Fiqh Dalam Negara

Sana sini orang sibuk buat program Fiqh Luar Negara untuk pelajar-pelajar yang dah nak fly ni. Mungkin patut, pihak penganjur dan para peserta semak kembali, kenapa ya agak-agaknya sibuk-sibuk kita padatkan masa untuk dengar siri-siri ceramah yang kadang-kadang sama sahaja dalam setiap sesi.

Buat sesuatu tanpa mengetahui matlamat, ibarat menyiapkan kepingan-kepingan puzzle tanpa tahu apa gambaran akhirnya. Akhirnya, kita berpusing-pusing mencantum dan menceraikan kepingan puzzle, masa dan tenaga habis, hasilnya kosong!

Islam itu Mudah!

Apakah mesej yang ingin disampaikan dari program Fiqh Luar Negara ini, adalah untuk menyampaikan maksud bahawa Islam itu mudah dan boleh disampaikan kat mana-mana? Jika begitu keadaannya, pihak penganjur perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata (contoh di bawah hanya rekaan, no offense):

Ustaz     :               Ada soalan?

Pelajar  :               Macam mana nak ambil air sembahyang dalam kapal terbang?

Ustaz     :               Ala Islam tu kan mudah! Kamu ambil ………..

Pelajar  :               Nak tentukan kiblat dalam kapal terbang?

Ustaz     :               Isy jangan kusutkan kepala… Islam tu kan mudah! Kamu cari sahaja ………….

Kemudian di hujung program,

Ustaz     :               pelajar-pelajar, kamu jangan pening-peningkan kepala. Islam ni kan mudah. Tidak mengongkong dan membebankan penganutnya.

Pelajar  :               (dalam hati) hmm senang je Islam ni. Ikut logik je, tak payah pening-peningkan kepala.

Jauh sekali ilmu saya untuk mengatakan sesiapa sahaja salah atau betul. Namun saya terpanggil menyuarakan kebimbangan  terhadap istilah ‘Islam Itu Mudah’ ini. Kerana ia tidak disertai dengan peringatan bahawa ‘Jangan Ambil Mudah Dengan Islam’!

Adakala, kita terlepas pandang, kita selalu menganggap mereka yang banyak bertanyakan soalan tentang ibadah itu, ialah golongan yang memberatkan agama. Golongan yang suka mencari kompleksiti dalam beribadah. Sedangkan, hakikatnya, majoriti pelajar ini, telah tahu bahawa ibadah dalam Islam itu mudah, namun yang diperlukan hanyalah untuk belajar cara yang mudah itu.

Saya risau, mesej yang ingin disampaikan oleh para ustaz, disalahfahami pula oleh segelintir pelajar, yang merasakan bahawa Islam itu terlalu mudah, sehingga kita boleh berbuat apa sahaja tanpa merujuk kepada syarak untuk menentukan sah atau tidak ibadah kita.

Nak ambil air sembahyang, nak solat, nak makan, nak minum, nak thaharah, ikut sesuka hati buat cara sendiri, tak perlu rujuk syarak, hanya ikut pertimbangan logic akal sendiri. Islam itu kan mudah!

Itu kerisauan saya.

Apabila terlalu disogokkan kepada pelajar bahawa Islam itu mudah, tanpa memberi peringatan agar tidak ambil mudah dengan Islam, saya risau melahirkan pelajar-pelajar yang malas mencari jawapan, lantas membuat ijtihad sendiri dalam bab-bab agama, kerana merasakan ‘Islam itu mudah’ boleh dijadikan kayu asas membuat segala pertimbangan!

Mengamalkan Islam

Ataupun tujuan kita agar pelajar-pelajar ini senang mengamalkan Islam di negara asing. Memang cukup taboo pemikiran ini.

Asalkan nak ke negara asing sahaja, mulalah dari pihak penaja sampai ke ibu bapa risau, “macam mana la anak aku nak solat Jumaat kat Jepun nanti?”. Tapi di Malaysia dengan senang hati tak tutup aurat, tiada siapa pula nak ambil peduli! Umpama Allah itu ada di Jepun sahaja!

Atau kita risau, pelajar-pelajar ini, bertindak pincang, lantas membawa imej songsang pada agama kepada orang bukan Islam?

Kalau itu yang dirisaukan, patutnya, kita jauh lagi lebih risau dengan gerak laku pelajar-pelajar ini di Malaysia. Kerana berapa tahun sangatlah mereka nak bawa imej Islam tu ke luar negara kalau nak dibandingkan dengan berapa tahun mereka nak bawa imej Islam tu di Malaysia.

(kita memang banyak risaukan perkara-perkara yang cabang, sampai terlupa nak risaukan perkara yang dasar)

Pendapat Saya

Kalau benar-benar ikhlas risaukan perilaku agama pelajar-pelajar ini, jangan hanya dibuat “Fiqh Luar Negara”, nanti sebelum mereka pulang ke Malaysia, anjurkan pula “Fiqh Dalam Negara”.

Bukan apa, takut-takut di Jepun hasil pendidikan ‘Fiqh Luar Negara’ ni, siap boleh bagi khutbah Jumaat. Tapi bila balik Malaysia, nak sembahyang jemaah pun malas…

Walaubagaimanapun

Saya sangat-sangat menghargai dan berterima kasih pada setiap pihak yang menganjurkan program-program “Fiqh Luar Negara” ini.

Pertimbangan saya, sepertimana jua program sempena maulidur rasul. Memang tidak ada nas yang jelas tentang sambutannya, namun manfaatnya besar untuk diadakan apa-apa program. Kerana secara adatnya, manusia akan bertanya “eh, maulidur rasul ni tak buat apa-apa ke?”. Bermakna secara tidak langsung, manusia telah menyediakan hati mereka untuk menerima apa-apa pengisian keagamaan sempena suasana-suasana tertentu itu. Amatlah rugi jika kesediaan ini tidak digunakan untuk menyampaikan agama.

Begitu juga halnya, apabila pelajar ingin ke luar negara, pasti terdetik jua rasa bimbang bagaimana ingin beribadat di sana kelak. Maka seeloknya dimanfaatkan kerisauan ini untuk meyampaikan kebenaran.

Namun, harapnya, kita tidak hanya mengingatkan tentang ibadat semata-mata, namun juga tujuan beragama itu sendiri. Dan lebih utama lagi, jangan pula kita tersalah menyampaikan maksud dan mesej agama.

Ala kulli hal, saya mendoakan kepada semua pelajar JAD agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Semoga kita semua dikurniakan hidayah oleh Allah untuk terus kekal istiqamah dalam menunaikan tuntutan agama, walau di mana kita berada.

2 thoughts on “Fiqh Dalam Negara

  1. sy sokong dengan pendapat penulis tentang fiqh dalam negara. Tapi sebelum melangkah ke luar negara, baik kiranya di review kembali ilmu2 fiqh ni. Mungkin ada yang terlupa.
    “Islam itu mudah” – hati2 dengan ayat itu. jangan sampai diambil mudah dengan Islam.
    Semoga kouhai2 semua cemerlang dalam shiken terakhir ini dan di jepun nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s