Stokin Giant : bukan sekadar murah + cantik

Selesai satu program di Masjid Bandar Sunway, 3 orang sahabat bercadang singgah di Sunway Pyramid . Ada hal penting yang perlu diuruskan. Dengan memakai t-shirt labuh muslimah dan menggalas beg yang agak besar, 3 orang sahabat ni masuk ke dalam Sunway Pyramid  dengan yakinnya.

“Eh, kito ni macam pejuang Assobiah jah ni. Baju labuh, galas beg.” Kate Mut sambil ketawa walaupon perkataan pejuang Assobiah tu x penah wujud.

“ Ye ah. Haha. X po kito g kejap jah.” Sampuk Siti.

Maka berjalanlah 3 orang sahabat ni masuk Sunway. Seperti biasa, ada mata yang memandang pelik kepada 3 orang sahabat ni. Tak kurang juga yang berpaling sekali lagi apabila tengok mereka.

“ Pelik sangat ke pakaian aku ni?” monolog Ikin yang sememangnye suka bermonolog.

Seperti biasa, bila ade persoalan yang timbul dalam kepala, Ikin  akan cuba berfikir sampai puas hati.

Kroniknya zaman sekarang. Sehingga wanita yang pakai jubah dan tudung labuh dipandang pelik tapi yang pakai macam Britney Spears kat luar sana dipandang biasa-biasa. Ini tak boleh jadi!! Di mana kesedaran semua orang tentang Islam? Adakah mereka tidak beramal dengan al-Quran? Kan Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa’:31 yang bermaksud,

“Dan katakanlahkepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya ……………”

Tapi, terlalu sukar untuk kita memuaskan hati semua orang. Terlalu sukar untuk kita buat semua orang sedar tentang perkara ini. Siapalah saya untuk berbicara tentang sumua ini.. saya hanya berdoa semoga semua orang di beri hidayah oleh Allah untuk kembali sujud menyembahNya, kembali berpegang pada al-Quran.

saya tertarik menyentuh isu aurat. Tapi jangan salah faham, tidak bermakna saya adalah orang yang menutup aurat dengan sempurna. saya juga masih dalam proses membetulkan diri. Kita sama-sama perbaiki diri kita.

Selama 2 tahun lebih berada di JAD, saya memerhatikan apa yang berlaku dari hari ke hari. Semakin ramai yang punya kesedaran tentang Islam. Alhamdulillah, aku bersyukur  Ya Allah atas hidayah yang tidak putus-putus  yang Kau beri kepadaku dan rakan-rakanku, tidak kira melalui apa cara sekalipun. Bersyukur juga kerana Allah tempatkan saya dalam suasana begini saat saya remaja. Bukan senang untuk kita korbankan masa remaja kita untuk menghadiri program-program ilmiah. Tapi di JAD ini program ilmiah tak putus-putus malah kadang kala berbelah bagi nak menghadiri program yang mana satu.

Saya  seronok melihat perubahan rakan-rakan. Alhamdulillah, kebanyakkan mereka sedar untuk menutup aurat dengan baik. Kalu turun dengar kuliah Maghrib di surau Khamis malam, ramai yang pakai  T-shirt lengan panjang yang sedikit labuh dipadankan pula dengan seluar yang longgar membuatkan sejuk mata memandang.. tapi………..

Tapi apa?? Apa salahnya jika mereka tutup kaki mereka dengan stokin Giant yang berharga 99sen tu? Kenapa stoking Giant? kerana stoking Giant tu murah dan cantik dan ada banyak pilihan. Bukanlah niat untuk promote stokin Giant, tapi apa yang saya nak sampaikan ialah, KAKI JUGA ADALAH AURAT…

Seringkali saya melihat rakan-rakan yang pergi ke kelas dengan lengkap berbaju kurung. Dilihat dari atas, MasyaAllah…. Cukup sempurna aurat ditutup, tapi sekilas pandangan beralih ke bahagian kaki, seperti ada sedikit gangguan dalam hati.

“ Ruginya, pakaian die perfect tutup aurat, tapi dia x tutup kaki..kalu tak, da sempurna aurat die ditutup.” Hati berbicara. Saya tak kata saya sudah sempurna tapi saya gembira jika rakan saya tutup aurat dengan baik malah saya lebih gembira jika mereka menjadi lebih baik dari saya.

Persoalannya.. adakah dia tidak tahu bahawa kaki itu aurat? Ataupun dia sengaja mmengambil mudah pasal aurat? Kadang-kadang kita tidak boleh tuduh melulu kerana mungkin orang itu tidak tahu tentang sesetengah perkara. Jadi penyelesaian terbaik, saya karangkan article ini bukan sebagai teguran tetapi lebih kepada perkongsian.

“ Barangsiapa yang memberatkan auratnya, die boleh lihat wajah Allah ketika di padang Mahsyar nanti,” kata Dzulaikha dalam satu muzakarah.

“ Wah… bestnya…,” saya mencelah. Teringat kata-kata Pakcik Roslan ketika daurah suatu ketika dulu. Manusia bila berada dalam syurga , segala nikmat dirasakan cukup. Pastilah nikmat itu adalah nikmat terindah yang kita sendiri tak terbayang keindahannya. Tapi dalam Syurga Firdaus, ahli syurga ini boleh melihat wajah Allah, bila mereka lihat wajah Allah mereka terus terlupa akan nikmat-nikmat indah yang mereka dapat sebelum itu. Subhanallah. Semoga kita menjadi salah seorang ahli Syurga Firdaus.

Berbalik pada kisah tadi,apabila kita memberatkan aurat, kita boleh lihat wajah Allah ketika dipadang Mahsyar. Kita tiada hak nak kata Allah itu berwajah. Tapi cuma ingin berkongsi bahawa ia adalah satu nikmat yang sangat besar, indah dan mengatasi nikmat-nikmat lain.

“ Dzul, ape maksud memberatkan aurat?” saya bertanya ingin tahu.

“  Maksudnya, kita jaga betul-betul la. Bukan tutup sekadar tutup.”terang Dzul.

“ Contohnye, kalu pakai tudung biasa tu dah tutup aurat, kita pakai tudung labuh sikit. Mana la tahu kalau tudung kena angin ke,terselak. Kalau tudung labuh sikit, at least leh cover lagi.” Puteri Gunung Fuji mencelah.

Tidak bermaksud kita ‘wajib’ bertudung labuh. Apa yang nak dipakai itu terpulang pada diri kita sendiri asalkan ia menutup aurat. Tak semestinya pakai tudung Akel bidang 60 baru tutup aurat, Cuma bila kita melabuhkan tudung kita, aurat kita lebih terjaga.

Article ini bukanlah bertujuan membidas sesiapa. Cuma saya ingin kongsi kerana mungkin ada diantara kita yang tidak tahu, tidak sedar atau mungkin terlepas pandang isu aurat ini. Perkara aurat bukanlah satu perkara main-main kerana ia satu KEWAJIPAN kepada insan bergelar wanita. Selain dalam surah An-nisa, Allah ‘ingatkan’ lagi kita dalam surah Al-Ahzab:59 yang bermaksud;

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”

Apabila sudah ditetapkan sesuatu perkara itu WAJIB, kalau kita tak buat, kita akan berdosa dan bila kita berdosa, pastilah azab yang sangat pedih menanti kita ‘disana’ nanti. Nauzubillah.

Jadi, ape tunggu lagi? Apa yang kita nak buat supaya aurat kita terjaga? Pergi Giant beli stokin 99sen? Banyak pilihan untuk dipadankan dengan pakaian kita. Ataupun ada yang nak beli sarung kaki tebal?? Itu terpulang kepada kita. Yang penting aurat kita terjaga. Sama-sama kita beramal. Semoga article ini tak mengguris hati sesiapa. Seperti saya tekankan tadi, article ini bukanlah sebagai teguran semata-mata tetapi lebih kepada perkongsian. Wallahualam.

http://www.youtube.com/v/dIX5xzaSz5I&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

3 thoughts on “Stokin Giant : bukan sekadar murah + cantik

  1. w’salam
    kpd saudara Cerah Jeff
    terlebih dahulu mohon maaf kerana saya rasa
    saya x dapat jawab soalan saudara dengan terperinci
    cuma apa yang saya tahu
    fesyen itu mestilah seperti yang digariskan Islam
    dari segi longgar, tidak jarang dan tidak menarik perhatian
    tapi sekarang dilihat semakin banyak baju-baju muslimah
    yang fesyennya agak menarik perhatian
    biasanya sifat wanita
    sukakan barang-barang yang berwarna ceria dan cantik mata memandang
    tapi kadang-kadang ia boleh mengundang perhatian kaum lelaki
    pendapat peribadi saya
    Islam tidak pernah menggariskan fesyen yang khusus untuk muslimah
    bergantung kepada diri sendiri
    tanya hati, tanya iman
    supaya kita benar-benar yakin apa yang dipakai menutup aurat
    tapi ilmu manusia tidak sama
    ada yang banyak ilmunya tentang pemakaian menurut Islam
    ada yang sedang mencari ilmu tentang hal ini
    maaf ye
    saya sendiri sedang menambah ilmu tentang
    pemakaian yang dituntut Islam
    semoga jawapan ini membantu
    wallahualam

  2. Assalamualaikum sisters
    Saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman peribadi saya sendiri memeluk Islam dan apabila mulai berpenampilan dengan berusaha menepati syarak dari labuhnya hijab sehinggalah ke segi pergelangan tangan dan kaki, penampilan sebegini mulai dianggap aneh dan membuatkan kenalan Melayu saya menjauhkan diri dengan melabel saya sebagai ustazah. Mula mula rasa tersinggung kerana usaha dipandang serong, namun lama kelamaan apabila disulami istiqamah dan berserah kepada Allah dengan kesabaran pujuk diri lakukan semua demi Allah swt dan seandainya nyawa ini diambil ketika tidak mematuhi kewajipanku sebagai Muslim. Alhamdulillah semua ini terasa mudah, tidak terasa lagi betapa pentingnya fesyen jika dibandingkan betapa pentingnya menepati apa yang Allah kehendaki. Pada masa yang sama, jiwa diri juga didik agar tidak terkesan dan berusaha untuk membantu saudara Muslimat yang masih belum berpenampilan sedemikian, ujian buat hati diri khuatir dan minta dijauhkan daripada ujub tanpa sedar. Nilai, dan bimbinglah mereka dengan kasih sayang, dakwah dan islah terbaik adalah melalui akhlak dan penampilan diri sendiri. Changes doesnt happen overnight, di samping sentiasa mendoakan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s