Sungai Dalam Laut

Sesiapa yang selalu menonton kartun SpongeBob di chanel 9 pasti tergelak ketika melihat SpongeBob atau Patrick yang lemas di dalam lautan Bikini Bottom.Di dalam Bikini Bottom yang sememangnya berada di dalam laut, kadang-kadang ada salji,kadang-kadang ada hujan. Yang menghairankan lagi, di dalam laut itu ada pula pantai dan laut,sungai pun ada. Pelik dan tidak masuk akal. Mungkin ini satu kebetulan tapi yang pasti semua yang diceritakan dan digambarkan dalam kartun tersebut adalah benar. Nun jauh di dalam sana, memang ada hujan,salji dan fenomena-fenomena lain yang berlaku di atas darat. Malah di dalam laut itu sendiri adanya siang dan malam yang berbeza di darat. Dan yang paling mengkagumkan bagi saya, adanya sungai di dalam laut.

Di Cenote Angelita,Mexico,ada sebuah gua yang mana di dalam gua tersebut, adanya sebuah kolam yang boleh diselami. 30 meter dari permukaan, airnya masih tawar tapi jika kita menyelam lebih 60 meter dalam, airnya mula bertukar menjadi air masin. Subhanallah! Jika kita teruskan penyelaman kita, kita akan berjumpa dengan sebatang ‘anak sungai’ yang lengkap dengan batang-batang pokok di tepinya . Anak sungai itu sebenarnya adalah lapisan Hidrogen Sulfida yang mempunyai ketumpatan yang berbeza dengan air dan warnanya juga lebih pekat daripada air,jadi ia kelihatan seolah-olah sebatang anak sungai. Yang menakjubkan lagi, di tepi anak sungai tersebut, kelihatan seperti di darat,ada daun-daun yang berguguran,seolah-olah pokok-pokok itu hidup.Jika anda tidak percaya, lihatlah gambar-gambar di bawah dan di akhir post ini,saya sediakan satu video mengainya.

Video:Sila Cari Cenote Angelita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s