Valentine's Day:Cinta Itu Indah

Musim orang berbicara tentang cinta sudah lama berlalu sehingga ada yang sudah jemu dan bosan pabila ada yang berbicara tentang cinta tapi kami di Azzariyat masih belum bosan dengan cinta dan kami berjanji akan terus dan terus berbicara tentang cinta. Nabi Adam dan Hawa dihantar ke bumi dengan meninggalkan segala macam perkakas syurga kecuali cinta, masakan kami mampu untuk berdiam diri tentang cinta? Lebih-lebih lagi tatkala 14 Februari bakal menjelma, pelbagai acara dan sambutan diadakan bagi membuktikan cinta kepada kekasih. Anak muda di Malaysia pada tahun ini berpakat untuk tidak memakai seluar dalam pada hari tersebut dan anak muda di Cina jauh terkehadapan, satu pertandingan bercium paling lama diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Valentine’s Day.

Ternyata cinta itu indah.Nabi Adam termakan buah larangan kerana cinta. Selepas larangan memakan buah tersebut dikeluarkan oleh Allah, Nabi Adam cukup berhati-hati,bukan sahaja makan malah mendekati pohon tersebut juga dia tidak berani. Syaitan pening apakah cara yang paling berkesan untuk memaksa Nabi Adam makan buah tersebut dan fikir punya fikir,melalui Hawa lah Nabi Adam akan makan buah tersebut. Lalu digodanya Hawa dan Hawa termakan akan godaan itu. Terkejut Nabi Adam melihat Hawa sedang makan buah itu,bimbang akan diri Hawa kecintaannya,lalu Nabi Adam mengambil buah tersebut dan dimakannya. Semuanya kerana indahnya cinta.

Orang yang bercinta bagaikan berada di dalam satu dunia mereka tersendiri. Apa yang pasangannya buat untuknya semua dianggap sebagai istimewa. Ditanya udah makan atau belum,itu istimewa. Ditanya udah mandi atau belum, itu juga istimewa. Ditanya tengah buat apa, itu lagi istimewa. Biarpun dialog ini dirulang hari-hari, itu bukan masalah malah kalau tidak ditanya, itulah masalah!

Saya pelik dengan kawan yang mampu bergayut berjam-jam lamanya. Saya mengambil langkah yang drastik untuk bertanya topik apakah yang menjadi bualan mereka,jawapannya dia sendiri pun tidak tahu. Saya cuba mendesak dan jawapannya, “tiada topik yang menarik,sekadar bertanya khabar,sudah makan atau belum,hari ini macamana,itu sahaja.””Itu saja tapi boleh jadi berjam-jam?”Soal saya balik tapi dia terus terdiam.

Tengah orang sibuk mengulangkaji pelajaran,tiba-tiba kedengaran talefon bimbit seseorang berbunyi menandakan ada mesej baru diterima. Lantas dia mengambil talefon itu dan tiba-tiba dia tersenyum. Kemudian dia mula masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Selepas 1 jam kemudian, dia keluar dan menyambung ulang kaji pelajaran dan selepas 5 minit dia mengeluh tentang masa. “Uish, x sempat nak study ni..Sensei ni,ajar banyak tapi xde study week..”Sakit sungguh hati ini bila dengar keluhan sahabat ini, bukan kerana tidak bersetuju dengan kesuntukan masa,saya bersetuju tapi saya persoalkan kenapa dia masih sempat untuk bergayut selama satu jam walhal dia sendiri tahu bahawa masa yang ada tidak cukup. Semuanya kerana cinta itu indah.

Cinta bukanlah Tuhan,tapi cinta adalah alat untuk manusia kenal Tuhan.Cinta itu dadah, guna sedikit untuk kebaikan tapi terlebih guna jadi sengsara. Cinta itu duit, ada sedikit hidup selesa tapi ada banyak keselamatan terancam. Cinta itu makanan,makan sedikit untuk kenyang tapi terlebih makan untuk sakit.

Hari ini,di kompleks membeli belah mana pun pasti penuh dengan pasangan-pasangan remaja yang masih belum berkahwin. Baik dari yang bertudung labuh hinggalah yang tidak berbaju. Yang bertudung dengan cara orang bertudung dan yang tidak bertudung dengan cara orang yang tidak bertudung. Walaupun berbeza tapi perasaan mereka adalah sama, mereka dibius cinta. Usah ditegur yang tidak bertudung kalau yang bertudung labuh pun bebas bergelak ketawa,bertentangan mata dengan lelaki.

Pastinya 14 Februari ini akan disambut oleh pasangan kekasih baik yang bukan Islam mahupun Islam. Biarpun sudah berbuih mulut penceramah menegur bahawa 14 Februari disambut bagi mengingati kisah cinta seorang paderi yang berada di dalam penjara dengan anak perempuan warden penjara,tapi telinga seolah-olah dipekakkan. Apa yang penting,cinta mereka mesti diindahkan pada hari itu. Untuk membuktikan kasih sayang seorang wanita kepada lelaki,diberinya segala benda miliknya. Dibukanya baju,seluar dan segalanya sebagai bukti kasih dan cinta kepada pasangannya. Saya rasa,kalaulah paderi St.Valentino masih hidup, diapun kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.Mana tidaknya,cuba cari orang agama mana yang mahu dunia ini hancur.

“Cinta saya terlampau indah hingga saya tidak mampu meninggalkannya..”

Tidak,saya tidak menyeru anda untuk berpisah dengan kekasih anda. Saya tahu itu perkara yang sukar seolah-olah memaksa perokok tegar meninggalkan rokok. Biar harga rokok RM50 sekotak sekali pun,perokok akan tetap merokok,itulah hakikatnya. Begitu juga dengan cinta, bukan senang untuk berpisah dengan cinta.Kalau rokok,nikmat dunia pun manusia gagal untuk melepaskannya apatah lagi nikmat syurga seperti cinta?

Apa yang perlu kita buat,jaga batasan pergaulan kita.Ingin bercinta?Silakan tapi contohilah kisah Zainab Binti Muhammad dan Abul Ash. Cinta mereka bukan cinta selepas kahwin tapi cinta mereka cinta sebelum kahwin.Semasa kecil, Zainab sudah menjadi perhatian ramai orang disebabkan kecantikannya. Abul Ash,anak saudara Khadijah juga terpesona dengan kecantikan Zainab. Setiap kali pulang daripada pelayaran, Abul Ash akan pergi ke rumah Rasulullah untuk berjumpa dengan Zainab dan menceritakan pengalamannya kepada Zainab. Zainab mula terasa dirinya sudah terpikat dengan kebijaksanaan,kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Abul Ash.Lalu Zainab mula memerhatikan peribadi Abul Ash yang dianggapnya sebagai seorang lelaki yang sempurna buatnya. Alhamdulillah, akhirnya mereka pun berkahwin.

Islam tidak melarang umatnya bercinta. Islam bukanlah satu agama yang TERLAMPAU suci sehingga umatnya tidak mampu mencapainya tapi Islam adalah satu cara hidup yang mana cara hidup ini PASTI memenuhi kehendak fitrah manusia. Cinta itu fitrah, fitrah itu Islam,maka Islam itu Cinta. Cinta kepada Allah,cinta kepada Rasulullah,cinta kepada ibu bapa,cinta kepada adik beradik, cinta kepada kawan-kawan,cinta kepada manusia dan cinta kepada alam. Cuma Islam meletakkan panduan untuk bercinta.

Bercinta dengan Allah tidak perlu bertanya khabar, bercinta dengan Rasulullah tidak perlu menggunakan talefon, cinta dengan ibu bapa tidak perlu sayang-sayang, cinta dengan adik beradik tidak perlu sampai menangis,cinta dengan kawan-kawan tidak perlu diagung-agungkan dan cinta dengan alam tidak perlu disembah-sembah.Itulah cinta dalam Islam,lain bahan yang ingin dicintai, maka lainlah cara mencintainya.

Jadi Islam meletakkan garis panduan kepada kita bagaimana caranya untuk bercinta. Ingat,garis panduan bukan larangan. Islam tidak malarang kita bercinta tapi Islam memberi kita satu jalan yang mana kalau kita ikut jalan ini pasti kita akan bahagia. Seorang pensyarah datang mengajar anda bagaimana ingin membentuk EoM bagi satu sistem spring tapi dia tidak berikan anda jawapan, dia berikan anda langkah-langkah yang patut anda buat untuk dapat jawapan yang dikehendaki.Kalaulah Islam itu larangan, pasti pensyarah itu datang dan lansung merampas kertas peperiksaan anda.

Anda ingin berpegangan tangan dengan kekasih anda,silakan jika ada ayat Quran yang membenarkannya. Ingin bercumbu? Silakan tapi rujuk Quran dahulu. Ingin berdua-duaan di tempat sunyi?Silakan tapi rujuk Quran dahulu sebab di dalam Al-Quran telah tertulis semua yang boleh dibuat dan semua yang tidak boleh dibuat.Jadi,apa-apa pun kita ingin lakukan,rujuk al-quran terlebih dahulu. Jika al-quran benarkan,sila,jangan malu dan segan,teruskan tapi jika al-quran tidak benarkan,cepat-cepat istighfar dan berusahalah menjauhinya.

http://www.youtube.com/v/bhnQOCSBrIw&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

3 thoughts on “Valentine's Day:Cinta Itu Indah

  1. cinta…

    Ajeeb daastaan hai yeh (Strange story it is)

    Kahan shuru kahan khatam (Where it started and where it ended)

    Yeh manzile hai kaun si (What kind of destiny is this?)

    Na voh samajh sake na hum (Neither he understood nor me)

  2. salam…ingin berkongsi masalah seorang teman…harap ada yang dapat membantu…

    sahabat sy ni telah lama bercouple(4 tahun) dan lelaki tu pula seakan serius dgn perhubungan mereka. Masalahnya, sahabat sy xsanggup nk memperkenalkan lelaki tersebut kpd keluarganya kerana akhlak lelaki tersebut. Bak kata sahabat sy ni,
    “Kalau Rasulullah tu org ckp wajah yg menenangkan, yang ni memang wajah yang menyerabutkan..”

    Tapi utk putuskan hubungan pula dia seakan tidak sampai hati, kerana pernah terjadi lelaki tersebut membuat percubaan membunuh diri ketika mereka gaduh besar tak lama dulu. Dan sahabat sy sendiri merasakan keselamatannya terancam jika dia cuba meninggalkan lelaki tersebut. Lebih parah, sahabat sy ni memang jenis yg mendengar kata gewenya.

    Ikutkan hati, memang sy nak suruh tinggalkan je lelaki tersebut. Tapi sy pun merasakan segalanya tak semudah itu, dan itu bukanlah seni dakwah yg terbaik. Setakat hari ini sy hanya mampu menjadi pendengar sahaja.

    Harap ada yg dapat membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s