Ada diari??Jom simpan satu…

Selama ini, amalan menulis diari saya anggap remeh. Menyusahkan diri. Nanti orang lain terbaca, tak ke malu. Tapi bila lihat dari sudut lain, saya lihat ia cukup menarik sebagai terapi diri.

Terapi yang bagaimana?Terapi untuk mendapatkan ketenangan hati. Hontou ni?

Sedarkah anda, yang diari itu walaupun kita jaga cukup rapi supaya tidak dilihat atau dibaca orang lain, tapi masih ada yang melihatnya. Masih ada yang mengetahui segala yang terkandung di dalamnya. Pastinya Dialah Allah Yang Maha Mengetahui. Ketahuilah, menulis diari bukan untuk diri sendiri, tapi tulislah luahan hati dan perasaan anda untuk tatapan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mendengar. Pohonlah padaNya yang terbaik buat diri kita kerana hanya Dia Yang Berkuasa atas segala sesuatu. Merintihlah, menangislah, mengadulah padaNya, kerana Dia sentiasa di sisi kita setiap masa dan ketika. Hanya Allah Yang Maha Kaya yang dapat memenuhi setiap keinginan kita.

Kadangkala, kita dilanda sedih kerana sahabat yang tidak menghargai atau mungkin guru dan ibubapa yang kurang memberi perhatian pada kita. Ketahuilah, sesungguhnya kita tak mampu untuk mengubah orang lain. Tunaikanlah hak kita ke atas orang lain, tuntutlah hak kita pada Dia Yang Menciptakan. Jadilah anak, murid juga sahabat yang baik. Tiada Yang Maha Kaya selain Dia. Hanya Dia yang mampu untuk beri yang terbaik buat kita semua.

Jadi saya kira, dengan menulis diari kita dapat merasai kewujudan Allah disisi. Dapat merasai masih ada yang mendengar rintihan hati ini. Masih ada tempat untuk kita bergantung. Ketika berseorangan dan tiada teman untuk berbicara, kita dapat merasai, sesungguhnya kita punya Allah Yang Maha Mendengar. Kita ada Dia Yang Maha Penyayang untuk mengasihani diri ini. Kita ada Dia Yang Maha Pelindung ketika dianiayai.

Kekangan masa untuk menulis diari, terutamanya ketika sibuk menghadapi peperiksaan, cukup memberi kesan ke atas hati ini. Rindu rasanya untuk berdua-duaan denganNya sambil meluah rasa hati dan pengharapan kepadaNya. Rindu untuk merasai ketenangan yang Dia sentiasa ada di sisi, walau ketika berseorangan. Rindu untuk menilai baik buruk diri ini, sejauh mana bukti kasih kepada Dia yang sentiasa Mengasihi, Memberi dan Melindungi.

Semoga amalan ini menjadi platform unuk kita sentiasa memuhasabah diri dan berusaha untuk menjadikan esok lebih baik daripada hari ini.

“Ya Allah, aku mohon berilah aku sedikit ruang dalam kesibukan ini untuk bersama denganMu. Ā Kurniakanlah aku rasa cinta kepada Engkau dan RasulMu. Teguhkanlah hati ini untuk terus yakin dengan segala yang Engkau tetapkan buat diri ini. Berilah yang terbaik buat diriku, rakan-rakanku dan kouhai-kouhaiku dalam peperiksaan kali ini. Hanya kepadaMu aku memohon doa dan pertolongan..Amin”

One thought on “Ada diari??Jom simpan satu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s