Kadang-kadang kita lupa…

“Hari tu gee ade oyat, sesiapa yang tak memberi manfaat kepada dunia walau sedikit pun, dia adalah sisa dunia. Macam mane kalau taknak jadi sisa dunia?”

“hm, jadilah berguna kepada orang lain…”

“Set mung xpo la…ade adek2 usrah, ade azzariyat nak dakwah…kalu ore macam aku ni gano?”

“Huhu…mung wat la artikel ugop…hantar kt azzariyat..”

“xreti nak tulis…nak kecek depe ore pom xreti ugop…”

“Xpo2…mung ade aku…gapo2 mung tau oyat la ke aku…dakwah aku…xde la jadi sisa dunia…at least bermanfaat tuk aku kan..”

Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur kepadaNya. Dalam kesibukan bersiap sedia untuk peperiksaan akhir minggu hadapan, tekanan datang dari segenap penjuru kehidupan. Terasa seperti ingin lebih daripada 24jam sehari, ingin mempunyai 2 otak yang boleh bergerak serentak untuk mengulangkaji 2 subjek dalam masa yang sama dan pelbagai lagi kehendak-kehendak yang tidak munasabah. Saat ini, hanya belajar sahaja yang menjadi fokus dan keutamaan.

Antara 4 orang penulis azzariyat, saya rasa hanya diri saya sahaja yang tiada perkhidmatan internet di rumah, terpaksa turun ke bilik utiliti atau menebalkan muka meminjam broadband teman serumah. Dugaan yang sangat besar dan saya perlukan mujahadah yang tinggi untuk terus memberikan komitmen, menyampaikan sesuatu untuk renungan diri saya dan semua di sini. Akhirnya, saya hanya mampu berkata kepada diri saya,

“Benda sekecil ini pun nak berkira dengan Allah jugak ke? Rasulullah SAW dan para sahabat dulu lagi dahsyat dugaannya, dan mereka tetap sabar dalam menyebarkan Islam..”

Kita asyik bercakap tentang kesibukan menjadi seorang pelajar dan dalam masa yang sama menjadi dai’e membantu agama Allah, tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur kepadaNya kerana menempatkan kita di jalan ini. Saya sendiri secara jujurnya, terlupa untuk mengucapkan syukur kepadaNya yang memberi ruang untuk saya menyampaikan dakwah di azzariyat. Terlupa untuk bersyukur kerana Dia telah memberi keupayaan untuk menulis artikel. Terlupa untuk bersyukur apabila diberi peluang mudah menyampaikan dakwah melalui usrah. Tak perlu bersusah payah mencari mereka yang ingin mendengar saya berbicara tentang agamaNya, kerana telah tersedia platform khas untuk saya berbicara mengenainya.

Alhamdulillah…Allah sedarkan diri ini dengan pertanyaan seorang sahabat yang takut dirinya menjadi sisa dunia kerana tidak member manfaat kepada yang lain. Pertanyaan yang menyedarkan hati ini, dan menimbulkan pertanyaan buat diri sendiri.

“Aku ni berguna sangat ke kepada orang lain? Aku ni bukan sisa dunia ke?”

Persoalan yang hanya saya dan Allah sahaja yang punya jawapannya. Menghitung segala amal yang telah dilakukan, tolak yang dilakukan secara terpaksa, yang tak ikhlas dilakukan, yang bercampur dengan perasaan riak dan ujub…saya sendiri pun tak pasti berapa percent yang tinggal untuk di bawa berjumpaNya nanti. Cuma saya hanya berharap, dalam sedikit yang tinggal itu ada yang bermanfaat buat diri saya dan insan sekeliling. Yang mampu untuk mengundang rahmatNya membawa saya dan kamu semua ke syurgaNya..insyaAllah…

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa nak bersyukur apabila Dia bangunkan kita di tengah-tengah malam untuk bermunajat kepadaNya. Lupa untuk bersyukur bahawa sesungguhnya Dialah yang memberi kekuatan itu kepada kita. Kita berharap pada alarm untuk mengejutkan kita, tapi terlupa bahawa Dia jualah yang akan membunyikan alarm tersebut untuk mengejut kita. Dialah yang membolehkan kita untuk bangun awal setiap hari.

Kita lupa untuk menghargai setiap peluang yang di beri untuk kita beramal kepadaNya. Kita terbangun dan melihat jam pukul 3.30pagi. Lantas kita pun menyambung tidur kita. Padahal Allah teringin untuk dengar suara kita pagi itu, maka Dia gerakkan kita. Kita sia-siakan peluang yang diberiNya. Kadang-kadang kita marah sahabat-sahabat yang mengganggu tidur kita, sedangkan Allah yang menggerakkan hati sahabat untuk membangunkan kita. Kadang-kadang kita lupa nak hargai peluang yang ada…Terlupa nak hargai orang sekeliling kita…

Kadang-kadang kita lupa…

Dalam kesibukan dan kebuntuan untuk mencari masa menghabiskan ulangkaji dan report, kita lupa untuk bergantung harap dan memohon kekuatan daripadaNya. Saya sendiri menjadi kalut dan berserabut minggu ni. Ujian-ujian nihonggo yang menuntut banyak pembacaan dan penghafalan, kelas yang penuh tanpa revision week, sangat memberi tekanan. Saya pasti rakan-rakan lain juga begitu.

Kadang-kadang kita lupa, bahawa kita masih punya Allah untuk kita pohon segala yang kita inginkan, untuk kita sandarkan harapan agar segalanya berlalu dengan baik.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah talah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(At-Thalaq:2-3)

Yang penting, keyakinan kita padaNya. Keyakinan bahawa Allah tidak pernah mengecewakan hamba yang meminta kepadaNya. Pohonlah apa sahaja…

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa untuk melihat pelbagai nikmat yang telah dikurniakan kepada kita sehingga kita tertanya-tanya, kenapa aku tak jadi seperti dia? Kenapa tak pandai berhujah macam cerah? Kenapa tak comel macam beki? Kenapa tak pandai macam nurul? Kenapa tak tsuyoi macam hanis? Kenapa tak bersemangat macam akmal? Kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah telah memberi yang terbaik untuk kita. Terlupa yang Allah hanya ingin melihat sekeping hati yang sejahtera daripada kita semua. Bukan yang lain.

Terlupa yang setiap makhluk diciptakan dengan kelebihan yang tersendiri. Terlupa untuk menyemak kelebihan diri sendiri sehingga menginginkan kelebihan yang diberi kepada orang lain. Terlupa yang matlamat kita serupa, tapi jalan yang dibentangkan di hadapan kita berlainan. Bersesuaian dengan keupayaan kita untuk mencari redhaNya.

Terlupa untuk melihat sirah Rasulullah SAW. Ada sahabat yang bila bertanyakan rasulullah bagaimana cara untuk mendapatkan syurga? Untuk setiap mereka berlainan jawapan yang diberikan oleh baginda SAW. Ada yang perlu berbakti kepada ibu bapa, ada yang perlu berjihad di medan perang. Bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Kita juga begitu, lihatlah segala kebolehan yang ada pada diri dan bantulah agama Allah sedaya yang kita mampu. Tak perlu berharap untuk menjadi orang lain. Tetapi bersyukurlah dengan kelebihan yang ada dan selidikilah kelebihan yang diberikan kepada kita supaya dengannya kita mampu untuk menambah amal.

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa kepada pesanan ibu dan ayah yang suruh belajar dengan bersungguh-sungguh. Lupa yang kita sedang menikmati duit rakyat, duit titik peluh dan susah payah mereka yang diberikan kepada kita untuk membawa pembaharuan dan kebaikan buat mereka pada masa akan datang. Dan yang paling utama, kita terlupa yang belajar itu adalah alat untuk kita berdakwah. Bagaimanakah belajar itu dikatakan sebagai alat untuk mencapai matlamat berdakwah? Saya juga tak Nampak kesinambungannya sehinggalah apabila saya berjaya menerima anugerah dekan tahun lepas, seseorang datang bertemu dan berkata,

“Betul ke dengan pergi usrah ni hati kite akan jadi lagi tenang? Betul ke bila kite dekat dengan Allah, nanti mudah untuk menerima ilmu?”

Persoalan yang membuka luas pemikiran saya betapa pentingnya result yang baik itu terhadap dakwah yang ingin disampaikan. Dan kalau anda katakan diri anda seorang dai’e dan sasaran dakwah anda adalah pelajar JAD, maka anda harus menjadi orang yang paling baik dalam study. Yang paling bersungguh-sungguh sewaktu belajar, kerana itulah platform anda untuk mendekati pelajar lain dan menyampaikan Islam kepada mereka. Platform untuk membina hubungan sesama sempai dan kohai. Maka, sesibuk mana pun kita, berilah yang terbaik untuk study kita, kerana mungkin kita terlupa untuk melihat kesan yang lebih buruk pada masa akan datang. Kalau tak mampu untuk berfikir kesan buruknya terhadap dakwah kita, sekurang-kurangnya fikirkanlah kesannya terhadap diri dan keluarga kita.

Kadang-kadang saya lupa…

Lupa pada diri sendiri tatkala berpesan kepada orang lain. Lupa yang tangan ini sendiri yang menaip dan otak ini yang berfikir. Lupa yang telinga yang paling dekat adalah telinga sendiri. Lupa untuk berpesan pada diri sendiri agar sentiasa positive dalam kehidupan ini. Maka, tolonglah ingatkan saya kembali…yoroshiku onegaishimasu!!

http://www.youtube.com/v/UktE8OVxwGg&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

14 thoughts on “Kadang-kadang kita lupa…

  1. ak sgt kagum dgn seorang sahabat yg sungguh pandai mencari PAHALA..perkara yg die bwat x pernah terpk dan tergerak hati ak utk bwat spt ap yg sahabat ak itu lakukan..mmg menyedarkan ak bhw utk menambah amal bkn hanya duduk berteleku di sejadah siang dan malam tp byk cari lg perkara yg blh kte lakukn…terima kasih kpd sahabat itu krn tlh membuka mata ak..

    mmg terkadang kte lupe utk syukur dgn nikmat yg diberi olehNya..apa yg plg ditakuti adalah timbulnya riak di hati bila dpt sesuatu kejayaan..Ya Allah jagalah hati kami ini…

  2. saikin..diri ni byk alpa…artikel ni bagaikan satu pnampar kat hati aku..

  3. ya Allah,alpakah aku skrg??kerdilnya diri ini terasa d hadapanmu ya rabbi..
    “kena refresh blik hati aku ni, nk elakkan ia dr terus mati( diri alpa)”

    terima kasih sbb t0l0ng kejutkan saya dr mimpi indah y cuma mainan syaitan..harap x alpa dgn keindahan dunia y sementara~~

  4. erm..ad satu soklan.
    camne nak kenal pasti kelebihan diri??
    (nampak kelemahan jer yg banyak..huhu)

  5. erm..susahnye nak faham ayat sastera.
    ap kate buat satu artikel terang sal nih.
    rasenye ramai lagi yg masih x kenal diri sndiri..ye x?

  6. trim ksh sgt2 utk artikl ni..
    sy silent reader selama ni..
    sume artikel sy da bc..
    sy bsyukur Allah gerakkan hati sy..
    alhamdulillah

  7. wa,bolehla saudari nadiah buat satu artikel kesimpulan dan post kat sini,😀

  8. hehe..
    insyallah..
    utk pengetahuan saudari/saudara uwais..
    sy sllu copy artikel2 dkt sini ke bultin di frenster..
    sedikit sbyk mungkin sy dpt berdakwah utk kwn2 di frenster..
    insyalah..doa2kan lah yer..

  9. wah,teruskan usehe..anti boley wat sesuke ati asalkan sume orang dpt manfaatnye..there’s no copyrite in Islam,all belong to Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s