Better Late Than Never

Musim peperiksaan tiba lagi, secara automatik, ahli surau akan bertambah. Itulah fitrah musim peperiksaan, bukan di JAD sahaja malah di mana-mana Instituti pelajaran di dunia ini. Ketika musim peperiksaan, barulah mula cari sejadah, barulah mula bangun malam, barulah mula turun ke surau, semuanya semata-mata inginkan markah yang tinggi dan cemerlang. Perkataan-perkataan seperti Tawakkal, Redha, Man Jadda Wa Jadda, yang sebelum ini tidak pernah disebut malah tidak ingin didengari, mula bermain-main di bibir pelajar-pelajar JAD. Ya, apabila musibah mula melanda, bukan JAD sahaja tapi manusia umumnya, mula mencari Tuhan.

“Dekat xm baru nak solat, takyah la weeeii, tak berkesan pun..”

“Dekat xm baru nak pegi surau, sbelum ni solat pun tak pernah.Mebazir je dowh..”

“Ala,tyme susah baru nak sujud..Dia tak pandang ko la weh..”

Minta Dan Terus Minta

Saya setuju, lambat memang lambat tapi berkesa atau tidak, siapa tahu selain Dia? Siapa dapat jamin bahawa Solat Isya’ nya semalam diterima Allah? Siapa berani mengaku bahawa zikir-zikirnya selama ini diterima Allah? Bayangkan kalau seorang Abid(ahli Ibadah) yang solat seribu tahun pun masuk ke dalam syurga bukan kerana solatnya, bagaimana pula kita yang solat Subuh pun tidak di surau?

Seorang pelacur masuk ke dalam syurga disebabkan memberi minum kepada seekor anjing di dalam kehausan dan seorang ahli Ibadah dicampak ke dalam neraka kerana tidak memberi makan kepada seekor kucing. Saya kira ini merupakan 2 contoh yang terbaik bagi mengupas isu cari Tuhan ketika peperiksaan. Siapa sangka dengan hanya memberi minum kepada seekor anjing, binatang yang dianggap jijik oleh sesetengah orang, pelacur yang tidak beramal, itupun dimasukkan ke dalam Syurga dan seorang ahli Ibadah yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dicampakkan ke dalam neraka disebabkan hanya 1 perbuatannya sahaja. Dalam erti kata lain, kita tidak tahu bahawa Ibadah kita yang mana Allah terima. Solat Subuh berjemaah? Zikir pagi dan petang? Bacaan ayat suci al-quran? Kita tidak tahu.

Minggu depan kertas Lukisan Kejuruteraan, lalu kita pun sibuk mengulangkaji kertas tersebut. Semua rumus yang ada dihafal, kalau ada 100 rumus maka 100 rumuslah yang kita hafal. Semua soalan latihan kita jawab dan hafal, moga-moga apa yang dijawab keluar ketika kertas sebenar. Kita bangun pagi-pagi, tidak tidur malam untuk ulang kaji pelajaran walaupun kita tahu, bukan 1 buku yang ditanya ketika peperiksaan, hanya 8 soalan sahaja tapi kita berusaha keras untuknya, kerana apa?

Kerana kita tidak tahu bacaan yang mana terpilih, soalan mana yang akan keluar.

Jadi,siapa tahu usaha kita di akhir-akhir itu ditolak atau diterima oleh Allah?  Siapa berani cakap yang usaha di akhir-akhir dikira terlambat oleh Allah? Makbul atau tidak itu bukan hak kita, itu hak Allah secara mutlak. Dia bagi kita bersyukur, Dia tidak bagi, kita redha. Itu hak Dia dan kita pun ada hak iaitu hak untuk berusaha, jadi jangan tunggu lagi, cepat berusaha dan pintalah daripada Nya kerana tiada istilah terlambat dalam Islam kecuali pabila nyawa di halkum dan matahari terbit dari barat.

Selagi masih bernyawa, pintalah apa-apa sahaja daripada Allah dan yakinlah Dia akan perkenankan apa sahaja doa kita walaupun kita di saat-saat akhir. Berdoalah walaupun 10 minit lagi kita akan masuk ke dalam dewan peperiksaan, berdoalah walaupun 1 minit sahaja lagi kita akan menjawab kertas soalan dan berdoalah walaupun  sekejap sahaja lagi keputusan peperiksaan kita akan diumum. Percayalah, walau dengan 10 minit, 1 minit bahkan 1 saat sekali pun, Allah mampu lakukan keajaiban asalkan kita pinta dari Nya.

Doa Tidak Makbul

“Aku da usaha,aku da berdoa,solat hajat,qiam malam tapi tak dapat gak..”Keluh Haziq selepas menerima keputusan SPM.

“Ala,percayalah apa yang kau dapat tu adalah yang terbaik buat kau..”Pujuk Masri.

“Terbaik ko kata? 10 C lagi baik dari 10 A?Common la, budak umur 10 tahun pun tahu 10 A lagi baik dari 10 C.”Marah Haziq.

Apabila doa kita tidak dimakbulkan, adakah Allah tidak makbulkan doa kita atau Allah tangguhkan? Kalau Allah tangguhkan, persoalannya bila dan bagaimana? Kalau bab jodoh ada logiknya. Katakan saya sukakan si A,lalu saya berdoa kepada Allah, saya minta agar saya dijodohkan dengan si A tapi tiba-tiba si B muncul dan dia rampas si A daripada saya. Kemudian saya kahwin dengan si C. 10 tahun selepas itu, si A muncul kembali dan saya pun kahwin dengannya sebagai Isteri kedua. Logik!

Tapi,kalau dalam bab keputusan peperiksaan contohnya, bagaimana ditangguhkan? Mula-mula kita dapat 10 C dan apabila kita sudah berkerja, dah ada anak, baru kita dapat 10 A? Tidak logik dan tidak masuk akal.

Saya tahu, maksud 10 C itu lagi baik daripada 10 A ialah mungkin dengan 10 C itu rezeki kita dipermudahkan dan dengan 10 C itu kita akan sedar hakikat diri kita, kita tidak akan sombong tapi saya tidak ingin gunakan pendekatan ini.Cuba pilih pilihan kedua iaitu apabila kita tidak dapat sesuatu yang dipinta, bukan Allah tangguhkan tapi memang Allah tidak makbulkan doa kita.

Memang benar, dalam Al-Quran ada ayat menyatakan bahawa berdoalah pasti dimakbulkan tapi adakah kita benar-benar faham akan ayat ini? Adakah kita tahu apa itu berdoa yang sebenar? Berdoa ertinya meminta tapi doa tidak akan dianggap sebagai doa selagi orang yang berdoa tidak memenuhi syarat-syarat doa. Analoginya mudah, nasi boleh dimakan tapi adakah nasi basi atau nasi mentah boleh dimakan oleh seseorang yang normal? Sama keadaannya dengan doa, kita doa Allah makbul tapi andai doa kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa, adakah doa itu boleh dianggap sebagai doa?

Sebuah hadis yang mengisahkan seorang yang sesat di padang pasir, dia berdoa tapi Allah tolak doanya disebabkan makanannya daripada makanan yang haram, minumnya daripada minuman yang haram, pakaiannya haram dan hartanya haram.Maksudnya, memang ada keadaan Allah akan menolak permintaan kita iaitu ketika kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa.

Kesimpulannya, berdoalah kepada Allah ketika dekat dengan peperiksaan kerana tiada istilah lambat dalam Islam dan berdoalah dengan sebenar-benar doa.

3 thoughts on “Better Late Than Never

  1. setuju2
    doa dengan yakin
    Allah beri hambaNya pahala berdasarkan usaha
    bukan result
    jangan pernah mengeluh atas kepenatan hidup
    kerana itu kehidupan diciptakan
    ganbatte! yosh~

  2. Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
    yunus:12

    mudah-mudahan jadi pedoman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s