Bagai di pintu maut

Beberapa hari yang lalu, aku dilanda demam yang agak teruk selama dua hari. Biasanya sebelum demam aku mesti sakit kepala atau selsema. Tapi kali ni, aku demam tiba-tiba. Kisah bemula apabila aku dan tiga orang kawan sepakat ‘menyerang’ Sogo dan Masjid India sebab dengar cerita, Sogo tengah ‘sale maut’. Pada hari tu, awal-awal pagi lagi kami berkumpul di kedai nasi lemak di bawah. ” Makan dulu wei, isi perut. Nak jalan jauh ni,”  seloroh Nur ( bukan nama sebenar). ” Betol.. Betol.. Kak, nasi lemak satu, letak telur goreng ye, kak,” aku cepat-cepat order. Tapi aku makan tak habis. Mungkin sebab ‘excited’ nak pergi shopping. Masa tu aku rasa sihat je. Sepanjang perjalanan ke Sogo, aku asyik menyakat kawan aku, kawan aku ni unik sikit. Die ade satu cara gelak yang menarik. Sepanjang pejalanan, aku asyik ikut je cara die gelak. Kesian kawan aku tu. Tapi kata orang, suka membawa duka. Sampai je kat Sogo aku mula rasa pening. Masa tu baru nak tengok baju. Aku tahan, aku terus jalan-jalan dengan kawan-kawan aku. Lepas setengah jam berjalan, aku dah tak tahan. ” Kah(bukan nama sebenar) teman sayo naik food court jap. Tok tahan ni. Raso nok pengsan. Badan pun ketar-ketar ni,” aku berkata dalam nada lesu. Kah yang sedang lapar masa tu, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, terus setuju dengan ajakan aku. ” Jom kita naik food court. Kite gi cari panadol. Telan panadol ok sket kot,” Kah memberi idea bernas. Sakit kepalaku hilang sekejap lepas makan panadol tapi bila sampai di rumah, kepala aku sakit balik. ………………………………………………………………………………………………

Namun kawan-kawan, bukan kisah Sogo dan demam yang aku nak kongsi disini. Aku nak kongsi apa yang aku dapat dari demam itu sendiri. Mungkin sikit je ilmu yang dapat dikongsi. Tapi kata orang, sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Demam aku kali ni lain dari biasa. Kepala aku tersangat sakit. Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu. Satu saja perkara yang aku ingat masa tu iaitu MATI. Aku kuatkan hati, aku berdoa dalam hati. “Ya Allah jika aku ditakdirkan untuk mati, matikanlah aku dalam golongan para shuhadah dalam perjuangan agamaMu. Matikanlah aku dalam keadaan aku sedang taat kepadaMu. Matikanlah aku dalam keadaan aku sedang beriman kepadaMu Ya Allah”. Ketika itu, aku sangat takut, manalah tahu ditakdirkan aku mati waktu itu. Sedih memikirkan masih banyak dosa dengan manusia, amalan yang terlalu sedikit nak dibawa bertemu Pencipta. Badan aku tak boleh banyak bergerak. Masa solat, aku tak boleh berdiri lama, ruku’ lama. Namun aku cuba gagahkan diri, selagi terdaya. Alhamdulillah, lepas dua hari aku lalui saat-saat yang sangat menyakitkan, aku beransur pulih. Aku berfikir, kenapa aku kena demam tiba-tiba? Kenapa demam kali ni lain dari biasa sehingga susah aku nak bergerak? Lama aku ambil masa nak fikir benda ni. Aku tahu ini adalah ujian dari Allah yang mana Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu. Tiba-tiba aku teringat laptop aku yang tak bersentuh sejak dua hari aku sakit. Habis je ‘final exam’, laptop tu sangat berguna buat aku. Aku tak lepaskan peluang tengok cerita Anak Betong dekat TV3 online. Tak cukup dengan itu, aku siap ‘promote’ pada kawan-kawan untuk tengok cerita tu. Ya Allah, jahilnya aku. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan rakan-rakan atas kelalaian kami. Sesungguhnya aku yakin dengan keampunan dan keluasan rahmat Allah s.w.t. sepertimana Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali- ‘Imran ayat 135-136:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.”

Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Subhanallah, begitu luas keampunan dan rahmat Allah s.w.t kepada hambaNya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t. Jadi kawan-kawan, buat ibadat selagi badan masih kuat, selagi diberi kemampuan untuk berdiri, ruku’, sujud, selagi diberi kelancaran membaca ayat-ayat suci al-Quran. Tsumari, ingatlah Allah masa senang dan susah. Ingat kawan-kawan, mati menjengah tak kenal usia dan pangkat, jika Allah menjemput kita bertemuNya saat ini, siapa yang yakin bahawa amalannya sudah cukup untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah? Semoga kita sama-sama diberi hidayah oleh Allah s.w.t.

cerita diatas cerita setahun lalu. kini perkara yang sama berulang lagi. 5 hari sebelum peperiksaan, saya dilanda satu penyakit yang jarang menyerang saya. sakit mata dan ia melarat menjadi demam dan selsema. kali ini dugaan seperti lebih berat dimana kami tidak punya study week. selesai kelas terakhir, kami melalui hari Sabtu dan Ahad. hari Isnin peperiksaan bermula. bila tiba badan saya seram sejuk, saya tidak boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran lagi. saya rasa dugaan ini berat tapi saya tak mampu mempertikaikan dugaan ini kerana saya lebih yakin Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri hamba yang kerdil ini.

masa seakan-akan pantas mengejar sehingga diri ini tak boleh fikir lagi bagaimana nak susun jadual belajar lagi. sehingga saya menjadi terlalu berserah.

” kalau sakit tak baik lagi, macam mana nak belajar?” saya tanya teman semeja saya

” xpe la Mut. jangan paksa diri sangat. nak buat macam mana.” nasihat teman semeja saya.

maka sekarang saya menjadi benar-benar berserah. belajar mana yang mampu. pohon keberkatan dari Allah agar dipermudahkan segalanya.  susah sungguh untuk kite terima dengan terbuka segala dugaan yang menimpa kita.

kita menangis saat berdoa mohon Allah permudahkan urusan kita, tapi kita tak pernah yakin Allah membantu kita sebaliknya kita sentiasa bimbang dengan perjalanan hidup seharian kita.

kita menangis saat berdoa semoga Allah beri kekuatan menghadapi dugaan tapi dalam masa yang sama kita yang sering merungut seolah-olah Allah itu tidak adil.

hanya sebagai satu renungan. yakin ketika berdoa kerana Allah sentiasa seperti apa yang kita sangkakan. masa milik Allah. Ilmu juga milik Allah.  ada orang berjam-jam buku ditilik tapi masih tak dapat paham. ada juga orang yang baca 5 minit dah boleh masuk. itu tanda segalanya milik Allah.hanya Allah yang berhak menganugerahkannya kepada hambaNya. jangan putus berdoa. doa senjata mukmin. sekadar satu perkongsian. Wallahualam.

http://www.youtube.com/v/6PpkJD3WkhQ&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

24 thoughts on “Bagai di pintu maut

  1. ceritamU mengingAtkanku ttG raHmat AllaH y tiada tandingnya..sem0ga Allah sentiaSa mrahmati & mberkati kitA dLm apa juA y kiTa lakukaN..aMin

  2. cerita ini mengajar kita bahawa kadang2 kita sering alpa dgn arus dunia sehingga kita ketepikan tanggungjawab kita kepada-NYA..kita lalai dgn fitrah kita yg sebenrnya sbgi hmbaNYA..apabila ditimpa bencana ataupun kesakitan kita akan kembali mengenang dan merenung diri..sememangnya itu fitrah manusia yakni akan kembali kepada Pencipta nya apabila bertemu kesusahan atau berada di persimpangan jalan..seharusnya kita sebagai hambaNYA hendaklah sentiasa bersyukur dgn segala ujianNYA kerana sesungguhnya disebalik ujian itu tersembunyi beribu rahmat yg mgkin tak kita nmpk..itu juga tndanya ALLAH msih sygkn kita kerana tak mahu kita terus dilalaikan sedangkan ramai diluar sana yg dibiarkan lalai..jdi bersyukurlah…

    …cm kisah kawan saya la citer ni…huhuhu

  3. huhuhu…
    lately sering berhadapan dgn org2 yg sakit demam terketar2, hampir2 nak kena jangkit time exam naseb baik x jadi (Alhamdulillah)…..
    bile tgk (melawat) org2 sakit tu, teringat mak aku…..
    macam2 die kena wat kalau ak sakit, even bnyk kerja rumah die nak kena wat (nak masak n so on), kena melayan ak lak… biase la org sakit ni ngade die lebih2 sikit (no offense kepada sesape ye…), makan tu pahit, makan ni tawar, nak suruh picit la ape la, kalau tuam kepala dengan ais mengadu sejuk, kalau x tuam mengadu panas pulak….
    kesian mak aku time aku sakit…
    tp itulah ibrah yg ak dapat drpd kawan2 aku yg sakit ni, bahawa kasih ibu tidak bertepi, dia memberi tanpa mengharap dibalasi… berkat limpahan rahmat Allah dari sifatnya yg maha memberi (ade 5 ciri kat bawah ni ak tulis) yang dipinjamkan sedikit dari sifatnya kepada ibu kita…

    Allah maha memberi (al-Wahhab):
    1. memberi tanpa mengharap dibalas
    2. memberi tanpa diminta
    3. memberi secara berterusan
    4. memberi sesuatu yang berharga
    5. memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan….

  4. cerita psl sakit ni cm best je….nk share pglmn la c ket…ak ade srg roommate ni yg sgt baik…minta je ape sje insyaallah dia tlg…1 day ak rse seram sjk je…tp die ni kn caring…die tnye demam ke..ak jwb tk..ngtuk je..mmg la ak ni penipu bsr …hehe..tp ak mmg demam teruk..x igt pe..confuse dh brpe lame ak “mati”..ak demam dlm smggu lbh krg…die slalu tnye ok ke…ak jwb ok..kn aku ni penipu..pg b4 bwt blip test die tnye blh tk bwt blip test ak ckp x bwt kot..tp ptgnye aku bwt..die mrh..sbb kn die caring..stu lg penipuan ak bwt..jht kn ak..ditkdrkn 1 day…ak pensan..kwn2 aku ade 3 org yg tlg angkt ak..yg aku thu sorg ni ngis sbb ingt ak dh mati kot..hehe..trm ksh la sbb tlg ak..x dpt nk bls jasa krg semua..ade stu lg kwn aku ni tlg drive hntr ak ke hsptl…..siap gaduh dgn pk guard lg..smpai skg ak tk ucp trm ksh lg kt die..kalu bce …trm ksh byk2 sbb tlg ak..kt hosptl lak…ramai dtg mlwt paksa minum 100 plus…trm ksh kt semua..kt hsptl pg rse borg tgh hri happy la sbb korg dtg bwt bsg kt wad tu….kesian pskt lain…haha…tp lps korg blk je ak mmg sedih…trm ksh gak kt kouhai ak yg sggp tidur kt kerusi je sbb nk jge ak kt hsptl..warden2 yg tlg ak..trm ksh..roommate ak yg caring ak tk brniat nk tipu…cuma x nk die risau…maaf ye..lps je keluar hospital..ak rse cm khusyuk c kit dlm solat ke baca quran ke..sbb rse cm syukur x mati lg…tp lame2 prsan tu hlg..sbb sft manusia mmg pelupa..lupa nikmat Allah yg msh bg aku peluang utk taip comment ni…jht kn ak..parents ak km slm n ucp byk2 trm ksh kt semua yg byk tlg ak..n skali lg ak ucp trm ksh kt semua kwn2 ak..ak x mmpu bls jasa krg semua..moga Allah mmbls jasa korg semua..kpd yg sakit byk2kn brsabar…

  5. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lg Maha Mengasihani…
    ak pon pernah gak rse sakit mcm tu…
    Alhamdulillah Allah s.w.t masih lg memberi peluang utk ak memperbaiki kelemahan dr…
    same2 lah kte menghargai peluang y masih ad…

  6. ye2..mse kte sakit br kte tau sape kawan ms susah sape kwn ms senang je..ms senang cr la kte,cte mslh.sbuk byk mane pn,sukudai x siap pn,da nk kua g bli brg kt giant pn,mate da ngantuk pn,snggup abis masa dmi kawan tp masa susah,tny khabar kte pn x.tp tu la manusia..alhamdulillah hidup ni da dipenuhi dgn kawan2 yg penyayang,byk hiburkan ati.tima kasih sgt2.semoga hari2 mendatang hidup ni akan lebih ceria dibawah rahmat Tuhan Yang Esa.amin..

  7. tersentuh dgn kata2 cik biskut marie.. pandai biskut marie berkata2..pasni bleh guna nk wat kek batik..sebenarnya kita berkawan biarlah ikhlas..baru la semua perkara kita buat btOl2 lahir dari hati… sesunGguhnye Rasulullah s.a.w menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan Allah s.w.t, maka dia akan mengecapi kemanisan iman..

  8. ye cik semut merah..anda adalah salah seorg kawan yg menceriakan hidup sy ^^ tima kasih

  9. biskut marie dalam ketakutan sbb bimbang identitinya didedahkan..hahaha
    kakda…x baik ngenat ore!

  10. semut merah pula xtakuT ke identiti terdeDah kerNa saRangmu kn sama dgn ‘saya’ n biskut marie d sem baru y akan dtg??..suwitnYer budak2 sarang semut merah akan dtg nie..berbalas2 komen d sini..bagus2..ukhuwah tjalin lbih erat d cni..

  11. cik nur,cik sarang,cik saya..kamu semua ni kawan2 saye yg baik.sy x kn bertindak kasar kalo identiti sy dibuka hehe.cik nur,slamat bepindah ke blok baruu~

  12. wah..berbisa sungguh ayat terakhir cik marie.. mungkinkah identiti cik nur akan terbOngkar..sabar cik nur..identitimu bagai telur di hujung tanduk…kepada cik nur..selamat datang ke blok B!!setahun di bLok A telah byk mengubah anda…semOga bahagIa serumah dGn cik KonokokoRo..kah3

  13. eehh??
    bt0l ke kukn btuKar bl0k..kam0 semu0 tsilAp 0rg niE..
    semUt merAh + biSkut mariE + ix0ra = g0l0ngAn kamciNg ke s0g0

  14. kadang2 terfikir, layakkah kite minta drpd Allah..mane xnye, Dia bg nyawe kpd kte tanpe kite minta n Dia x suh kte bayar pun.. tp skang, kte ngan slambenye mintaq itu mintaq ini n bile x dpt, kte xredha dengan Nya..xkah mlampau kte ni? so,blajalah untuk bersyukur dgn ape yg kte ade..blajarlah redha dengan ujian Nya krn stiap ujian, ada kelebihannya cuma kte xnampak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s