Review : Cukuplah Mati Sebagai Peringatan

Tatkala membelek-belek artikel-artikel lepas di laman ini, saya terjumpa satu kisah yang meruntun jiwa ini. Saya merasa terpanggil untuk mengingatkan kembali sahabat-sahabat akan ibrah yang kian sering kita lupakan ini. Semoga secebis kisah ini, mampu membuatkan jiwa kita kembali mengingati Allah dalam basah esak air mata :

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”

( Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi)

Hari ini hari kedua belas cuti. Dan saya telah berhadapan dengan 3 kematian. Hari sabtu(21 mac) kehilangan nenek saudara. Isnin(23 mac) kehilangan sahabat baik. Selasa(24 mac) kehilangan jiran. Hal ini mengingatkan diri ini bahawa saya juga sudah tidak lama di persinggahan ini. Dunia hanyalah satu persinggahan dan akhiratlah destinasinya. Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.

Ini jelas dalam al-Quran, maksudnya:

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)

Apabila melihat berita di dada akhbar mengenai kematian seorang yang terperangkap di rumah yang terbakar, saya terfikir, kalau saya berada ditempatnya, apa yang akan saya lakukan? Saya pun bertanya kepada roommate tersayang, macam mane nak tahu time tu dah ajal kite ke belum? Kalau jd mcm tu, sy perlu berzikir dan berdoa memohon ampunan Allah dan bersedia untuk menghadapNya atau kene lari selamatkan diri? Macam soalan yang agak bodoh, tapi hontou ni(betul2) tak tau nak buat apa kalau jadi macam tu.

Roommate saya tersenyum, mungkin terfikir merapu-rapu soalan budak ni. Jawabnya,

rezeki kita juga sudah ditetapkan Allah kan? Sama macam ajal jugak. Jadi, kalau ikut apa yang awak cakap tadi, maknanya kita tak payah la nak masak nasi dan suap ke mulut. Sebab kalau betul nasi tu rezeki kita, mesti akan termasak sendiri dan termasuk mulut sendiri. Betul tak? Hmmm, kita perlu ada usaha. Beras tu tak akan menjadi rezeki kita selagi kita tak masak dan suap ke mulut kita. Sama juga dalam situasi macam tu, kita perlu berusaha untuk menyelamatkan diri kerana nyawa itu adalah anugerah Allah yang perlu dipelihara. Kalau ikut cakap awk tu, kita kan tak tau ajal kita bila, jadi buat apa makan nasi? Kenapa minum? Kenapa hirup oksigen? Kalau dah ajal kita, mati jugak kan. Kalau belum ajal kita, kita tak makan dan minum seminggu pun boleh hidup lagi? Jadi, kita buat semua tu pun antara usaha kita untuk terus hidupkan.

O0oo..baru faham. Orang yang mati pun ingin dihidupkan semula agar dapat beramal. Jadi kita yang hidup ni lagilah patut memanfaatkan masa yang ada supaya tidak menyesal kemudian hari. Selama ini saya hanya membaca dan diberi peringatan agar sentiasa mengingati mati, tapi kali ini saya rasa ditarbiyah terus daripada Yang Esa agar sentiasa mengingati mati. Maut tidak mengenal usia. Kematian seorang sahabat yang seumur dengan kita benar-benar memberi impak kepada diri saya. Izinkan saya berkongsi sedikit cerita tentang pemergiannya, agar hati ini lebih tenang menerima kehilangannya buat selama-lamanya.

gambar_kubur_0

Suasana malam itu, saya rasakan kian hiba. Tatkala mengenang detik-detik separuh dekad hidup bersama membuat hati ini bertambah pilu. Ketika saya menjejakkan kaki ke rumah beliau, ternampak sekujur tubuh yang berbungkus kain kafan di atas katil. “Aku dah datang umah ko nak tgk ko amer.” Saya bermonolog sendirian. Mengharap dia mendengar konokokoro(hati ini) berbicara dengannya. Saat itu juga datang sekumpulan lelaki mengangkat jenazah masuk ke keranda untuk dibawa ke surau, untuk disolatkan. Memberi laluan kepada mereka saya melangkah keluar tanpa sempat melihat wajah arwah. Hanya bungkusan putih itu menjadi bukti bahawa dia telah pergi untuk selama-lamanya.

Sewaktu di liang lahad,

“abang, selamat tinggal bang… abang duduk elok-elok kat sini. Nanti abah datang pulak…”

“anak aku mati di laut… anak aku mati di laut.. abah redha bang… abah redha.. Allahuakbar”

Rintihan seorang bapa yang kehilangan anak sulungnya merobek kepiluan di hati. Tak tertahan lagi linangan di takuk bawah mata ini.

Ibunya kelihatan tenang, redha denga pemergian anaknya.

“Jumpe mayat tu pun makcik dah bersyukur. Kalau betul dia dah takde, biarlah ada jenazahnya, ada kuburnya.”

Perginya almarhum tiada yang dapat menggantikannya, kerana dia tetap tidak sama dengan insan lain dan insan lain, pasti tak akan sama dengan dia.

Kadangkala sukar untuk saya menerima kenyataan, namun semuanya sudah tersurat sedari azali. Mana mungkin mampu bagi saya, insan yang fakir daya ini menduga apa yang bakal berlaku. Semuanya secara tiba-tiba. Menurut keluarga terdekat almarhum, sewaktu usaha pencarian menemui jalan buntu, ayah beliau diminta untuk azan dan setelah 3 kali azan dilaungkan, dengan kuasa Allah, mayatnya timbul tidak jauh daripada kawasan tersebut. Subhanallah…

Azamir yang saya kenali memang seorang yang baik. Suaranya selalu kedengaran melaungkan azan di surau. Dan majlis-majlis keagamaan di sekolah biasanya akan didahului dengan tilawah Al-Quran daripada beliau. Kawan-kawannya ramai. Kepetahan dan keramahannya seringkali mencuit hati. Aahhh.. sukar sekali nak digambarkan, betapa teruntunnya jiwa ini. Sekelas dengannya selama 2 tahun membuatkan kami agak rapat. Kali terakhir bertemu sewaktu mengambil result SPM. Namun, setelah mengetahui tiada istilah sahabat baik antara lelaki dan perempuan bukan mahram, saya mula menjauhkan diri daripadanya. Sesungguhnya pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia. Dan redha Allah lah yang kita cari dalam hidup ini. Inilah kekuatan yang saya bina dalam diri. Ternyata Allah lebih menyayanginya. Dia pergi tanpa sempat saya mengucapkan kata-kata maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan. Dia pergi tanpa sempat saya melihat wajah terakhirnya. Yang pasti, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Buat insan penakut seperti diri ini, mungkin itu yang terbaik.

Sedih mengenangkan mayat almarhum yang terendam semalaman di dalam air, kemudian dibuat post mortem, kemudian dibawa pula menaiki kenderaan selama 7 jam perjalanan dari Besut ke Selama. Pasti tersiksa jenazahnya. Tapi, itulah yang tertulis dan pasti yang terbaik untuknya. Apa2 pun, saya bersyukur kerana beliau ditakdirkan untuk mati dalam keadaan yang baik kerana mati lemas merupakan salah satu daripada 10 kematian yang baik. Semoga Allah memberkati roh almarhum & mengampuni segala dosa-dosanya. Semoga kau aman disana, sahabatku. Al-fatihah…

Harian Metro Online

Segala yang berlaku benar-benar memberi pengajaran bermakna buat diri ini. Sesungguhnya, hanya cinta Ilahi yang kekal abadi. Saya juga dikejutkan dari mimpi yang lena, juga keindahan dunia. Mungkin inilah message dari Allah yang mengingatkan diri ini bahawa satu hari nanti saya pasti akan mati. Satu hari nanti diri ini akan mereput dan membusuk juga dalam tanah. Satu hari nanti diri ini akan disoal oleh munkar dan nakir. Satu hari nanti diri ini akan bertemu dengan Allah SWT. Satu hari amalan-amalanku akan dihitung. Bersediakah diri ini?

Jika engkau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika engkau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika engkau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika engkau cintakan Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

 

Advertisements

8 thoughts on “Review : Cukuplah Mati Sebagai Peringatan

  1. takziah..sedey tgk kawan sendiri pegi,boku mo mitayo,tamaranaku kanashikatta.
    Rasenye xseswai ngan mood post ni,tp ade bende aq nk kongsi,
    Memang benar oram ckp lg lame mayat ada atas muke bumi lagi seksa tapi tiada hujah yg tepat dan kukuh. Pecayelah,dosa,pahala,kegembiraan dan azab adalah milik Allah yang mutlak,kite as human xley berhak utk cakap die bakal diazab,die azab or ape2 kaitan dengannya.Terserahlah pada Allah,daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali,pasti!
    Al-Fatihah~

  2. tq sbb inform… ingatkan ape yang org ckp2 tu betul…sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui.. semoga kita semua berolah pengakhiran yang baik…

  3. saye pon pnah alami bende cmni.. kawan 1batch pergi dulu dr kite, sedey sangat..
    semoga roh2 mereka ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman..
    Al-Fatihah..

  4. salam,
    saye blum pernah lagi alami, kawan 1 batch meninggal dunia
    namun pernah kehilangan ayahanda tersayang
    sebagai manusia yang lemah
    x mungkin hati ini dapat terima kehilangan itu dgn redha
    namun,kuasa Allah mengatasi segalanya
    Alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah untuk terima
    sesungguhnya hanya dgn mengingati mati, boleh melupakan seketika ingatan kita pada dunia
    pada bende2 melalaikan
    Ya Allah, jika kami ditakdirkan untuk mati, matikanlah kami dalam golongan para shuhadah dalam perjuangan agamaMu, matikanlah kami dalam keadaan kami sedang taat padaMu, matikanlah kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu..amin..amin..amin

  5. apabila dimaklumkan seorang rakan ttg khilangan shbtnya yg lemas,sy sama2 mendoakan semoga dia cepat ditemui.pagi berikutnya,rakan memberitahu bahawa shbtnya yg lemas tu tlh ditemui tersangkut pd pukat nelayan.wlaupun tidak mengenali shbt kpd rakan sy yg mati lemas itu,entah kenapa air mata turut mengalir tatkala si rakan menceritakan ttg kebaikan dan sedikit latar belakang arwah..sungguh,teman yg baik sukar dicari,lebih sukar ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yang beriman..amin

  6. apabila Allah menyapa..
    mungkin itu tarbiyyah lembut dari Allah buat yang masih hidup dan masih mahu mendengar.

  7. @ salina,

    ….masih mahu mendengar….
    hmmm…
    sombongnya kita (manusia), selalu tak mahu mendengar kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s