Berpolitik Dengan Allah

Peringatan:Ini bukan artikel politik Malaysia. Saya tahu bahawa ramai remaja memilih untuk kata TIDAK pada politik tapi ketahuilah bahawa berpolitik adalah sebahagian besar daripada diri Rasulullah itu sendiri. Baginda adalah Rasul, pemimpin seluruh alam. Baginda adalah ketua negara, pemimpin negara Madinah. Jadi,keputusan untuk berkata TIDAK pada politik bukanlah satu keputusan yang sesuai bagi mereka yang mengakui Muhammad adalah Rasulnya . Baiklah, artikel ini bukanlah artikel yang berbicara tentang politik sesebuah negara, apakah negara Islam, bagaimana membentuk Ustaziyatul Alam, bagaimana caranya mengaplikasikan hukum hudud dan sebagainya tetapi artikel ini ditulis untuk mengajak diri penulis dan pembaca untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Politik, cara memujuk Allah supaya memberi apa yang kita mahu.

Politik bukanlah berbicara di hadapan orang ramai, menarik mereka mengundi kita tapi politik adalah satu perkara hati ke hati. Politik bukanlah medan menghina dan medan mencaci tapi politik adalah medan membina dan medan menyuci. Politik bukanlah masa untuk bermain kotor tapi masa untuk bersaing dengan sihat.

Apa yang saya maksudkan berpolitik dengan Allah bukanlah berdiri di atas sejadah, pasang mic dan speaker kuat-kuat, kemudian berpidato dengan Allah,tidak. Berpolitik dengan Allah juga bukan pergi ke Makkah dan letakkan duit berjuta-juta di bawah kain penutup Ka’bah,tidak. Tapi berpolitik dengan Allah ialah seni pujuk-memujuk dengan Allah supaya Allah tunaikan permintaan kita.

Kadang-kadang kita berdoa,kita bangun qiamullail hari-hari tapi si dia yang didoa-doa tetap menjadi milik orang lain. Kita pelik, kita hairan, mana silapnya kita. Kalau nak kata kita tidak berusaha, setiap selesai solat, kita tadah tangan panjatkan doa supaya dia ditakdirkan untuk kita, kita belikan dia hadiah mahal-mahal dan kita buang masa fikirkan dia tapi dia tetap bukan milik kita. Untuk jaga pergaulan, hadiah diberi menerusi orang tengah, mata jarang sekali bertentangan tapi dia tetap jadi milik orang lain. Bukankah Allah sendiri yang kata, “berdoalah pasti Aku makbulkan?” Adakah Allah memungkiri janji Nya?

Tidak,kita masih berprasangka baik dengan Allah. Kita yakin, Allah tidak memungkiri janji Nya tapi cara yang kita guna,ada silapnya. Mungkin kaedah berdoa kita atau mungkin POLITIK kita dengan Allah tidak menjadi. Ya,cara kita pujuk Allah supaya berikan kita apa yang kita hendaki tidak kena.

Allah mengajar kita bagaimana berpolitik dengan Nya, contohnya dalam surah Taubah ayat 111:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga

Merujuk kepada ayat di atas, Allah telah mengajar kita kaedah berpolitik yang paling berkesan.  Allah mahukan jiwa dan harta orang beriman, sebagai balasan,Allah berikan orang beriman syurga.Kalau kita mahukan sesuatu daripada seseorang, kita mesti berikan dia apa yang dia sangat mahukan daripada kita. Contoh, Deraman seorang ahli politik, dia perlukan undi daripada rakyat untuk kekalkan dia sebagai wakil rakyat dan dia tahu bahawa rakyat di situ inginkan kekayaan,jadi semasa pilihan raya diadakan,dia gunakan duit untuk mendapatkan undi rakyatnya.Inilah kaedah politik yang berkesa, berikan apa yang lawan kita mahu supaya dia berikan apa yang kita mahu.

Jadi,apa yang Allah mahu?  Berdasarkan teori politik di atas, jika kita mampu berikan apa yang lawan kita mahu, kita mampu untuk mendapatkan apa yang kita mahu daripada lawan kita.Allah mahukan kebaikan daripada kita, jika kita mampu berikan Nya kebaikan, insya Allah, apa yang kita idamkan,kita akan dapat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menceritakan,

Pada suatu hari ada 3 orang pemuda pengembara yang terperangkap dalam sebuah gua yang pintunya ditutupi dengan sebuah batu besar. Lalu mereka bertiga berdoa kepada Allah agar dapat mengalihkan batu besar yang menutup pintu gua itu. Pemuda yang pertama mula bercerita tentang amalan yang telah dilakukannya terhadap keluarga. Dia adalah seorang pengembala kambing. Susu yang diperolehi daripada kambing itu akan diberi minum kepada kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum di beri kepada isteri dan anaknya.Walaupun anaknya menangis kelaparan, dia tetap mengutamakan kedua orang tuanya. Lalu dia pun berdoa kepada Allah jika amalan itu adalah satu kebajikan, keluarkan mereka dari gua itu. Dengan kuasa Allah, batu itu beralih sedikit tetapi mereka masih tidak dapat keluar.

Kemudian, pemuda yang kedua menyambung ceritanya. Dia terpikat dengan anak pak ciknya sendiri yang sangat cantik. Pada satu ketika, dia tidak lagi dapat mengawal dirinya lalu cuba menggoda gadis itu. Lalu gadis itu menegahnya dengan berkata, “Tidakkah kamu takut kepada Allah? masih ada cara yang halal untukmu iaitu berkahwin denganku”Lalu pemuda itu menguburkan keinginannya kerana sedar akan kesilapannya.Dia pun berdoa kepada Allah,”ya Allah, jika Engkau menilaitindakan saya itu sebagai sati amal kebajikan, maka lepaskanlah saya dari ancaman bahaya ini.” Dengan kuasa Allah, batu itu bergerak sedikit tetapi mereka masih tidak dapat keluar.
Pemuda yang ketiga pula bercerita. Dia mempunyai seorang buruh yang sudah lama tidak datang menemuinya untuk menuntut gaji yang masih belum dibayar. Wang buruh itu digunakan untuk membeli seekor kambing dan dipeliharanya sehingga banyak anaknya.

Pada suatu hari, buruh itu datang untuk menuntut gajinya kerana dia kesempitan wang. Lalu, pemuda itu menunjukkan lapangan yang luas dipenuhi oleh beratus ekor kambing. Buruh itu menyangka tuannya itu hendak mempermainkannya tetapi setelah diterangkan, buruh itu sangat terkejut dan kesemua kambing itu diserahkan kepadanya.Pemuda itu tidak mengambil walau seekor pun kambing itu kerana itu bukan haknya.Lalu pemuda itu berdoa,”Ya Allah, jika Engkau redhai perbuatan saya itu sebagai amalan kebajikan, maka berilah pertolongan supaya saya dapat keluar dari dalam gua ini.”

Setelah selesai berdoa, maka batu yang besar itu pun beralih dan mereka dapat keluar dari gua itu dengan selamat.

Ini bukan ungkit-mengungkit tapi inilah kaedah berpolitik dengan Allah. Saya sendiri pernah menggunakan kaedah-kaedah ini dalam beberapa situasi yang kritikal dan Alhamdulillah,kaedah berPOLITIK sebegini sememangnya berkesa. Suatu hari sekolah saya mengadakan spot-check secara tiba-tiba pada pukul 1 pagi. Saya agak terkejut, mana tidaknya,bukan sahaja Heater yang saya bawakan ke asrama, malah Handphone,Radio dan Sterika. Semuanya saya simpankan di dalam satu laci di stor sebelah dengan bilik basuh baju.  Setelah selesai check bilik-bilik pelajar,warden pun mula melangkah kaki menuju ke bilik tersebut.Saya buntu,lalu saya duduk di atas katil seorang diri dan mula mengungkit kebaikan-kebaikan yang telah saya lakukan dan saya mohon agar Allah menutup hijab Warden supaya tidak nampak barang-barang itu dan memang benar, walaupun laci itu telah dibuka, Warden tidak menjumpai barang-barang saya.

Ungkit sahaja apa-apa kebaikan yang telah anda lakukan tapi bukan di hadapan manusia,sebaliknya di hadapan Allah semata-mata.

Ya Allah, aku pernah join Usrah tatkala keesokannya ada kuiz.
Ya Allah, aku pernah pimpin tangan orang buta seberang jalan.
Ya Allah, aku selalu baca al-quran walaupun kesihatan ku tidak ok.
Ya Allah, aku pernah penat lelah dalam berdakwah.
Jadi Ya Allah,ampunkan daku dan masukkan daku ke dalam Syurga Mu.

Ungkit,sebarang kebaikan,ungkit!
Inginkan markah peperiksaan yang tinggi? Duduk dan ungkit kebaikan kita pada Allah.
Inginkan isteri berhidung mancung dan berkulit putih? Duduk dan ungkit kebaikan kita pada Allah.
Inginkan duit yang banyak? Duduk dan ungkitlah kebaikan kita pada Allah.
Sebab apa?

Sebab kita ialah ahli politik yang berjaya!

3 thoughts on “Berpolitik Dengan Allah

  1. thumbs up 4 diz post!

    alangkah baiknya jika umara’ dluar sana memahami hakikat berpolitik yg sebenar…tiada cacian,tiada ketaksuban dan tiada permusuhan..

    yuk ‘brpolitk’ dgn Allah:)

  2. sepertimana politik dunia ada (bahkan banyak) sisi gelapnya, ‘politik’ dengan Allah jua tidak terlepas dari sudut hitamnya,

    Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
    yunus:12

    nilailah pengajaran menurut pandangan masing2… ada yg sudi berkongsi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s