Tips Menjadikan 25 Jam Sehari

Siapa yang inginkan jumlah masa dalam sehari menjadi 25 jam, sila tekan kekunci F11 sekarang juga. Apa yang berlaku? Jumlah masa dalam sehari masih 24 jam, tidak lebih dan tidak kurang. Memang benar, 24 jam dalam sehari adalah satu jumlah masa yang terhad padahal banyak lagi kerja yang ingin kita lakukan, tambah-tambah apabila dekat dengan peperiksaan. Impak daripada perangai kita yang belajar di akhir waktu membuatkan kita rasa 24 jam yang diperuntukkan seakan-akan tidak cukup.

Sehari suntuk kita fokus pada buku, jawab soalan itu ini, hafal rumus itu ini, bincang itu ini hinggakan tatkala kita diseru untuk ke surau apabila azan dilaungkan, ingin sahaja hati ini berkata, “aku nak study ni. Kalau turun surau, paling cepat pun ambil masa 10 minit, kalau aku solat sorang-sorang, 3 minit pun dah settle..So aku jimat 7 minit. 7 minit tu, aku bole gunakan untuk hafal rumus or jawab soalan ryuutai(fluid),” tapi kita pendamkan, bimbang benar kalau-kalau kenyataan yang dikeluarkan dipulang balik dengan tazkirah keras.

Nah, 7 minit pun berkira! Baiklah, cuba bayangkan si jimat 7 minit ini ditarik oleh kawannya yang sangat beriman, Taqiyuddin namanya, turun ke surau bersama-sama. Anda rasa, apakah perasaan si jimat 7 minit ini? Adakah dia akan solat dengan kusyu’? Adakah ketika solat dia mampu untuk tidak berfikir tentang subjek-subjek yang dia masih belum khatam? Ya,dia tidak mampu. Pastinya ketika imam membaca surah Al-Imran, dia pula sibuk berfikir soalan-soalan latihan.

Si jimat 7 minit benar-benar  tertekan. Persoalannya, adakah kerana subjek yang banyak dia tertekan atau masa yang tidak cukup membuatkan dia tertekan?

“Aku tak kisah sangat kalau banyak subjek tapi masalahnya,mase xcukup nak study sume..Ye la,ade 7 kertas tapi takde study week..Kan best kalo dalam sehari ade 25 jam..At least seminggu sebelum xm tu aq da dapat study 7 jam. Emmm,kalau takley 25 jam,tambah 1 minit pun da ok, jadi 7 minit..Mase skang ni x cukup…”Keluh si jimat 7 minit.

Saya tidak salahkan si jimat 7 minit kerana belajar dekat-dekat dengan peperiksaan kerana itu tidak boleh dijadikan alasan bahawa orang yang belajar dari awal lagi pun tidak tertekan. Setakat yang saya jumpa, orang yang belajar di awal waktu dan orang yang belajar di akhir waktu, semuanya sama. Semuanya inginkan masa yang lebih untuk mengulang kaji pelajaran. Jadi, apakah yang menjadi penyebab pelajar tertekan apabila musim peperiksaan tiba?

Betul,jawapannya masa. Masa lah yang menyebabkan manusia tertekan. 24 jam yang ada seperti tidak cukup, 24 jam tersangatlah singkat. Jom kita cuba kira sama-sama apa yang mampu kita buat dalam 24 jam. Katakan kita tidur 5 jam sehari, kita mandi 10 minit 2 kali sehari, solat berjemaah 10 minit 5 kali sehari, makan 30 minit 2 kali sehari, ke university 9 jam dan perjalanan 1 jam. Apabila ditambah semua ini, jumlahnya 17 jam 10 minit dan selebihnya ialah 6 jam 50 minit. Jadi, dengan 6 jam 50 minit itulah kita boleh ulang kaji pelajaran dan bergembira. Tersangatlah suntuk.

Sebelum anda doa supaya Allah tambahkan masa dalam sehari menjadi 25 jam atau 24 jam 7 minit, cuba fikirkan kenyataan ini; Jika masa itu pemberian Allah, adakah Allah tidak tahu bahawa 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup buat kita? Bukankah Allah maha mengetahui? Bukankah pengetahuan Allah itu, kalau di analogikan dengan rambut manusia, Allah bukan sahaja tahu warna rambut manusia tetapi bilangannya dan jejari setiap rambut, bukankah pengetahuan Allah sampai ke situ malah lebih? Jadi, adakah Allah tidak tahu bahawa 24 jam memang tidak cukup buat kita?

“Bapak,teruk robot ni dowh.. Cam lori sampah aku tengok,”ngomel Haziq seorang diri dan dia tidak sedar bahawa Atoy, pembuat robot, ada di sebelahnya. Dalam kes ini, Haziq hanya kutuk robot tersebut tapi pada hakikatnya, dia juga sedang mengutuk pembuat robot tersebut iaitu Atoy. Jadi, pabila kita minta supaya masa ditambah 1 jam menjadi 25 jam, bukankah kita sedang kata, “masa 24 jam ni mane cukup..” Secara automatik, sedar atau tidak, kita sudah mengutuk Sang Pencipta masa. Seolah-olah Dia tidak tahu bahawa 24 jam itu tidak cukup buat kita.

Astaghfirullah hal ‘azim.. Ya Allah ampunkan daku kerana keceluparan mulut hamba Mu ini.

Wahai kawan, jika 24 jam sehari tidak cukup buat kita, pastinya Allah tidak akan berikannya kepada kita sejak nabi Adam diciptakan lagi. Tapi apabila Allah berikan itu kepada kita, maknanya itulah yang terbaik buat kita, 24 jam sehari adalah optimum buat kita. Cuma, kenapa keluar isu cukup atau tidak, bergantung kepada yang bercakap. Jika yang bercakap itu seorang yang hanya suka bercakap dan tidak berbuat apa-apa, pasti 24 jam tidak cukup buatnya tapi jika yang bercakap itu adalah seorang yang bersegera, 23 jam pun pasti cukup buatnya.

Wahai kawan, masa bukanlah angka tetapi sesuatu yang bergantung kepada cara pemikiran kita sendiri. Ada 2 orang sedang menonton filem V for Vendetta, seorang yang tidak sukakan politik kata cerita itu agak lama tapi seorang lagi yang sememangnya aktif dengan politik kata cerita itu sangat pendek, malah dia ingin pengarah cerita itu memanjangkan lagi plot cerita tersebut. Lagi, 2 orang pelajar, seorang suka akan matematik dan seorang bencikan pengiraan. Pensyarah matematik pun masuk kelas mengajar mereka selama 2 jam. Bagi yang minat matematik tidak terasa pun 2 jam berlalu tapi bagi mamat yang seorang lagi, fulamak, panjang betul masa matematik tadi.

Kita mampu memanjangkan atau memendekkan masa, semuanya bergantung kepada pemikiran kita. Fikirkan sesuatu yang menarik ketika ditayangkan filem-filem  yang membosankan, mesti masa berlalu tidak terasa. Ketika anda sedang menonton filem Avatar, panggung wayang teramatlah sejuk sehingga anda ingin membuang air kecil,tapi plot filem berada di klimaks, jadi anda tahan niat anda dan ketika itu, masa yang berlalu tersangatlah lama. “Bila nak habis cerita ni..”Monolog seorang penahan air kecil.

Dan ketika Encik Peperiksaan masuk ke dalam rumah anda, masuknya bukan dengan tangan kosong tapi berbekalkan buah-buah tekanan sebagai buah tangan bertandang ke rumah orang. Jika kita mengambilnya sebagai satu masalah, biar 100 jam pun diperuntukkan, pasti ianya tidak mencukupi. Untuk belajar 7 subjek, mustahil. Tapi kalau kita sambut buah tangan itu sebagai hadiah, dengan muka tersenyum, hati yang redha dan perancangan yang terperinci, biar kita ada peperiksaan 100 subjek sekalipun, yakinlah masa bukan lagi masalah kita.

Dalam ‘kepompong’ kacang, sentiasalah berfikiran positif walau dalam apa jua keadaan pun dan jangan sesekali mengeluh. Ingatlah, Rasulullah tidak pernah tertekan menyebarkan Islam walhal kalaulah manusia dibolehkan mengeluh, dialah orang yang paling layak untuk mengeluh. Dia tidak seperti nabi-nabi dan rasul lain yang punya beratus-ratus tahun untuk berdakwah dan itupun hanya untuk 1 kaum. Bayangkan perasaannya ketika menerima tugas seorang Rasul kepada  UMAT MANUSIA, bukan kaum arab sahaja, dan dia harus jayakan misi itu dalam beberapa puluh tahun sahaja. Akhirnya, disebabkan kehebatan mengurus MASA yang berpuluh tahun itu, kini Islam sudah tersebar serata dunia. Jadi tidak hairan jika anda tiada minggu untuk ulangkaji, anda tiada masa untuk membuat latihan, tiada waktu untuk menghafal, tapi anda masih mampu menempa nama di tempat anda sebagai pelajar terbaik kerana MASA bukan lagi halangan.

Advertisements

One thought on “Tips Menjadikan 25 Jam Sehari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s