Dia Yang Bertuhankan Gajah

“Saya tidak percaya pada kewujudan Tuhan.” Steven mengungkapkan kata-kata ini kepada saya dalam satu sesi perbincangan kelas Bahasa Inggeris. Alahai, saya ini fakir ilmunya, cetek pengetahuan agamanya. Macam mana saya mahu menerangkan tentang kewujudan Tuhan kepada si atheist ini? Lalu, kenyataan Steven itu hanya mampu dibalas dengan satu pertanyaan ringkas. “Eh, kenapa kamu tidak percaya kepada Tuhan?” Membulat mata Steven apabila mendengar pertanyaan saya. “OK. Kamu mahu tahu satu rahsia? Mari saya beritahu kamu satu rahsia.” Siapa yang dapat menahan diri untuk mengetahui sesuatu rahsia? Dan saya menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar rahsia daripada Steven. “Dalam orbit yang mengelilingi bumi ini, ada gajah yang besar.”


Saya terasa pelik dengan cerita Steven ini. “Eh, gajah ke? Bukan asteroid?” Steven terus membidas pertanyaan ini dan meneruskan ceritanya. “Tidak. Bukan asteroid, tetapi gajah. Gajah ini besar, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Saya percaya dan saya tahu yang gajah ini memang ada dalam orbit kita. Cerita ini memang cerita benar. Adakah kamu tahu bagaimana saya tahu tentang gajah ini?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu. Steven menyambung ceritanya. “Saya tahu tentang kewujudan gajah ini daripada satu buku yang boleh dipercayai. Kamu tahu kenapa buku ini boleh dipercayai?” Saya menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu. Steven menyambung ceritanya. “Buku ini memang boleh dipercayai kerana orang yang menulis buku ini pun adalah orang yang boleh dipercayai. Dia sendiri mendakwa yang dia adalah orang yang benar dan dia tidak pernah berbohong. Oleh sebab itulah saya percaya pada penulisnya, saya percaya kepada bukunya dan saya percaya bahawa gajah yang besar itu betul-betul ada dalam orbit kita. Dan kamu juga perlu percaya pada kewujudan gajah ini. Kamu memang tidak dapat melihat gajah itu, tetapi kamu perlu merasai kewujudan gajah tersebut.” Saya segera menafikan cerita Steven. “Eh, mana ada gajah macam itu dalam orbit kita.” Steven pun terus membalas. “Ha, macam itulah tentang kewujudan Tuhan. Ada orang mendakwa dirinya utusan Tuhan dan dia ada sebuah kitab. Kitab itulah yang bercerita tentang kewujudan Tuhan. Sama sahaja dengan cerita saya tadi. Kalau kamu tidak percaya kepada gajah yang saya ceritakan tadi, macam mana pula saya mahu percaya kepada kewujudan Tuhan.”

Aduh. Pandai betul Steven mengolah ceritanya, dan saya sudah terkena. Kalau saya menafikan kewujudan gajah yang dia ceritakan, samalah juga dengan saya menafikan kewujudan Tuhan.

[Source:Hairul.Net]

Artikel ini diambil dari blog seorang senior JAD yang sedang belajar di Jepun. Perbualan ini antara dia dan juga kawannya Steven, perbualan dasar yang bermain dengan aqidah iaitu pengiktirafan Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai Rasul dan Al-Quran sebagai kitab suci. Dan baru-baru ini, Azzariyat juga dipersoalkan dengan perkara sama melalui Shoutbox Azzariyat.

XXX:Bagaimana anda yakin bahawa Muhammad itu seorang Rasul walhal anda tidak pernah bertemu dengannya?

Euforia:Sepertimana kami meyakini anda adalah seorang manusia.

XXX:Kalau begitu, andaikata saya yakin Hitler itu juga seorang yang benar, maka Hitler juga seorang nabi?

Selebihnya saya lupa tapi kalau tidak silap saya, ini adalah soalan terakhir beliau sebelum saya buang semua shout yang ada di situ. Sebelum kita bincang jawapan bagi persoalan-persoalan ini, saya menyeru kepada semua rakan-rakan yang sedang membaca supaya mula perbanyakkan bahan bacaan dan mula berfikir secara kritis dan inovatif. Dunia moden hari ini menuntut kita menjadi pendakwah yang bukan sahaja alim atau tahu dengan ilmu-ilmu agama tetapi pendakwah yang mampu berkomunikasi dan berfikir dengan baik.

Blog membuka satu medan baru bagi pencari-pencari kebenaran, mereka boleh ke sana sini untuk mencari kebenaran. Tapi blog juga sering disalah guna oleh sesetengah pihak dengan menimbulkan kontroversi-kontroversi dan provokasi-provokasi keagamaan dengan pelbagai tujuan. Ada politik dan ada demi AGAMA! Jadi tidak hairan kalau suatu hari nanti, ketika anda punya blog sendiri, anda akan dipersoalkan dengan bermacam aneka soalan yang berkaitan dengan aqidah. Memang betul cabang ilmu itu ada 3 semuanya; Al-Quran, Al-Hadis dan berkata saya tidak tahu. Tapi, adakah kita ingin membutakan mata tatkala peluang berdakwah kepada orang kafir datang bergolek?

Seorang kawan bertanya kepada Teaching Assistant yang datang dari Jepun, apakah pendapat anda tentang Islam?

Lalu dia menjawab, “agak kasihan..”

Kawan bertanya lagi, “kenapa?”

Jawab Si Jepun, “ye la, minum arak takley, makan babi takley, wat tu takley..kesian la..”

Terkedu kawan mendengarnya.Tapi dia tidak berputus asa dan dia menjawab, “tak,anda tak perlu kesian dengan umat Islam. Islam bukan sekadar agama tetapi Islam adalah cara hidup. Jadi,islam membawa umatnya ke arah satu cara hidup yang baik. Andaikata cara hidup itu tidak baik, maka islam melarangnya contohnya meminum arak,arak itu memabukkan jadi Islam melarangnya.”

Bernas jawapannya tapi kalau anda jadi Si Jepun, adakah anda tidak akan terfikir bahawa kalau arak itu memabukkan dan memburukkan, tapi orang Malaysia mati lagi awal dari orang Jepun. Maksudnya, kesihatan orang Malaysia yang berpandukan Islam lagi teruk daripada orang Jepun yang tidak beragama.Bayangkan kalau si Jepun tadi persoalkan benda ini, apakah jawapan anda.

Berbalik kepada cerita James, dia percaya bahawa adanya gajah yang berputar-putar di luar bumi disebabkan dia percaya buku yang dibaca yang mana buku itu dikarang oleh seorang yang boleh percaya. Memang sama dengan kita, kita percaya kepada Allah kerana dalam kitab Nya yang disampaikan oleh Rasulnya bahawa Allah itu wujud, kita percaya kitab tersebut kerana Rasulnya adalah seorang Al-Amin.Sama memang HAMPIR sama,tapi ADA BEZANYA.

Dialog di bawah adalah rekaan semata-mata;

“Buktikan kepada bahawa kitab itu benar dan tiada salah, tunjukkan teori-teori yang membenarkan adanya gajah berputar-putar di angkasa seperti yang anda dakwa.Kalau benar apa tertulis di dalam buku itu,saya percaya bahawa adanya gajah di laur bumi ini.” Soal saya.

“Jadi, buktikan bahawa buku anda benar,buktikan kepada saya apa-apa yang di dalam buku itu benar, tunjukkan kepada saya bahawa segala yang tercatat di dalam buku itu adalah benar,” Soal James balik.

“Baiklah,jika apa yang saya tunjuk benar adakah anda akan percaya bahawa buku saya adalah buku yang benar?”

“Saya pertimbangkan,”Balas James.

“Jadi,kalau awak membenarkan kitab saya,maknanya awak membenarkan rasul saya dan awak juga membenarkan Tuhan saya sebagai Tuhan yang benar,Jelas?”Tanya saya lagi.

“Em…”

“Soalan saya,bilakah manusia mula menjumpai Embrio atau dalam erti kata lain, bilakah manusia mula mendalami ilmu embryology?”

“Em,sekitar abad ke 18,mungkin..”

“Tahukah anda bahawa Al-Quran sempurna dan ditulis semula pada tahun berapa?”

“Maaf,tidak.Saya tidak tahu.”

“Al-Quran sudah siap ditulis 1400 tahun terdahulu,”

“Jadi,apa kaitannya?”

“Kaitannya, di dalam al-quran, ilmu embryology diceritakan secara sempurna,contohnya dalam surah Mukminun. Kalau anda tidak percaya, sila baca sendiri dalam Quran ini,nah,”Sambil menghulurkan Al-Quran yang diterjemah ke dalam English.

“Anda percaya atau tidak, terpulang kepada anda tetapi saya telah buktikan bahawa buku saya adalah buku yang benar. Sekarang tiba giliran anda untuk membuktikan bahawa adanya gajah yang sedang mengelilingi orbit kita.Saya tidak sabar untuk mengetahuinya. Oh ya, di dalam buku saya pun ada dinyatakan tentang gajah cuma tidak pula dinyatakan bahawa gajah itu terbang mengelilingi orbit bumi,”Sambil tersenyum.

_______________________

EuPoria: Sepertimana saya yakin bahawa anda adalah manusia kerana anda mampu membalas komen saya di sini.

XXX:Jadi,jika saya yakin bahawa Hitler adalah seorang yang benar,saya boleh mengakui Hitler itu sebagai seorang nabi?

EuPoria:Silakan jika anda ada bukti bahawa Hitler adalah seorang yang benar.

XXX:Jadi anda yakin bahawa Muhammad adalah seorang yang benar?

EuPoria:Ya, saya yakin kerana saya ada bukti.

XXX:Setakat diakui manusia lain bahawa dia adalah seorang yang benar,jadi anda yakin dia juga seorang yang benar?

EuPoria:Tidak,Saya yakin baginda adalah seorang yang benar disebabkan bukti-bukti yang ada bukan daripada kata-kata yang keluar dari mulut orang lain.

XXX:Bukti yang ada?Walaupun anda tidak pernah berjumpa dengannya?

EuPoria:Kalaulah sebelum seorang kaya meninggal dunia, dia panggil anda dan berikan anda satu peta harta karun. Kemudian pabila dia meninggal, anda pun pergi mencari harta karun dan anda berjumpa dengan harta karun tersebut, apakah orang kaya itu seorang yang benar?

XXX:Benar,dia seorang yang benar.

EuPoria:Sama juga keadaannya dengan Rasulullah, dia tinggalkan kita semua sebuah kitab yang mana di dalam kitab itu semunya benar belaka.Jadi baginda juga adalah seorang yang benar.

XXX:Buktinya?

EuPoria:Tahu tentang SuperNova?

XXX:Letupan bintang?

EuPoria:Bila manusia mula mengkajinya?

XXX:Abad 19

EuPoria:Fenomena Supernova telah diterangkan di dalam Quran yang mana ketika itu belum ada lagi taleskop di atas muka bumi ini. Cuba check surah Ar-Rahman.Bagaimana bentuk bintang ketika meletup dinyatakan bagaikan bunga ros di angkasa.

_________________

Saya bukanlah seorang penghujah yang hebat, idea-idea yang ada tersangatlah terhad. Jadi,jika anda ingin berkongsi pendapat, saya menerima dengan hati yang terbuka.

Advertisements

6 thoughts on “Dia Yang Bertuhankan Gajah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s