panelis kedua iaitu Ustaz Haji Hazizi Bin Haji Abd Rahman. Beliau membentangkan tajuk ‘Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya Di Malaysia’.

Banyak yang dibentangkan oleh Panelis tajuk kedua ini. Segalanya bertumpu kepada konsep dan juga manhaj perubahan yang dibawa oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna. Sekadar mengambil secebis daripada banyak yang diperkatakan. Salah satu yang penting untuk kita fahami adalah tentang Undang-undang Perubahan yakni perkara-perkara yang perlu dihadapi demi merubah keadaan umat ini.

Antaranya ialah keperluan kepada falsafah atau ideologi yang melatari perubahan. Pastinya sebagai umat Islam, Islamlah yang menjadi agenda kita untuk diterapkan ke dalam hidup kita semua. Keduanya adalah Keuatan dalaman. Semangat yang kuat untuk merubah kembali umat ini, dalam konteks Malaysia sendiri, mengembalikan kembali jati diri kita semua sebagai Melayu-Islam yang berkuasa terhadap bumi Malaysia. Seterusnya adalah Perubahan kendiri dan elemen pemuda yang banyak mempengaruhi masa depan masyarakat.

Antara lainnya, perubahan ini juga memerlukan kita untuk menyediakan pejuang, pejuang yang akan memeastikan survival untuk setiap agenda yang diperjuangkan. Pastinya yang paling utama adalah dalam proses tarbiyah dan pembentukan golongan pejuang itu sendiri. Akhir sekali sunnah bagi perubahan ini adalah wujudnya banyak pertembungan. Pertembungan dengan segala macam ideology luar, juga kehendak dan keinginan sendiri. Justeru, untuk membawa perubahan kapada bangsa Melayu-Islam ini, persediaan yang rapi diperlukan agar kita berjaya untuk membawa perubahan.

Pembentangan 3: Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak


Majlis seterusnya dihangatkan dengan pembentangan tajuk penuh kontroversi oleh panelis ketiga iaitu Ustaz Muhammad Fauzi Bin Asmuni yang bercerita tentang topik ‘Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak’. Majlis sampai ke penghujung pada jam 5.30 petang.

Topik kali ini dikatakan panas, apabila ustaz mengulas dengan tanpa berselindung mengenai agenda politik di Malaysia walaupun dengan kehadiran beberapa wakil parti politik tanah air. Ustaz juga menentukan indicator berjaya atau tidaknya apa yang disampaikannya petang ini melalui panas atau tidak panasnya suasana selepas pembentangan diselesaikan. Jika semua dapat menerima dengan baik segala yang disampaikan, maka berjayalah objektif yang ingin disampaikan.

Menyentuh tentang keadaan politik di Malaysia, sebelum berlangsungnya PRU ke-12, kita dapat melihat konsep-konsep yang menjulang Islam. Parti A dengan hukum hudud dan sistem Islamnya, parti B pula memperjuangkan Islam Hadhari. Untungnya persaingan seperti ini adalah kerana kedua-duanya memberi manfaat kepada umat Melayu-Islam di Tanah air kita. Secara tak langsung kita masih dapat mengekalkan konsep ketuanan Melayu-Islam di Negara ini.

Lain pula halnya dengan krisis yang berlaku selepas PRU ke-12. Bukan sahaja Parti A dan B malah C, D dan lain-lain juga telah beralih arah kepada memperjuangkan siapa yang lebih liberal. Masing-masing ingin mendapatkan undi golongan non-muslim, yakni golongan minoriti di Malaysia. Masing-masing cuba untuk memenangi hati golongan bukan Melayu demi meraih undi dan pengaruh mereka sedangkan mengikut populasinya, sehingga bila-bila pun, masyarakat Melayulah yang akan menjadi majoriti di bumi kita ini. Inilah yang membawa kerugian kepada kita semua.

Pihak non-muslim semakin berani menuntut hak-hak mereka. Di sinilah ustaz menerangkan kepentingan Maqasid syarak(Tujuan pensyariatan) dan keperluan kita kepada Negara. Biarlah orang mengatakan orang Melayu-Islam ini gila kuasa. Kerana memang kita semua hendakkan kuasa dalam Negara semata-mata untuk menjaga 5 Maqasid Syarak(agama, akal, harta, keturunan dan nyawa). Penguasaan orang bukan Islam dalam Negara kita akan menghapuskan segala yang dituntut untuk kita menjaganya. Maka, nak taknak, kita perlu untuk menyetujui kontrak sosial dan mengekalkan konsep ketuanan Melayu, demi untuk memelihara 5 aspek ini.

Yang menghairankan adalah, walaupun kita yang menjadi majoriti, undi non-muslim juga yang dikejarkan oleh banyak parti politik tanah air ketika ini. Ustaz juga menekankan konsep tahaluf yakni meminta bantuan dari orang bukan Islam dengan syarat orang Islam juga memberi bantuan kepada mereka. Dua syarat utama untuk ini adalah

1. Orang-orang bukan Islam itu dipercayai tidak akan khianat

2. Orang-orang bukan Islam itu berada di pihak yang lemah dan Islam di pihak yang kuat.

Di sini ustaz menggesa mana-mana parti agar tidak meminta bantuan non-muslim luar untuk meyelesaikan kemelut perpecahan yang dialami oleh umat Melayu-Islam ketika ini.

Jika kita melihat kembali, orang-orang Iraq dan kepimpinan Saddam Hussien, semasa hayatnya Saddam Hussien dilihat sebagai seorang yang banyak membunuh rakyat Iraq. Seolah-olahnya beliaulah yang paling jahat di dunia ini maka mereka(rakyat Iraq) memilih untuk berada di bawah naungan Amerika. Namun, kini rakyat Iraq sendiri merasakan bahawa Saddam Hussien itu baik sebenarnya. Pointnya di sini adalah selama-lamanya orang Islam itu lebih baik daripada yang bukan Islam walau jahat manapun mereka. Tiada konsep adil untuk bukan Islam kerana syarat untuk adil adalah seseorang itu perlu beragama Islam.

Atau analogi mudahnya begini. Rumah kita dimasuki perompak. Lalu kita meminta bantuan jiran kita yang merupakan ketua Perompak. Patutkah kita meminta bantuan luar sedangkan kita sendiri tahu mereka ini lebih tidak boleh dipercayai berbanding orang Islam? Oleh itu, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah memperbaiki keadaan masyarakat. Pastinya proses memperbaiki itu harus bermula dari bawah, yakni pembentukan individu itu sendiri.

Orang arab mengatakan bahawa orang Malaysia menyembah televisyen kerana dimana-mana rumah pun di Malaysia ini, pasti di tengah ruang tamunya terdapat televisyen. Orang mungkin boleh menyokong Parti A yang ingin menerapkan nilai Islam dalam masyarakat dalam pilihanraya, namun setelah tampuk pemerintahan diterajui orang tidak akan mendengar lagi kata-kata Parti A yang menyuruh mereka mengurangkan hiburan dengan menutup televisyen.

Penutup Laporan

Kerana ilmu yang masih cetek dan pemahaman yang terbatas, hanya ini yang mampu digarap melalui konvensyen ini. Namun, apa yang dapat saya simpulkan, selagi pemikiran itu adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaALLAH ia mampu memberi perubahan ke  arah kemajuan ummah dan segalanya harus bermula dari diri kita sendiri. Membentuk diri menjadi muslim sejati.

Oleh : Bashariah Kamaruddin,  Diedit oleh : Dzulaikha Mat Zaini

2 thoughts on “Laporan : Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

  1. memang rugi… dapat banyak pencerahan kat situ.

    next time, maybe?

    wish i could update my blog on that, but got a little bit tight up at the moment.InsyaAllah, soon. mohon doanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s