Valentine's Day:No Panties, No Faith!

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

[source]

Siapa sangka remaja kita, Islam dan Waras, sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian. Valentine’s Day yang dirai oleh orang Kristian sempena mengingati pengorbanan paderi St.Valentino demi cinta bukan sahaja dirai oleh remaja Islam malah mereka  siap mengadakan upacara-upacara khas bagi memeriahkan hari kekasih ini. Dulu, mereka sekadar berpegangan tangan dan bersiar-siar di pusat membeli belah, suap-menyuap coklat dan memberi bunga ros merah tapi hari ini, mereka merancang untuk tidak memakai seluar dalam pada hari tersebut, apa maknanya?

Dalam sebuah bandar, ada sebuah mahligai yang terlampau indah. Pintunya daripada kristal, dindingnya dihiasi dengan lukisan-lukisan yang mahal-mahal, sofanya lembut-lembut, tvnya besar-besar, pendek kata, andai kata ada syurga di dunia maka itulah syurganya. Di dalamnya juga tersimpan seribu satu khazanah, sejuta dua harta, siapa yang mencurinya pasti jadi jutawan. Namun, bukan senang untuk mencurinya, di kawasan paling luar ada 10 orang pengawal keselamatan, setiap bucu rumah pula ada kamera yang memerhati, pantang ada pergerakan pelik, loceng keselamatan pula akan berbunyi. Khazanah itu selamat untuk beberapa tahun sehinggalah empunya kepada mahligai itu memberi cuti kepada pengawal keselamatannya, mematikan segala kamera yang ada di rumahnya dan menutup penggera keselamatan. Empunya rumah sesekali tidak berniat untuk membenarkan pecuri masuk, dia hanya suka-suka untuk buat semua itu, pada pendapat anda, adakah pencuri akan masuk ke dalam mahligainya atau tidak?

Percayalah bahawa pencuri akan mengambil kesempatan ini untuk memecah masuk ke dalam mahligainya dan mencuri segala harta yang ada di dalam rumahnya walaupun pada hakikatnya, tuan rumah tidak berniat lansung untuk memberi hartanya kepada pencuri. Apa yang dibuatnya hanyalah suka-suka, tiada maksud lain malah dia sendiri masih berjaga-jaga, bimbang benar hartanya dicuri tapi pasti,pencuri akan ambil kesempatan itu untuk mengambil segala harta miliknya.

“Kami bukan buat ape pon, just x pakai seluar dalam je..Bukan kami bogel pun…”

“Xsporting la..Orang nak freehair marah, orang xnak pakai sluar dalam pun xboleh..kolot la..kalo camni la Islam, sampai bile kite nak maju?Kite kene ikut arus zaman la..Sampai bile kite nak pakai tudung berat2 sampai nak gerak pun susah?”

Sporting tak sporting tapi tidak memakai seluar dalam sempena hari kekasih, jijik bunyinya. Kedengaran seolah-olah remaja perempuan yang bertindak sedemikian memanggil-manggil sambil berkata, “nikmati lah saya,nikmati lah saya.” Memang betul, dia tidak ingin kesucian yang ada padanya dirampas tapi tindakannya menghala ke arah itu. Anda ada RM100, cuba letakkan di tempat orang ramai lepak, pasti duit anda akan diambil orang walhal anda sesekali pun tidak pinta supaya duit anda diambil.Itulah analoginya.

Bukanlah hukum sambut Valentine’s Day yang ingin saya bincangkan dan bukan pula hukum bercouple tapi saya ingin tanya, dimanakah MALU anda jika anda buat sedemikian? Di mana malu yang selama ini menjadi kebanggaan orang Melayu? Di mana malu yang selama ini menjadi benteng kita daripada maksiat?Sahih kata nabi, “jika hilang malu, buatlah apa sahaja”.Kerana dalam sabdaan lain baginda bersabda bahawa “malu dan iman itu seiringan, hilang satu maka musnah lah yang satu lagi.”

Dalam satu lagi hadis lain, daripada al-Nawwas bin Sam’aan, Nabi telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Dikisahkan bahawa nabi Adam cemburu dengan kita,umat Islam. Salah satu daripada rintihannya berbunyi; Ya Allah, ketika aku mengkhianati Mu, Engkau lucutkan pakaianku  dan Engkau buang aku dari Syurga tapi Umat Muhammad, mereka mengkhianati Mu dengan melucutkan pakaian mereka tapi Engkau masih menerima mereka masuk ke syurga Mu.”

Tanya diri kita, muhasabah diri kita, adakah masih ada malu dalam diri kita atau tiada? Kalau tiada, maka kita tiada iman. Nau’zubillah.

http://www.youtube.com/v/RNg7AtVaFfg&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

2 thoughts on “Valentine's Day:No Panties, No Faith!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s