Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

Sumber : Buku ‘Jangan Bersedih’ , Pengarang : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.

Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.

Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.

-Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab “Berbuat Baik” bab “Haram melakukan kezaliman”

-Hadis nombor : 2577

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s